Monday, May 16, 2011

ESKLUSIF : Sembang Petang Bersama YDP Ainuddin Hata

PR: Assalamualaikum wbt den ucapkn kepada saudara YDP. Disini den nak ambil kesempatan untuk menemubual saudara YDP. Tahniah kerna di pilih sebagai YDP. hehehehe

YDP: Waalaikumussalam wbt juga kepada saudara PR yang sudi menghantar temubual ini kepada saya. Walaupun bukan secara bersemuka namun kehadiran amat di rasai.
PR : Terlebih dahulu, mari kita bertaaruf sebentar bersama YDP Ainuddin Hata. Mungkin YDP boleh ceritakan sedikit mengenai latar belakang, bilakah menceburkan diri dalam dunia kepimpinanan siswa

YDP: Alhamdulillah, saya bukanlah seorang yang layak menerima amanah sebagai YDP ini. Tetapi serba sedikit dapat saya kongsikan mengenai latarbelakang saya dalam dunia kepimpinan siswa ini. Mula minat saya terhadap dunia kepimpinan bermula dari tadika lagi apabila saya diberi peluang untuk memimpin bacaan doa dalam majlis konvokesyen tadika ( kepimpinan tu.. hehe ) kemudian apabila menjejakkan kaki ke sekolah rendah, pada ketika di darjah satu lagi saya sudah dilantik sebagai ketua kelas . 

Saya tidak pernah berpeluang untuk meluaskan bakat kepimpinan pada sekolah rendah dari darjah 2 hingga 5, tetapi pada darjah 6 lain pula ceritanya. Saya tiba-tiba dilantik cikgu untuk menjadi pengawas sekolah dan sekaligus di naikkan jawatan kepada n. bendahari pengawas sekolah. Rezeki tidak berhenti di situ apabila di sekolah agama ( tidak pernah pegang apa2 jawatan dari darjah 1-5 ) ustazah pula menawarkan saya untuk menjadi ketua pengawas sekolah. Tetapi tawaran di tolak atas permintaan ibu ayah.

Apabila meningkat ke sekolah menengah pula, di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar saya diamanahkan dengan pelbagai amanah antaranya pengawas sekolah, jawankuasa tertinggi pengawas sekolah, timbalan presiden Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), pengerusi kelab dan pahit manis kepimpinan pernah saya rasai.

Setibanya di Politeknik Johor Bahru, niat di hati tidak mahu berkecimpung dalam arena kepimpinan lagi. Tetapi, tak tahu bagaimana pada semester pertama saya menyertai RMM dan rakan exco kerohanian JPP PJB. Semester 2 pula diberi amanah sebagai timbalan exco JRKV, dan terus meningkat dan meningkat sehingga pada semester akhir memegang amanah sebagai YDP yang tidak berwatikah. Itulah antara latar belakang kepimpinan saya

PR: Baiklah, kita teruskan dengan soalan pertama, apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan siswa dan idealisme siswa?

YDP: Kepimpinan siswa adalah sebuah kepimpinan yang secara kesulurhannya dipimpin oleh mahasiswa itu sendiri dan kepimpinan ini adalah pemimpin bagi siswa yang lain. Bagi saya idealism siswa ini adalah pemikiran siswa itu sendiri. Pemikiran yang membentuk serta mencorakkan siswa tidak kira dari sudut apa sekalipun asalkan ia adalah pemikiran yang menjana serta membentuk siswa yang hebat.

PR: Suatu ketika dahulu idealisme dan perjuangan pelajar di PPJB mendapat dokongan Pengarah, T.Pengarah dan pegawainya. Adakah sokongan itu masih berterusan atau sebaliknya?

YDP: Pada pendapat saya, soalan ini adalah subjektif sebab kita tak tahu apa perancangan mereka dan apa yang mereka cuba hadiahkan kepada kita. Namunpun begitu, secara pandangan peribadi saya, saya berpendapat bahawa sokongan itu ada tetapi amat lemah. Ini kerana kita selaku wakil suara pelajar sekalipun tidak dibenarkan berjumpa dengan pengarah, Ini menyebabkan kami berasa kehilangan sebuah tempat bergantung yang amat kukuh  untuk kami menyampaikan serta merealisasikan impian keseluruhan pelajar politeknik.


