Saturday, November 26, 2011

Adnan Menderes vs Kamal Atatürk : Awalnya Regu Akhirnya Berseteru!!!

Assalamualaikum wbt & Salam Maal Hijrah dari sy. Alhamdulillah. Umat islam akan memasuki tahun baru dalam kalendar Islam. Masing-masing punya percaturan tapi yang utama adalah menambahbaik amalan kita kepada ALLAH swt. Selang beberapa hari sy mengemaskini blog menerusi artikel terbaru "Mengapa Di Kejar Bola Bukan Gawangnya". Kini sy berkesempatan memuat naik pula artikel penulisan asal Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin iaitu "Hidup biar berjasa, mati biar mulia…" (mohon "share", "edit" & "upload" yer Prof..hehehe). Jom ikuti perkongsian pada kali ini.. ^_^

(Adnan Menderes)

"Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University. Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.

(Republican People’s Party) 

Namun begitu Adnan Menderes telah disingkirkan daripada RPP pada tahun 1945 kerana sikap tegasnya yang menentang polisi Atatürk. Beliau kemudiannya menubuhkan Democrat Party (DP) bersama rakan-rakannya setelah Turki memperkenalkan sistem berpolitik yang lebih terbuka dengan kepelbagaian parti politik yang berdaftar. Democrat Party menang pada PRU terbuka pada tahun 1950 dan Adnan Menderes telah dilantik menjadi PM selama 10 tahun dengan membawa banyak kemajuan kepada Turki. Kesungguhannya untuk mengembalikan Turki kepada sistem yang lebih Islamik telah dibuktikan apabila beliau berjaya membawa banyak perubahan yang positif.

"Adnan ini merupakan salah seorang sekutu MKA, di mana pada suatu hari ketika penerbangan, beliau telah mengalami kemalangan di mana kapal terbang itu rosak dan hampir terhempas. Dia telah berjanji dan berdoa, jika ~ Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan itu, dia akan berusaha mengembalikan Islam ke pemerintahan Turki - dan Allah menjadikan beliau satu-satunya mangsa yang terselamat. ternyata, dia mengotakan janji untuk mengembalikan Islam kepada Turki, dan berjaya buat sekadar yang dia mampu, walaupun mungkin di mata manusia x sebesar mana jasanya itu.Al-fatihah untuk beliau, tanpa usahanya maka tidak ada asas untuk parti pemerintah Turki sekarang AKP untuk bertapak dan menerajui Turki. :) " ~ Mohd Iduan Masri

Perubahan yang beliau lakukan antaranya ialah :

1-Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab 

Kamal Antartuk: Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi

2-Membuka kembali ribuan masjid-masjid di seluruh negara yang telah ditutup di sepanjang era pemerintahan Atatürk 

Kamal Antartuk : Telah menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja & menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

3-Kerajaan Turki mula membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam

4-Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan bawahan

5-Bahkan pernah dalam ucapannya di Parlimen Turki, beliau mengatakan bahawa perundangan Islam boleh dikembalikan sekiranya majoriti ahli-ahi parlimen ingin berbuat demikian. 

Kamal Antartuk : Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. Dia juga telah menyingkirkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

Polisi beliau semakin popular di kalangan masyarakat awam ini juga telah turut disokong oleh Cemal Gürsel, Ketua Turus Angkatan Tentera Turki. Namun polisi ini telah ditentang sekuat-kuatnya oleh golongan sekular di kalangan para intelek, para mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro Kemalist pada ketika itu.

(Cemal Gürsel)

Pada 27hb Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh 37 pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes adalah di antara tokoh yang telah ditangkap. Beliau kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung di atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist (Mustafa Kamal Atatürk).

"They cut off our phone lines. Adnan Menderes was hanged against the regulations. I was supposed to oversee the execution. The revolution tribunal's chief prosecutor Altay Egesel conducted the execution despite not being authorized. İsmet İnönü and Cemal Gürsel were already phoning for him (Menderes) not to be executed but the telecommunications' office cut off the lines and Egesel made use of the (communication) gap to conduct the execution."


~Mehmet Feyyat, District Attorney General, Istanbul Province Prosecutor General 1961, The Administrator of the Imrali Prison, The Lawyer of the Year, Senator


(Dijatuhi hukuman gantung oleh musuh politiknya)

Namun begitu, kehebatan dan kemuliaan usaha-usaha Adnan Menderes telah diiktiraf semula 29 tahun selepas beliau digantung. 

Bersempena dengan ulang tahun ke 29 tahun beliau digantung, maka pada 17 September 1990 kerajaan baru Turki yang telah dilantik secara demokrasi telah mengubah pendirian Parlimen terhadap Adnan Menderes. 

"An extremely important document that sheds light on the past has been revealed. Testimony from eyewitnesses at the time helped make known that the letter had been modified after May 27, but the location of the original letter was unknown. This important document adds a new dimension to the coup d'etat conspired against his democratically elected government on May 27, 1960. We have come face to face with a new document that changes our written history. It was my greatest wish to obtain just such a document; not for my own satisfaction, but for my father, to prove this reality and obtain genuine evidence. I was thrilled when I heard about this.

~Mr. Aydın Menderes, Author, the Son of Prime Minister Adnan Menderes, September 2006

Parlimen dengan secara rasminya telah mengiktiraf sumbangan Adnan Menderes secara rasminya. Bahkan jasa-jasanya turut dikenang melalui penamaan semula pelbagai institusi seperti Adnan Menderes University di Aydin, Adnan Menderes Airport, Adnan Menderes District, Adnan Menderes Road dan sebagainya.

(Adnan Menderes University di Aydin, Turki)

~Rayyan

Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama (amalan kita)!!!


*artikel asal penulis boleh di dapati pada blog zainurrashid.com
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top