(gambar hiasan)
Apakah itu masalah?
Masalah adalah situasi di mana kita berdepan ke tidak tentuan & kesukaran dalam mencapai sesuatu. Misalanya :
- Berhenti merokok adalah masalah jika kita merancang untuk berhenti tapi tidak mampu
- Sebuah komputer rosak & mendatangkan masalah untuk menyiapkan kerja dalam sesuatu masa
- Beban kerja yang berlebihan adalah masalah apabila ia mengganggu keupayaan anda untuk bekerja dengan berkesan.
- Kurang komunikasi menjadi masalah apabila ia mengurangkan kecekapan sesebuah organisasi.
Masalah timbul apabila terdapat halangan yang menghalang kita daripada mencapai objektif, contohnya apabila "production breakdown", ia menghalang daripada "fulfilling orders" (objektif).
Objektif = Sesuatu yang kita memutuskan kita perlu untuk dicapai.
Halangan = Halangan yang menghalang kita daripada mencapai matlamat.
Objektif + Halangan = MASALAH
Kita akan berjumpa dengan pelbagai masalah semasa bekerja, dimana wujudnya pelbagai jenis objektif, halangan dan kepentingan. Penentuan yang tepat adalah penting untuk mencari penyelesaian yang berkesan. Masalah dapat diselesaikan dengan mana kita mengetahui punca masalah iaitu halangan. Mengetahui apakah punca merupakan langkah pertama. Misalnya dalam konsep Kawalan Kualiti, terdapat beberapa metod salah satunya 7 Tools QC. Menyorot status FB Sahabat PR berkenanaan penyelesaian masalah
HR: Do you like math?seem you are not perform in math..
Me : Yes..but frankly i cant perform in exam..it so tricky..hehehe
Hr: Do you know that math is important to engineer?..
Me : Yes..i know..it important..math is kind of problem solvent...but do you know math is a method?..that also have a lot of methods to solve the problem like ishikwa diagram..
HR : (speechless)
Me : See the result..my thinking skill is A..hehehe
Umum mengatakan Matematik adalah penting sebagai penyelesaian masalah dan ianya kita belajar sejak kecil. Tapi bagi sy ianya tidak terlalu memberikan impak secara total. Pengunaan matematik pada pandangan sy hanya melibatkan proses/usaha dalam menyelesaikan masalah. Ia bertujuan mengalakkan kita untuk berusaha sehingga beroleh solusinya. Penyelesaian masalah harus di lihat daripada pelbagai sudut. Seperti konsep Kualiti, penyelesaian sesuatu masalah meliputi "man", "machine", "material', "method", &"measurement". Apa yang ingin sy sampaikan disini. Matematik adalah salah satu metod, tetapi terdapat pelbagai metod lain dalam penyelesaian sesebuah masalah. Oleh itu jangan sempitkan pemikiran hanya kaedah A sahaja yang boleh selesaikan masalah, tapi cuba kembangkan kepada kaedah B, C -Z
"We cannot command high income if we are not able to wake up with tomorrow mind, we cannot demand high income if we bring yesterday solution to today's problem"
Menarik kata-kata daripada ini yang bagi sy sungguh mendalam maksudnya. Untuk maju kita kena "ahead of time". Misalnya ketika Tun Mahathir menjadi PM, beliau mencadangkan agar jambatan Pulau Pinang di buat 5 lorong tapi kita membantah atas alasan membazir. Tapi hakikatnya kini, kita terpaksa melebarkan jambatan & mewujudkan jambatan baru yang menelan belanja lebih tinggi berbanding kos ketika pembinaan pada 1987. China telah mewujudkan lebuh raya mega, bukan tujuan membazir kerana persediaan dibuat lebih awal disebabkan jumlah rakyat China akan bermigrasi daripada berbasikal kepada bermobil hasil tempias daripada dasar buka pintunya.
