Sunday, September 5, 2010

JUADAH RAMADHAN/LEBARAN.....

Salam Ramadhan  Al Mubarak. Atas permintaan para "viewers" untuk diselang-selikan dengan sisipan yang tidak berapa berat dan bersesuaian dengan "viewers' Pena Rayyan yang pelbagai, kini saya sajikan anda semua dengan makanan unik dari Indonesia iaitu BAKSO...Pertama kali saya merasai kelazatan bakso semasa menuntut pengajian diploma di Politeknik Johor Bahru dahulu..Lain daripada lain dan terasa bebonor keunikan rasa dan baunya (sabar..puasa ni..hihihi). Diharapkan semoga resepi ini boleh dijadikan sebagai juadah berbuka, moreh mahupun pada lebaran nanti...



Baksooo :p

Cadangan hidangan ( 7-8 org )


  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus

*UTK BEBOLA


  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • Sedikit serbuk lada sulah & garam

*UTK KUAH


  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah garam n perasa

Cara-cara :

UTK KUAH:

Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam dan perasa (MSG membahayakan kesihatan, tidak letak pun tidak mengapa. Sulamkan dipermulaan dengan doa, keikhlasan, kesucian, dan kebersihan ketika memasak, InsyALLAH ianya adalah "MSG" untuk menjadikan masakan kita sedap).

UTK BEBOLA:

Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yang kita suka (dalam filem KCB,bentuknya "love"). Siap membentukkan masukkan ke dalam kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Apabila siap kuah dan bebola, rendam pula bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh dan kobis. Tuang kuah dgn bebola. selain bee hoon, mee kuning atau mee segera juga boleh digunakan...

Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap. Kicap yg sering diguna kicap ABC. Untuk lebih sedap, tambahkan bakso anda dengan pegedil/bergedil. Em lazatnya.. hehehe. Kalau malas nak memasak, sekarang bakso boleh didapati di pasir gudang, batu pahat, machap, dan penang pun ada. 

.........SELAMAT MENCUBA .............
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top