Saturday, January 1, 2011

BANTUAN MODAL ASAS PERNIAGAAN UNTUK SISWA

RM16 JUTA BANTUAN MODAL ASAS KEPADA PELATIH GIATMARA

TEMERLOH 1 Jan - Sebanyak RM16 juta diperuntukkan bagi bantuan modal asas kepada para lepasan pelatih GiatMara Malaysia untuk memulakan perniagaan mereka mulai tahun ini. Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, peruntukan untuk tahun 2011 dan 2012 itu meliputi bantuan sewa premis perniagaan dan bantuan asas untuk memulakan perniagaan mereka.

"Contohnya jika bekas pelatih GiatMara mahu memulakan perniagaan membuka kedai menjual kek, kita akan menyediakan modal untuk menyewa premis dan membeli peralatan bagi memulakan perniagaan berkenaan.

"Perkembangan perniagaan mereka akan dipantau, dan selepas itu kita akan menguruskan bentuk pinjaman daripada MARA sekiranya mereka mahu memperkembangkan lagi perniagaan mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shahiruddin berkata pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 2,500 usahawan muda setiap tahun.
Tambahnya, sejak GiatMara ditubuhkan 25 tahun lepas, seramai 250,000 orang berjaya dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran. - Bernama 


sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm
 
~ Rayyan 

  • Sy bersetuju dengan cadangan ini, tapi skopnya harus diperluaskan kepada institusi lain seperti Politeknik misalnya. Politeknik juga melahirkan modal insan berdasarkan "hands on" & "theorytical". Sebagai contoh kursus Rekabentuk grafik, rekabentuk fesyen, rekabentuk industri, hotel & katering yang menuntut bantuan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  •  Ketidak seimbangan juga dapat dilihat dimana Giat Mara & Kolej Komuniti menyediakan elaun kepada penuntutnya tapi siswa di Universtiti, Politeknik & Kolej swasta bergantung kepada pinjaman.
  • JPP PPJB sekitar tahun 2007 pernah menganjurkan Seminar Usahawan Graduan Muda Politeknik peringkat zon selatan. Sekiranya ia tidak didokong dengan bantuan daripada pihak tertentu bagaimana misi melahirkan usahawan akan mencapai objektifnya. Sekadar program direncana tapi tiada inisiatif susulan.
  • Oleh yang demikian, sy menyeru agar pandangan ini dijadikan perhatian oleh kementerian bertangungjawab.
  • Wahai MPP/JPP, teruskanlah perjuangkan isu ini kepada kerajaan, kami semua dibelakang anda.
"USAH BACUL, USAH SUARA MELEBIHI TINDAKAN, PERTIMBANGKAN DAN SEIMBANGKANLAH"



Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top