Selain itu juga segala macam usaha telah kita lakukan untuk menaikkan semula nama JPP PJB di mata pelajar dan juga di mata JPP lain di  seluruh Malaysia. Tetapi pergerakan, idea2 kami pada semester ini ibarat mempunyai 1001 batu penghalang yang amat besar yang memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk mengharunginya. Kita cuba memperjuangkan apa yang dirasakan baik dan mampu meningkatkan kualiti pelajar namun itulah yang menjadi suatu kesukaran untuk kami menggapai serta menjayakannya.

PR: Tipikal mengaitkan JPP  POLITEKNIK hanya giat menganjurkan program semata2 bahkan suara pelajar seolah menjadi fokus kedua JPP?

YDP: Berkenaan perkara ini, saya sendiri berpandangan begitu sejak memegang tampuk kepimpinan di dalam JPP semenjak semester 3 lagi. Saya selalu memandang bahawa kenapa kita asyik buat program sedangkan isu kebajikan pelajar seringkali dilihat sebagai terabai. Jadi semenjak itu saya berazam untuk berada di tempat yang sewajarnya untuk meletakkan kebajikan pelajar di tempatnya.

Dan saya dapat, pada semester akhir. Namun pun begitu, banyak juga cabaran dan dugaan yang dihadapi hinggakan pernah satu ketika berfikir untuk mengundur diri dalam JPP. Bukan kerana mengaku kalah, tetapi ingin member kesedaran kepada semua bahawa JPP bukan tempat untuk diperintah. Tetapi adalah satu medium untuk mencorak dan membentuk apa yang ada disekelilingnya.

PR: Bagaimana pula dengan aktiviti pelajar? Adakah aktiviti pelajar mendapat tempat di mata2 pegawai2. Wujudkh proses birokrasi dalam meluluskan program. Setahu den, sekitar 2008, pegawai2 HEP amat mudah bekerjasama dalam meluluskan program2 siswa sehingga setiap minggu punya 1 atau 2 program anjuran JPP.

YDP: Jawapan saya mudah. YA! Aktiviti pelajar mendapat tempat di mata pegawai2. TETAPI bukan program bersifat ilmiah, bukan program bersifat keilmuan, pendidikan, pembentukan sahsiah, NAMUN adalah program yang bersifat hiburan. Dan ini menyebabkan kami berasa kurang selesa kerana, ada segelintir program yang bukan dirancang dan dikelolakan oleh JPP, tapi, nama JPP yang dipergunakan untuk tujuan tersebut sedangkan JPP tidak tahu menahu mengenai program tersebut.

Berkenaan dengan proses birokrasi, bagi saya, di mana-mana sekalipun pasti ada.Tetapi apabila dilihat pada PJB, proses birokrasi itu ada dan sukar bagi program2 yang berbentuk ilmiah. Apa yang lebih mengecewakan lagi adalah proses birokrasi itu dilihat terlalu kuat apabila JPP yang ingin mengadakan sesebuah program. Tidak semua pegawai begitu. Kerana ada juga antara pegawai yang masih lagi memberi sokongan dalam memperkukuhkan JPP ini.

PR : Dan ada yang mengatakan bahawa JPP hanya memperjuangkana isu2 domestik tidak bersifat nasional sepertimana MPP U kebelakangan ini bangkit bersuara lantang? Adakah wujud pihak2 yang cuba “mengunci  mulut”  walaupun membiarkan kaki/tangan tidak diikat?

YDP: Memang benar JPP banyak membincangkan isu2 domestik namun tidak meminggirkan isu2 nasional. Ini kerana kita berada di bawah akta 174 yang mana akta ini agak ketat bagi kita untuk melaksanakan sepertimana yang dilaksanakan oleh MPP U. berkenaan pihak2 yang cuba ‘mengunci mulut’ itu, bagi saya, ianya memang ada. Saya sendiri pernah berdepan dan berbincang secara baik. Kita selaku pelajar tidak dibenarkan untuk berjuang sebaliknya membangun. 