Adalah panjang sedikit mukadimah sy..hehehe..Berikut adalah beberapa MASALAH yang sy ingin kongsikan bersama sahabat semua pada kali ini. Ikuti dengan minda yang terbuka. ^_^
Isu PPSMI
Objektif :
Sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris.
Halangan :
1) Keuntungan politik
2) Perlaksanaan tergesa-gesa
Menarik perhatian kepada isu PPSMI yang dibangkitan kini. NGO PAGE akan membawa hal ini kepada kementerian berkenaan hak memilih pendidikan. Sekiranya sy ingin menobatkan Bahasa Inggeris menjadi lingua franca ilmu pengetahuan, ada yang hendak menafikan? Pergi tanya Jepun, apakah teknologi sekarang 100% daripada mereka? Mereka menterjemahkan buku-buku berbahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Begitu juga ketika era Sarjana Islam berkembang di Cordoba. Ilmuan barat mencedok & menterjemahkan Ilmu-ilmu itu kedalam bahasa mereka. Sy mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu tapi sy tidak menolak bahasa Inggeris sebagai lingua franca ilmu (ketika ini). Oleh itu, janganlah skeptikal apabila kita berbahasa Inggeris kita tidak akan mendaulatkan bahasa melayu. Tidakkah anda perasaan ianya seperti permainan POLITIK. Orang kata, jangan di banggakan dengan melayu kerna yang lebih penting adalah apa agamanya. Begitulah jua, apalah yang hendak dibanggakan dengan bahasa melayu yang perlu dibanggakan ILMU yang bakal kita peroleh. Ramai yang menolak PPSMI termasuklah ahli politik yang "speaking london" pekat. Melihat beberapa ahli poltik bukan melayu yang terkial-kial pertuturan melayunya berjuang untuk memansuhkan PPSMI. Apabila ada usul "merge" sistem pendidikan. Masing-masing berteriak menyatakan "Hak rakyat Malaysia yang merdeka bagi mendapatkan pendidikan & termaktub dalam perlembagaan persekutuan!!!."
Masalah asas PPSMI adalah perlaksanaan yang tergesa-gesa sehingga menjadikan murid-murid sekolah sebagai tikus putih makmal. Bagi masyarakat bandar ia sekadar memberi kesan nominal berbanding masyarakat luar bandar/pendalaman seperti Sabah & Sarawak. Hal ini kerana pertaruhannya begitu besar iaitu Kejayaan 9A+ (sejak dari dulu Sistem pendidikan Malaysia menobatkan KECEMERLANGAN KERTAS PEPERIKSAAN)
Pengenalan MBMBI mungkin antara solusinya. Bagi sy, jika menginginkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) sebagai bahasa pengantar, Institut Terjemahan Negara harus menterjemahkan buku/jurnal berbahasa asing ke dalam BM bagi memudahkan proses revisi. Langkah kerajaan menjadikan BM sebagai bahasa komunikasi di jabatan kerajaan adalah amat di hargai. Mungkin pengajaran & pembelajaran di U juga dapat dilakukan dalam Bahasa Melayu andai inginkan BM dinobatkan lingua franca ilmu. Walaubagaimana pun, kita beri peluang kepada kohort PPSMI untuk meneruskan sistem ini. Mungkin dihujungnya kita akan lihat keberhasilannya. Tuai padi antara masak eloklah ketika kuning keemasan bukanya kuning kehijauan ^_^
