(setelah tapaknya kukuh, tibalah masa untuk berlari)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) umpama memberikan warna dalam konsep perjuangan den. Iyolah daripada berjuang 24/7 semasa muda2 dulu. Di UniMAP den tercari2 tapak dan arah perjuangan kerna kepimpinan siswanya amat LESU. Den berjuang bukannya atas idealogi mana2 POLITIK LUAR yer. Tagline BEBAS DAN BERPRINSIP DLM MENDEPANI ISU TANPA RAGU2 menjadi haluan den. Den berjuang dalam lingkup kepimpinan siswa iaitu condong kepada idealisme siswa. Pada masa yang sama den juga mengambil tahu hal2 luar berdasarkan status2 den di FB yang mungkin agak PEDAS, tetapi itu sekadar luahan atau kritikan yang CAKNA terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Den bukannya siswa yang BUTA, DIBUTAKAN atau MEMBUTAKAN diri seperti Abang Kassim Selamat berkenaan isu2 politik, negara, dan masyarakat. Den menyentuh isu2 tersebut atas dasar ilmu tetapi masih menjaga status den yg diikat AUKU dan Perlembagaan Universiti.Hala tuju den kaku dan layu pada permulaanya kerna tiada jemaah. Den mencalonkan diri untuk menjadi MPKK pada awalnya tetapi keputusannya sodihh. Mungkin den tidak layak berbanding mereka yang lain, walaupun calon2 yang berjaya sodihh lagi den melihatnya. Mungkin ITU yang dicari dan ITU adalah rezeki calon2 yang berjaya. Den redha, den mula mencari kelab2 yang aktif tetapi hampa. Kemudiannya den merancang hendak mencuba nasib dalam MPP tetapi den tidak cukup syarat iaitu mesti pernah duduki peperiksaan pertama di UniMAP. Kebetulan proses PRK berlangsung ketika itu (melepas lagi). Den kemudiannya menceburi bidang pengacaraan majlis di program2 "SCHOOL". Sekadar untuk belajar menjadi MC dan menambahkan keyakinan diri. Mana tahu suatu hari nanti den bakal berucap di dataran Putrajaya sempena PERHIMPUNAN BULANAN STAFF. hehehe... Sebelum den pergi LI, tiba-tiba ada tawaran daripada Pihak pentadbiran kolej kediaman untuk menganggotai MPKK. Den terpingga2 dan pada masa yang sama hati den berdetik "dulu tidak mahu terima pinangan kita, sekarang pihak sana nak masuk meminang kita balik! huh tiada siaran ulangan...ehehe". Walau bagaimana pun,den menolak pinangan dengan cara baik dan sempat membutirkan senyuman sebagai "signal" penolakan. Lagi pun logik den menolak pinangan tersebut disebabkan den akan pergi LI dan mana mungkin boleh berikan komitmen pada masa yang sama.