Persoalannya bagaimana kita hendak membangun seandainya pihak2 tersebut meletakkan gam gajah dikerusi tempat kita duduk? Ini bererti,contohnya apabila ada sesuatu isu terjadi, kita akan duduk untuk berbincang bagi mendapatkan kata sepakat yang bernas bagi mendapatkan jalan penyelasaian yang baik. Tetapi selepas perbincangan tersebut, kita tidak dapat bangun disebabkan kerusi kita telah di gam. Bagaimana isu tersebut hendak diselesaikan dengan jayanya? Dan akhirnya pihak2 inilah yang akan menyalahkan kita dengan perkataan “ JPP duduk diam je tak buat kerja” apa kes…

PR: PPJB merupakan POLITEKNIK  pertama yang menganjurkan E-UNDI sekitar 2005. Adakah Proses Pilihanraya kampus di PJB masih Wujud? 

YDP: Proses pilihanraya ini ibarat telah terkubur. Tetapi cuba dihidupkan semula pada semester lepas namun tak berjaya. Antara faktornya adalah kita tidak cukup bilangan mereka yang bertanding. Itulah jawapan yang diterima saya. Selain itu juga, mereka yang mencalonkan diri juga tersingkir akibat tiada tandatangan dari pihak pegawai.

PR:  Per 4. Semakan teliti kepada agihan kewangan kepada unit-unit yang menjalankan program pelajar. Jumlah agihan mestilah rasional dengan penggunaan dan program-program yang dianjurkan.(Memorandum 16 perkara JPP kpd PJB 2008). Pada pandangan peribadi  YDP adakah ianya dipatuhi atau telah diambil penambahbaikan?

YDP: Kalau tak salah saya ada membaca memorandum 16 perkara tersebut. Pada pandangan saya, ianya masih lagi tidak dijalankan sepertimana yang pernah diminta oleh JPP PJB pada sesi tersebut. 

PR: Bagaimankah pula hubungan JPP dengan kelab seperti KRMM, PRS & JPK? Suatu masa dahulu pernah ditubuhkn Gabungan Permuafakatan Siswa yang melibatkan semua kelab dan JPP dibawah satu  payung tapi dengar khabar GPS telah dikuburkan dengan digantikn konsep JPP Untuk Semua.

YDP: Selama saya berada di JPP , saya pernah dengar mengenai GPS ini. Tapi saya xpula dimaklumkan bahawa ia telah tertubuh. Dan konsep JPP untuk semua itu hanyalah slogan yang dibawa supaya JPP ini dilihat sebagai satu medium yang bukan berdiri untuk ahlinya sahaja, tetapi untuk semua warga PJB. 

Mengenai hubungan antara JPP dengan kelab KRMM, PRS & JPK ia masih perlu pembaikan kerana masing-masing masih lagi mempunyai agenda tersendiri yang menyebabkan kesatuan itu tidak dapat dijayakan. Disebabkan saya telah tamat, biarlah saya komen serba sedikit mengenai kelab2 tersebut agar mereka yang membaca ini dapat menyedari dan berubah.

Saya mulakan dengan JPK. Pada akhir2 ini, kepimpinan JPK telah diubah kepada mereka2 yang masih mentah dan baru dalam dunia kepimpinan. Di mana mereka ini tiada panduan dalam kepimpinan yang sepatutnya mereka corakkan. Sekadar mengikut telunjuk kata warden. Bergerak dan mengadakan program semata-mata untuk hiburan dan tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling mereka. JPK is JPK. Itu apa yang saya nampak.

PRS pula ada agenda tersendiri. Saya tidak terlalu arif. Tetapi apa yang saya lihat, ahli-ahli PRS perlu lagi menjaga batas-batas pergaulan, pemikiran harus beretika.

KRMM pula bagi saya harus membuka minda dan boleh menerima sesiapa sahaja tidak kira baik atau buruk. Apa yang saya lihat, Kepimpinan tertinggi sahaja yang boleh menerima sesiapa sahaja. Perlu saya ingatkan KRMM adalah medan dakwah dan dakwah tidak terhad di dalam masjid sahaja. Dan jangan selalu berkata belakang, tetapi berhadapanlah dan beertegurlah dengan baik dan hikmah.

JPP pula bukanlah suatu jawatankuasa yang di warisi. Tetapi ia adalah sesuatu yang harus direbut untuk berada di dalamnya. Jadi, bagi masa akan datang, saya amat berharap agar yang berada di dalam JPP itu adalah di kalangan mereka yang pernah berpersatuan, yang pernah mengelolakan persatuan, yang pernah melakukan kerja2 pengurusan dan kepimpinan. Jangan biarkan pimpinan tertinggi anda berkeseorangan. Tanpa anda, dia bukanlah siapa-siapa.