Isu Pengurusan FAM
Objektif :
Menaik taraf liga & kualiti permainan MALAYSIA
Menaik taraf liga & kualiti permainan MALAYSIA
Halangan :
1) Keuntungan terlampau
2) Pengurusan konvensional & mendatar
"Liga Indonesia berjaya keluar dari kemelut krisis. Dan kini membentuk satu sistem liga menepati kriteria AFC. Ini bermakna Indonesia mengikuti langkah Singapura, Myanmar, Thailand dan lain meninggalkan Malaysia dalam KATEGORI "D" penarafan AFC. Sekiranya Malaysia terus tidak mahu "reinvent" dan "transform" liga kita, Malaysia bakal tercicir lebih jauh Bolasepak ASIA & DUNIA"
Tan Sri Anuar Musa punya pendekatan dalam memartabatkan permainan bola sepak yang merupakan sukan paling diminati masyarakat dunia. Sy juga bersetuju dengan "reinvent" & "transform" liga kita tapi sudi sekiranya dikembangkan kepada pengurusan peringkat tertinggi. Sy tiada masalah dengan kepimpinan kini, tapi adalah baik kita memberi peluang pemimpin muda berjiwa segar yang punya agenda pembaharuan. Bukalah sedikit ruang & peluang kepada "youth empowerement". Usaha daripada kepimpinan kini dalam memajukan sukan ini tidak dapat dinafikan disebalik tumbuhnya pelapis-pelapis baru berbakat seperti Izzaq, Nazmi & Syahrul Azwari yang telah bersinar di Sukan Sea. OKS berkata "beri masa beberapa tahun lagi, Syahrul akan lebih hebat daripada Safee!!. Mulai musim akan datang, awang import dibenarkan semula berkhidmat dalam kancah liga M. Apabila Khairy Jamaluddin memperkenalkn idea kurang populis iaitu melarang pemain import, kesanya kita dapat lihat anak harimau diberi peluang untuk menjadi kesebelasan utama seterusnya menajamkan kemahiran mereka. Sy tertarik dengan usaha Singapura menjemput pasukan luar bermain dalam liga mereka. Ianya agak kompetitif disitu. Tapi tahniah kepada FAM kerana tidak mengunapakai kaedah naturalisasi pemain sepertimana yang diamalkan oleh Indonesia & Singapura. Bagi sy tindakan itu "KURANG JANTAN"..hehehe.
Cuma sy tidak berapa berkenan dengan Tiket FINAL PIALA MSIA yang melambung-lambung!! Jangan tuding menuding bak kta Presiden PBNS. Mengaku salah sajalah!!
Ianya seolah tidak mendatangkan RASA kepada FAM kerana kini tiket grandstand sempena kelayakkan Olimpik menentang Syria dinaikan daripada RM30 kepada RM40 mankala bagi tempat biasa dikekalkan RM20. Sy lihat pendekatan ini lebih kurang sama dengan pelarasan harga petroL Ron 95 & 97. Bagi sy, keuntungan itu perlu ada tapi jangan melampau. Yang penting nilai kesukanan harus disemai kepada masyarakat bukan keuntungan semata-mata. Adakah tidak cukup dana kerajaan untuk pembangunan sukan bola sepak? atau kurang? Pihak swasa harus turut memainkan peranan. Setakat ini hanya ASTRO (memiliki hak penyiaran esklusif) menyumbang dana RM250 JUTA manakala GLC atau swasta lain? Mungkin mereka lebih gemar melaburkan wang untuk pembangunan bola sepak luar negara seperti MR Potato untuk Man U dan MAS/Air Asia untuk QPR.
