Area : Penang road
Kita sambung denstinasi jalan2 Penang dengan singgah di bazar Chowrasta yg terkenal dengan pelbagai aneka jeruk. Jeruk buah Pala adalah seleksi wajib pilihan rata2 pembeli yang akan membawa pulang sebagai buah tangan untuk keluarga dan sahabat handai. Yang den tahu hanya ada satu sahaja pengusaha jeruk Melayu Islam yang lain2 kebanyakkan bukan Islam. "MENCARI YANG HALAL ADALAH FARDHU"
Buah Betik
Buah Pala
Gerai Jeruk
Ketika hampir sejam berjalan2 sekitar bazar, kebanyakkan penjual/tauke adalah kaum Cina manakala pekerja pula diambil daripada kalangan Melayu. Hal ini bertujuan menarik pembeli daripada kaum tersebut.Terdetik hati den nih, sampai bila kita nk berbangga dengan tokoh perniagaan seperti Tan Sri Syed Al Bukhary dan legasi Naza sahaja. Moh la kita imarahkan "TOP 10 RICHEST PERSON IN MALAYSIA" daripada kalangan orang islam pula. Pada masa yg sama den tertanya2 adakah DEB berjaya mencapai objektifnya? Adakah MBE mampu membuat perubahan seterusnya? 9 tahun menuju Wawasan 2020 yob!. Masih sempatkah? InsyaALLAH jom kita Jihat Bisnes seperti yg diperkenalkan oleh mantan pengerusi JCORP.
Warung Cucur Udang Mamak
Lensa den kemudiannya sempat "membidik" Mamak yang setia menarik pelanggan. Den terpegun dengan mamak nih, seingat den warung ni telah wujud sejak den kanak2 lagi (lebih kurng 25 tahun lalu). Ketika den kanak2, ayah den selalu singgah warung ni pekena cucur udang.,walaupun sekadar warung biasa tapi servis beliau "tip top". Den imbas kembali zaman den sekolah dulu, pertama kali hendak keluarkan duit biasiswa (guna buku bank) sampai kena tengking dengan akak bank. huhuhu
Tekun bekerja walaupun sedar gambar beliau sedang diambil
Kanak2 meminta sedekah
Kanak2 ini berjaya mencuri pandangan den seketika, lantas lensa terus di ketik. Den berkata kepada abang den, kasihan kanak2 Melayu ni meminta sedekah orang ramai. Abang den dengan pantas membidas. Itu bukan Melayu itu Myanmar. Eh betul ke? Apabila diamati warna kulit, den rasa cakap abang den betul. Sah Myanmar, tapi itu bukan isunya, isunya disini kanak ini seolah2 dieksploitasi oleh pihak tidak bertangungjawab. Adakah tiada tindakan diambil atau tindakan telah acap diambil tapi HASILNYA masih menemui jalan buntu. Den harap tiada orang Islam meminta sedekah sebegini, bukan niat menghina tapai ADALAH LEBIH BAIK TANGAN YANG BERADA DIATAS DARIPADA TANGAN YANG BERADA DI BAWAH
Oh ibu !
Dua langkah den melewati kanak2 Myanmar terbabit, den terlihat seorang ibu juga rakyat Myanmar sedang membelai anaknya. Sayu den melihatnya walaupun mengemis meminta sedekah, tangungjawab sebagai ibu tidak dilupakan. Kita imbas kembali akhbar arus perdana Malaysia sering memaparkan Isu Buang Anak rentetan bagi menutup malu atas zina yang dilakukan. Sadisnya ia dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam. Adakah kita terlalu mengejar Pembangunan Infranstrukstur/Ekonomi sehingga Pembangunan Insan dipandang sepi?? Mungkin dengan pelaksanaan ETP,GTP, MBE, PEMANDU dapat diseiringkan dengan prog Pembangunan MODAL INSANI?? Mungkin den perlu suarakan isu ini pada blog 1MSIA rsnyer. hehehehe
Area : Hadapan Komtar, 1st Avenue, Prangin Mall
Terpandang pula den kepada beca ini sewaktu melalui jalan hadapan KOMTAR. Pada zaman den kanak2, arwah nenek selalu bawa den dan abang bersiar menaiki beca/lanca. Dahulu, lanca merupakan pengangkutan awam disebabkan kos yang murah. Tapi kini lanca hanya dinaiki oleh golongan pelancong2 asing disebabkan tambang yang mahal. Fungsi lanca telah diambil alih oleh teksi bermeter dan Rapid Penang yang galak menjalar diseluruh pulau. Adakah Lanca akan pupus suatu hari nanti? Eh, sebelum tu, mana pi Monorail ??? Cancell sebab PRU 12 ka?? hehehe. jangan marah a cheq gurau2 manja ja. :)
Area : Sekitar Gurney drive
Kebanyakan kita sering menganggap Melaka Bandaraya Bersejarah, tapi setelah den paparkan beberapa gambar bangunan kolonial di laman sosial, semua sahabat2 den terpegun dan kagum. Untuk makluman semua Georgetown merupakan tapak warisan dunia (WORLD HERITAGE) tapi malangnya rakyat Malaysia sendiri kurang peka berkenaan hal ini. Mungkin promosi berterusan daripada Kerajaan Pusat & Negeri harus dipergiatkan lagi dalam menarik pelancong ke Penang. Sebelum Francis Light dengan liciknya mempedaya Kedah dalam merampas Pulau Pinang, bandaraya Georgetown terlebih dahulu dikenali sebagai Tanjung. Hal ini kita dapat lihat dalam filem PM Razak Mohaideen mengunakan tajuk Nana Tanjung bukannya Nana Georgetown. hehehehe. Bilakah pengunaan Tanjung akan dikembalikan kerana nama Georgetown sendiri dilihat punyai pengaruh kolonial/penjajah??. Mungkin ramai yang akan membantah dengan cadangan ini dan dikatakan kurang komersial. Adehhh. Nama Kuala Lumpur komersial sangat ke??? Lu Fikirlah la sendri :P
......TAMAT......
0 comments