Rayyan ~
- Alhamdulillah, kita telah pun masuk ke fasa terakhir Ramadhan iaitu fasa yang telah Allah janjikan api neraka akan dijauhkan dan Insya-Allah, antara malam-malam kesepuluh ini kita bakal atau telah pun bertemu dengan malam Lailatul-Qadar, sebuah malam yang teramat istimewa, malam yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan, malam yang dinanti-nantikan oleh hamba-hamba-Nya yang beriman.
- Untuk membangkitkan semangat memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.
- Renung-renung dan fikir-fikirkan kembali sedalam-dalamnya. Jika kita mati pada hari ini, adakah kita pasti amalan kita cukup untuk melepaskan diri kita daripada azab Allah yang PASTI di akhirat sana iaitu azab neraka yang amat pedih dan seksa.
- Marilah kita duduk bertafakur dan renungkan kembali, bagaimana agaknya kedudukan kita di sisi Allah Yang Maha Esa?
* Terima kasih kepada pihak Brotherhood Arts yang telah menghasilkan karya yang kreatif ini. Jangan lupa singgah di facebook page mereka.
0 comments