Dan diingatkan juga kepada semua yang disebutkan. Janganlah dijadikan kelab2 ini ibarat parti2 politik diluar. Tetapi jadikanlah kelab sebagai satu pentas untuk belajar dan JPP sebagai medan perjuangan.

PR: Untuk makluman, den dimaklumkan bahawa GPS telah ditubuhkan secara rasmi pada Julai 2008. Seterusnya, den beri peluang kepada YDP menjelaskan/menafikan dakwaan JPP sekarang lesu, kurang aktiviti, kepimpinan mungkin sedikit mundur. kepada siswa di PPJB dan mantan2 diluar sana

YDP: Alhamdulillah, ada juga rupanya ruang untuk memperjelaskan situasi yang saya hadapi. Terima kasih atas ruang yang diberikan. Setelah lama tak bernafas, ada juga ruang untuk saya bernafas bagi memperjelaskan situasi yang berlaku. 

Pertamanya, ingin sekali saya jelaskan matlamat perjuangan saya sebelum memegang amanah sbg YDP PJB disember 2010. Matlamat saya adalah untuk menyuarakan serta memperjuangkan hak2 pelajar dan program2 saya letakkan di tempat yang kedua dalam visi dan misi saya.

Disebabkan oleh itu, program tidak banyak saya lakukan, tetapi pelbagai tulisan telah saya nukilkan dan dibawa kepada pihak atasan. Selain itu juga berdepan dengan pegawai2 sudah menjadi suatu perkara biasa bagi saya semasa berada di poli. Pelbagai isu dan perkara saya bangkitkan dan suarakan serta bincangkan. 

Tetapi bukanlah penyelasaian yang saya dapat. Yang saya dapat cumalah jawapan yang berupa alasan. Kesedihan dan kehampaan adalah teman saya sepanjang berada di JPP PJB. Namun perjuangan tetap perjuang, saya tabahkan juga. Kalau dahulu, kita ada pemberi semangat, tp kini, saya hadapi sendirian, tekanan, masalah, dugaan dan cabaran saya rasai sendiri. Itulah yang mengajar saya erti kepimpinan sejati.

Apabila medium perbincangan tidak lagi bererti, saya ubah kepada medium penulisan, saya tambah dengan acuan penyatuan pelajar. Dan ramai yang memberikan sokongan terhadap perjuangan kami di JPP PJB. Jadi, bagi saya, program bukanlah segala-galanya tetapi pengisian dan perkara yang dijuangkan mampu menjulang JPP di mata warga PJB.

Kami pernah mengadakan program bertemu pelajar dan mengambil tandatangan mereka untuk melihat sejauh mana kesedaran mereka terhadap JPP. Hampir 50 helai kertas dipenuhi dengan tandatangan pelajar. Ini menunjukkan bahawa JPP masih lagi diperlukan dan kewujudan JPP yang senyap ini bukan bermakna tiada sokongan dari pelajar. Malah mereka menyokong akan apa yang kami lakukan dan mereka sokong akan perjuangan kami walaupun kami diam.

Diam kami bukan diam mengalah. Diam kami diam mengatur langkah. Diam kami bukan diam lesu. Diam kami terus maju. 

PR: Apakah kemajuan yang di raih PPJB kebelakangan ini sehingga kita sendiri sebagai siswa berasa sangat bangga?

YDP: Sebagai siswa, kemajuan yang boleh dibanggakan antaranya PJB da jadi Poli Premier. Bagi saya, PPJB perlu banyakkan usaha supaya boleh dibanggakan oleh siswa PPJB

PR : Apakah  harapan sdra YDP berkenaan masa depan PPJB. Adakah PPJB akan dipilih sebagai UNIPOLI yang pertama?

YDP: Sudah tentu itu harapan saya. Tetapi sejauh mana ia akan terlaksana tidak dipastikan lagi. Yang penting mind set pelajar, pensyarah dan pegawai harus di updated kn..

PR: Pada pendapat YDP, kemungkinan wujud kebangkitan siswa yang hak2 mereka ditindas sepertimana di Mesir sehingga berjaya menumbangkan kerajaan. Soalan ini tiada kaitan PPJB tetapi ia bersifat umum di mana hak siswa di serata dunia di ketepikan..