ISU Pemansuhan/Pindaan AUKU
Objektif :
Memberi ruang kepada siswa untuk berada di saf yang sama dalam menentukan dasar-dasar kerajaan agar kemaslahatan untuk semua
Memberi ruang kepada siswa untuk berada di saf yang sama dalam menentukan dasar-dasar kerajaan agar kemaslahatan untuk semua
Halangan :
1) Political Mileage/dividence
"Kerajaan patut meminda seksyen 15 AUKU untuk menghalang kemasukkan unsur politik kedalam kuliah & kampus tetapi pada masa yang sama memberi kelonggaran kepada pelajaran universiti untuk berpolitik diluar kampus" ~ UNIMAS
Tersenyum sy membaca statement ini. Tahniah kerana kita sependapat. Pendirian sy berkenaan AUKU jelas meminda bukan memansuhkan AUKU. Manakala pendirian UPM & USM adalah membantah AUKU dimansuh/pinda. Pendirian UNIMAP (pihak U) adalah mengekalkan AUKU & NC UITM adalah membantah pindaan. Berikut adalah pendirian peribadi YDP Aminuddin UNIMAP berkenaan AUKU :
"Bnyk perkara yang perlu fikirkan disini. ada pro n ada kontra disini. yups, kalau lihat dari sudut kita sebagai pelajar engineering, memang akan ada kaitan dengan kita, walaupun kita hanya "engineering student". namun, dimanakah kita sekarang. dimanakah tempat kita sekarang ini, yang diberi keutamaan adalah pelajar jurusan lain, dan mungkin yang HOT. Pendirian saya, MUNGKIN boleh dipinda, namun, berkesesuaian dengan nama MAHASISWA. sy tidak mahu kita dijadikan keldai kepada parti-parti politik yg mempunyai agenda tersendiri. biarlah kita bersuara atas hak dan untuk masa depan kita. zaman sedang berubah dari satu tahap ke tahap yang lain. kita lihat sendiri, parti-parti politik bertelagah dengan isu yang tidak patut dan membuta tuli. Lebih baik membincangankan masa depan negara dan apa yg boleh berikan kepada kita selepas kita graduasi kelak. adakah terus menjadi ahli parlimen atau ADUN, namun kerja hakiki belum ada lagi. Oleh itu, kebebasan bersuara adalah hak milik masing-masing. Ini adalah pendapat sy. Apa yg sy fikirkan adalah untuk kita, mahasiswa kejuruteraan. kalau perkara ini masuk ke dalam univeristi, "well, you can know what will happen. dipinda atau tidak, politik dan era baru sudah pun bermula. kalau tidak buat sekarang, lambat laun perkara ini akan dibangkitkan semula. Ini hanya pendirian saya saja."
Menarik pandangan daripada YDP yang bagi sy SELAMAT. Tahniah kerana berani menyatakan prinsip. Bagi sahabat-sahabat yang mengikuti pandangan PR di FB, sy lebih gemar kepada memansuhkan sekyen 15 (1) & (5) dan beberapa seksyen 15 & 16 yang kurang mesra siswa tetapi mengekalkan Sekyen (2). Objektif pemansuhan adalah memberi academia/siswa terlibat secara terbuka & berintegriti dalam proses percambahan pendapat tapi halangan yang berlaku adalah kerenah POLITIK. Melihat pandangan Menteri KPTM iaitu Datuk Saifuddin & Datuk Khaled punya kontra. Manakala pendirian Datuk Idris Haron adalah "BEBAS" (tiada statement).
"Universiti adalah untuk membentuk bagaimana ingin membangunkan pelajar, jadi penyertaan mereka dalam parti politik tidak pernah dianggap sebagai menyumbang kepada sebahagian daripada kurikulum dan kokurikulum~ Khaled noordin "
AUKU
1) Perlu pinda kerana 2 sebab: hak yg dijamin Prlembagaan & tingkat partisipasi msiswa dalam pembuatan keputusan. Ada banyak manfaat. Alasan tak setuju: tak percaya/perlekeh mahasiswa, anggapnya budak sekolah.
2) Merayu ke Mahkamah Persekutuan: kalau menang, kalah moral. Kalau kalah, kalah 2X.
3) Tapi ini bukan soal menang. ia soal demokrasi.
4)Lebih baik lakukn transformasi politik yang penuh. Kalu ISA boleh mansuh, apalah pinda AUKU.