Akhirnya den temui satu kelab yang punya visi dan misi tetapi daripada aspek kepimpinan dan pengurusan punya kelemahan yang ketara tetapi tidak mengapa, den masuk untuk membantu daripada dalam. Den sempat melibatkan diri secara langsung dalam 2 program tapi sodihh kelab kemudianya DIGANTUNG. Tentang hal tersebut anda semuanya tanyalah kepada pihak2 yang terlibat, den tidak mahu mengulasnya di sini kerna den "BUKAN AHLINYA". Langkah terbantut pula,
tapi tidak mengapa den teruskan pula mencari medium baru perjuangan. Melalui medium blog Pena Rayyan yang diwujudkan sekitar Julai 2009 tapi aktifkn diri pada Julai 2010 (kemudian lahirnya FB dan Pages Pena Rayyan). Alhamdulillah di laman sesawang den ditemukan dengan sahabat2 baru yang berminat dengan perjuangan den. Rupanya den tidak berseorangan dalam dunia idealisme siswa. Mungkin ada yang kenal den, tapi den lebih suka orang mengenali Pena Rayyan daripada diri den sebenarnya.. ^_^
tapi tidak mengapa den teruskan pula mencari medium baru perjuangan. Melalui medium blog Pena Rayyan yang diwujudkan sekitar Julai 2009 tapi aktifkn diri pada Julai 2010 (kemudian lahirnya FB dan Pages Pena Rayyan). Alhamdulillah di laman sesawang den ditemukan dengan sahabat2 baru yang berminat dengan perjuangan den. Rupanya den tidak berseorangan dalam dunia idealisme siswa. Mungkin ada yang kenal den, tapi den lebih suka orang mengenali Pena Rayyan daripada diri den sebenarnya.. ^_^
Kini,perjuangan den bakal tamat dalam masa seminggu daripada sekarang. Sodihh pun ada apabila dihujung2nya den temui ramai sahabat seperjuangan yang baru tetapi apakan daya mungkin ada hikmah pertemuan saat akhir. Seperti mana permohonan daripada sahabat2 FB den untuk meneruskan usaha mengkritik atau memberikan pandangan, insyaALLAH jenama Pena Rayyan tidak akan mati dalam BERSUARA. Den akan menamatkan perjuangan dalam kepimpinana siswa secara langsung tetapi den tidak akan bersara daripada kepimpinan siswa.
Sampai ketemu lagi, post kali ini bukan bermakna post den yang terakhir. Ada lagi artikel yang den cuba "work out" seperti WASIAT UNTUK MPP TENTUAN SISWA 2011 (nama cadangan) dan mungkin juga YDP MAD NUR ADA CLASS (nama cadangan)..sekian..
Rayyan ~
- Ada pihak mungkin mempersoalkan den, Pena Rayyan seperti seorang yang punya pengalaman tapi kenapa tidak berjuang dalam MPP?.Jawapannya ada pada "story board" den di atas, moga terjawab la yer.
- Ada pihak yang mencari2 siapa Pena Rayyan yang agak PEDAS kritikannya, den mohon maaf yer. tiada niat hendak menguris hati atau menjatuhkan mana2 pihak. Oleh yang demikian, segala status2 den di FB dan artikel2 blog den cuba untuk tidak menujukan ianya secara langsung
- Ada pihak meragui kecondongan POLITIK Pena Rayyan , den sebenarnya penat nak bagi jawapan yang den sendiri muak untuk menjawabnya. Jawapan totap sama iaitu BEBAS & BERPRINSIP DLM MENDEPANI ISU TANPA RAGU2!!!.
- Ada pihak yang tidak suka perjuangan den, tapi bagi den itu lumrah. tidak orang faham dan cuba nk faham kita. Oleh itu, selagi ada yang menyokong dan faham den akan teruskan perjuangan yang kini baru menjangkau 6 tahun.
- Ada pihak mungkin melihat den seolah2 "pilih kasih" kepada MPP TENTUAN SISWA 2011. Tidak sama sekali yer,den condong memberikan bantuan/teguran kepada semua MPP sejak dari zamn YDP Alwi, Malik, Mad Nur dan terkini AMIN. MPP TENTUAN SISWA UniMAP sedikit istimewa kerna di pilih sendiri oleh demokrasi mahasiswa
- Ada pihak yang perlu FAHAM, KEPIMPINAN BELIA IAITU SISWA penting bagi proses evolusi dan transformasi kepimpinan negara, Sekiranya PENURUT PERINTAH dibentuk maka lahirlah PEMBODEK2 YANG BAKAL MEMERINTAH NEGARA suatu hari nanti. Adakah ketika itu anda semua sedia untuk bertanggungjawab?
* Perkatan yg di "BOLD" & "WARNA" membawa maksud tertentu
- BIRU = sesuatu yg positif, membawa kebaikan, pujian - MERAH = sesuatu yg negatif, membawa keburukan, sindiran sinis
0 comments