YDP: dalam mengulas persoalan ini, saya suka apa yang dikatakan oleh YB Dato’ Saifuddin dalam satu pengucapannya. Beliau megatakan bahawa siswa ini mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental. Beri mereka ruang dan peluang untuk meluahkan idea2 mereka. Kelak mereka juga akan menjadi pimpinan negara. Apabila idea mereka di sekat, sebab tu la jadi masalah di negara seperti huru-hara. Kerana mereka mempunyai satu lagi kekuatan. Iaitu dari sudut kekuatan fizikal.

PR: Baiklah, kita “off record” lak. Apakah hala tuju YDP selepas ini? sambung belajar?    kahwin? mohon dijawab kedua2 soalan… hehehe
 
YDP: insyALLAH ada rezeki saya akan meneruskan pengajian di bidang fotografi. Dan seandainya rezeki belum tiba, saya akan usahakan perniagaan fotografi saya. Kahwin lambat lagi la jawabnye..haha..

PR :sekiranya sambung belajar U mn yg menjd pilihan?program yang bakal dipilih? Sekiranya berkahwin, siapakah gadis bertuah tersebut?berapakah jangkaan cahaya mata?         (jawab jgn tidak dijawab….soalan WAJIB…ahhahaha)
 
YDP: Untuk bidang yang saya minat ini, sudah semestinya saya pilih Multimedia Universiti Malaysia ataupun Lim Kok Wing. Tetapi U tersebut bukanlah kemampuan saya. Mungkin UiTM saya pilih sebagai tempat untuk meneruskan pengajian. Kalau bab kahwin tu belum tahu lagi.. huhu. Pelik2 je soklan..

PR: Ala YDP,  den gurau2 j..Mike nih amek serius la pulak…hehehe..Den ingin mengucapkan terima kasih kerna sudi meluangkan untuk ditemu bual walau sekadar emel. Den harapkan YDP berjaya pada masa akan datang dan mudahan dimurahkn rezki serta jodoh..Mungkin cabaran lebih besar menanti YDP selepas ini. Ingatlah,
“PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI”

YDP: Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian untuk menemubual insan yang tidak hebat ini.APa yang kurang dalam jawapan saya, harap dimaafkan kerana saya bukanlah orang yang hebat tetapi berkongsi akan apa sahaja yang termampu untuk kebaikan bersama. Dan kepada PR kita pun, nak kahwin nanti jangan lupa jemput.. hehe. Dan kita bersama-sama merealisasikan impian untuk meningkat serta memartabatkan JPP di seluruh Malaysia. Terima kasih

PR: Haizz den pulak yang kena…hehehe…InsyaALLAH…Doakan dipermudahkan dan dipertemukan…YDP boleh jadi photographer walimah den nanti. Sekian, Assalamulaikum wbt..jumpa lagi ^_^

YDP: Waalaikumussalam. Berjalan di atas tanah yang panas, akan terasa bahangnya. Tetapi kecekalan hati dan kekuatan akal menyebabkan bahang panas itu tidak akan lagi terasa.

~Rayyan :
  • Segala jawapan adalah datangnya daripada YDP Ainuddin Hatta. Tiada sebarang pembetulan dan suntingan bagi menjaga “ORIGINALITY”.Sekiranya ada, mungkin format bagi menyesuai padan dengan konsep blog Pena Rayyan 
  • Sebarang kupasan isi adalah datangnya daripada beliau sendiri. Pena Rayyan sekadar mengutarakan soalan. Jawapan yang diberikan mungkin menyentuh pihak2 tertentu adalah diluar bidang/tangungjawab Pena Rayyan disebabkan telah dinyatakan bahawa jawapan sebolehnya tidak dituju kepada mana2 pihak secara langsung bagi menjaga sensiviti.
  • Sebarang keterbukaan beliau ketika menjawab soalan yang diajukan mungkin disebabkan berpegang kepada   "SISWA BEBAS & BERHAK BERSUARA"
  • Sebarang perbincangan diatas tiada misi2 terselindung. Ianya sekadar diskusi buat tatapan kita bersama. Yang Baik Dijadikan Teladan Yang Buruk Dilakukan Penambaikan
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top