~ Saifuddin
~ Saifuddin
Izinkan sy untuk memetik pandangan daripada Datuk KJ
"Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka"
"Kita jangan fikir bila beri mereka peluang untuk berpolitik mereka akan terus anti-kerajaan atau menentang kerajaan. Mereka ada sikap sihat untuk soal dasar kerajaan tetapi ini tidak bermakna mereka menentang kerajaan, ramai yang punyai fikiran kritis tetapi sokong kerajaan,” ~ KJ
Halangan iaitu Political Miliage harus di hapuskan. Sy telah mengikuti dunia politk kampus sejak mula menjejakkan kaki ke IPT. Orang-orang politik sememangnya telah menerobos baik daripada kerajaan mahupun pembangkang dengan menjadikan SISWA JUMUD sebagai keldai. Tapi dalam kampus punya pelbagai kaum SISWA. Antaranya SISWA BONSAI & SISWA SUPER RAUSYANFIKIR. Siswa Bonsai mempunyai adalah golongan Minda Tertawan manakala Siswa Super Rausyanfikir adalah siswa golongan Minda Menawan. "Political Milaege" merupakan kepentingan politik yang berkehendakan Kuasa & Jawatan lalu memperalatkan Siswa dengan alasan siswa ke U untuk belajar. Bagi sy itu alasan kurang akademik yang jelas kerapuhan hujahannya. Sy juga boleh menjadikan alasan twitters, FB, dota, sukan, kesenian juga tidak termasuk dalam proses menuntut ilmu dan wajarkah diwujudkan seksyen baru dalam AUKU sebagaimana seksyen 15? Memetik kata-kata Datuk Saifuddin sekali lagi :
"The problem with trying to police what students do with their time is that there are countless other things they can be distracted by. Do we start banning students from playing sports? Or computer games? Or spending time on Facebook and Twitter?~ Saifuddin"
Oleh itu, sy secara peribadi menyokong pindaan sekyen 15 tetapi keterlibatan semua pihak seperti alim ulama, pakar perlembagaan yang diakui kepakarannya, academia yang mendaulatkan pandangan berILMU, pengamal undang-undang yang berintegriti, masyarakat yang cakna amat diperlukan agar pindaan itu bersifat IDEAL. Kemenangan 2-1 UKM4 kini menjadi inspirasi agar pindaan AUKU bukan lagi fantasi tetapi realiti.
Sahabat sy sekalian. Beberapa isu diatas adalah sekerat masalah yang berlaku disekeliling kita. Sebagai rakyat yang cakna kita perlu sama-sama menunaikan peranan dalam penyelesaian masalah. Masalah mempunyai beberapa peringkat & tempoh penyelesaian. Samada cepat atau lewat, yang penting usaha berterusan, doa & tawakal kepada ALLAH swt. Masalah ini tidak akan habis, masalah ini akan sentiasa datang sebab kita ini HIDUP. Bukan hidup-hidupan!!
"Kereta hanya ada masalah jika kereta Itu bergerak. Kalau sekadar megah di "showroom", memang tidak jumpanya lampu isyarat dan polis semua. Yang penting adalah kita kena persiapkan diri kita untuk menghadapi masalah ini. Kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah."
Dan semakin matang kita semakin besar cabarannya. Cabaran membawa kereta tak sama seperti cabaran membawa lori. Sepertimana sy katakan awal-awal tadi, Allah swt tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!"
Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata buya Hamka, "Hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya"
~ Rayyan :
Tahniah Harimau Muda atas kejayaan mempertahankan Ibu Emas Sukan Sea 2011 walaupun gagal menyaingi skuad olimpik Syria ^_^
Sumber :
~ Rayyan :
Tahniah Harimau Muda atas kejayaan mempertahankan Ibu Emas Sukan Sea 2011 walaupun gagal menyaingi skuad olimpik Syria ^_^
Sumber :
- http://www.tuition.com.hk
- http://www.iluvislam.com
- Pandangan Pemimpin siswa/politik/rakyat melalui laman sosial FB
- Pandangan & pengalaman peribadi penulis (Pena Rayyan)
0 comments