Sunday, September 5, 2010

AKHIRNYA SISWA BEBAS????


AUKU PINDAAN 2009

Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut: “Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu
dengan persatuan, dsb.

15.

(1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam
atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan,boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di
bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—

(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan
perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau

(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia,mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(sumber : http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/Akta%20A1342%20-%20BM%20-%20pindaan%20AUKU%202009.pdf)


Tujuan saya memaparkan artikel ini adalah sekadar pemberitahuan tentang hak siswa untuk berorganisasi selain organisasi di Universiti..dalam erti kata lain kebebasan kita utk mengangotai organisasi luar selagi tidak menyalahi SEKSYEN 15 PERKARA 1(a,b & c)..Berkenaan larangan 1(a) perkara itu masih belum diputuskan secara mutlak oleh Dato seri Najib..Mungkin keputusan negatif mahupun positif kita nantikan perkhabarannya..Adakah kebebasan siswa berpolitik benar-benar diyakini mampu merubah sisi kematangan siswa kini..????

Secara peribadi sy mengatakan bahawasanya siswa tidak matang sepenuhnya walaupun mempunyai tahap intelektual yang tinggi, jika ragu-ragu dengan kenyataan saya anjurkan satu kaji selidik (seperti peranan Makmal rasionalisasi subsidi dalam mengurangkan subsidi kerajaan kpada rakyat???) tentang kecenderungan siswa terhadap isu semasa dan juga mungkin kegagalan menarik minat siswa ke sudut pidato(mungkin pihak universiti juga boleh dipersoalkan kegagalan mereka menarik minat siswa berpidato,,?Apa?kenapa?mengapa?siapa? tepuk dada tanyalah iman) boleh dijadikan modal..

Siswa sekarang lebih cenderung kepada kelas??assignment??projek/mini projek??test??kuiz??...Akhirnya graduasi sebagai pemegang ijazah kelas pertama..Bagaimana pula dengan golongan yang cenderung kepada perkara berkaitan "social work"??misalnya MPP/JPP, pencapaian akademik mungkin tidak sehebat pemilik anugerah dekan tapi mempunyai ilmu berkaitan pentadbiran,kepimpinan dan berpengalaman mendepani pelbagai kemungkinan???..Yang manakah akan lebih berdaya saing apabila mereka terjun ke dalam masyarakat??Graduan pemegang ijazah pertama atau graduan cukup-cukup makan tetapi memiliki "added value" ???...

Berbalik kepada niat saya sebelum ini iaitu mungkinkah apabila terbukanya peluang siswa berpolitik akan menaikkan populariti dan kuantiti undi kpd pihak-pihak bertanding???...emm..persoalannya sinis tapi ianya logik difikirkan akal..izinkan saya sekadar memberi rumusan dan tugas anda untuk menafsir maksud yang ingin disampaikan..sekadar pandangan kerdil daripada insan yang masih mencari-cari kesempurnaan diri...Setiap kita punya hak-hak untuk melontarkan pandangan....Samada vokalnya pandangan,terserah kepada anda untuk menilainya.



Sekiranya semua hendak pergi berperang, siapakah yang hendak kita tinggalkan untuk menuntut ilmu???

Sekiranya kita semua hendak menjadi penyerang dalam perlawanan bola sepak, siapa pula yang kita hendak tugaskan untuk menjaga pertahanan malahan gawang gol????

"LIHATLAH DUNIA MELALUI SEPASANG MATA,TAFSIRLAH IA MELALUI DUA PANDANGAN MATA YANG BERBEZA"


Rayyan : sekadar cetusan peribadi yang bertujuan mengajak sudara dan saudari "viewers" berfikir sejenak maksud yang saya cuba sampaikan...
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top