Assalamualaikum wbt & salam sayang kepada semua sahabat-sahabat Pena Rayyan. Moga sihat sejahtera disamping keluarga dan rakan-rakan. Bertamu kita pada EDISI KHAS PEMILIHAN UNIVERSITI 2012 yang mana pada kali sy ini menyentuh pula kepada indikasi yang perlu ada pada bakal-bakal pemimpin siswa?? (PART I sy lebih menjurus kepada kepentingan menjadi bakal calon PRK). Sebelum itu, izinkan sy mengucapkan ribuan tahniah kepada Datuk NC Kamaruddin kerana berjaya memimpin 10 tahun UniMAP dengan jayanya. Selaku anak didik, kami mengagumi usaha keras Datuk & rakan2 dalam memetakan nama UniMAP diantara U terbaik Malaysia & dunia.
Menyorot PRK 2011 yang telah mengembalikan ruh demokrasi siswa UniMAP yang bagi saya suatu rezeki kepada siswa UniMAP untuk merasai bahang PRK yang selama ini di tiadakan atas faktor "tiada calon". Bagi siswa cakna, mereka tahu serba sedikit tapi saya tidak berhasrat untuk kongsikan di sini kerana ianya terlalu "sulit & rumit". Saya ketika ini lebih berminat untuk membincangkan "secondary process" demokrasi siswa. Pada tahun lepas kita melepasi syarat pengundian 55 % jumlah turun mengundi dan kita pada kali ini sebagai siswa yang PEDULI, apakah peranan kita dalam meningkat peratusan turun mengundi di samping matlamat kita pada kali ini memilih CALON-CALON BERKUALITI??. Bukan niat saya memperkecilkan barisan mantan MPP Tentuan Siswa 2011, mereka semua hebat-hebat belaka. Melalui pengamatan dan mengkaji serba sedikit latar belakang mereka,
MPP Tentuan Siswa 2011 memiliki ahlinya yang lantang bersuara, rajin berkerja tapi ada di kalangan mereka yang kita sendiri kurang kita kenal hatta di laman maya. Mungkin ada yang beranggapan, "orang tidak tahu kami buat kerja". Itu bukan menjadi pokok persoalan kerana sebagai siswa marhaen kami memerlukan pemimpin siswa yang mendekati rakyat. Walaupun tidak pandai bermadah, tapi yang penting bagaimana pemimpin pelajar itu mendekati kami. Kami tidak mengharapkan "material" cukup sekadar bertegur sapa & bertanya khabar kami. Kami mengemari pemimpin yang memahami kami!!
Alhamdulillah kesempatan pada kali ini sy akan kongsikan beberapa indikator perlu ada dalam diri seseorang pemimpin siswa yang diperoleh melalui pembacaan, penelitian & penggalaman kerdil sepanjang bergelar siswa & pemimpin siswa suatu ketika dulu.
Berikut adalah 7 indikator yang sy bulatkan pada kali ini :
Alhamdulillah kesempatan pada kali ini sy akan kongsikan beberapa indikator perlu ada dalam diri seseorang pemimpin siswa yang diperoleh melalui pembacaan, penelitian & penggalaman kerdil sepanjang bergelar siswa & pemimpin siswa suatu ketika dulu.
Berikut adalah 7 indikator yang sy bulatkan pada kali ini :
1) KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG BAIK
Pemimpin adalah penyampai yang baik. Mereka tidak meninggalkan sebarang keraguan dalam pengertian mesej mereka. Itulah yang ditulis Stan Toler (2002) dalam bukunya "Minute Motivators for Leaders". Beliau menambah bahawa proses komunikasi tidak lengkap sehingga penonton telah mendengar dan memahami mesej yang disampaikan. Bob Adams (2001) dalam bukunya "The Everything Leadership Book" berkata bahawa kemahiran komunikasi yang berkesan adalah penting kepada mana-mana perkongsian kerja/pasukan atau perhubungan peribadi. Oleh itu, menurut beliau, ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa kemahiran komunikasi yang baik adalah salah satu blok binaan sebagai seorang pemimpin yang berkesan. [1]
Calon-calon berkualiti bukan hanya hebat akademik semata-mata. Kami perlukan pemimpin yang mantap ketika berhujah & istiqamah dalam mengotakan janji-janjinya. Saya melihat beberapa mantan MPP yang begitu dekat dengan siswa. Misalnya saudara Aminuddin yang terkenal dengan keramahan. Biro penerangan yang dekat dikalangan siswa pro A & pro M. Begitu juga dengan serikandi-serikandi seperti mana saudari Arinah, Sarinah, & Zubaidah. Tidak ketinggalan SU yang kental bekerja saudara azri dan lain-lain sahabat MPP yang tidak dapat saya kongsikan semuanya di sini.
2) IDEALISME
Dalam buku "Leadership Skills for Managers", Marlene Caroselli (2001) menyatakan bahawa bagi pemimpin yang ingin melaksanakan perubahan yang positif, mereka mesti mempunyai gambaran apa penambahbaikan yang akan dilakukan. Samada kemajuan pada skala kecil atau besar, ianya dipanggil WAWASAN. [1]
"Sedalam air di lautan tidak dapat menenggelamkan sebuah kapal kecuali air memasuki kapal tersebut. Begitu juga sesuatu yang negatif itu tidak akan menakhluki diri kita kecuali kita membenarkan ia turut sama "belayar" kedalam minda kita"
Menurut Ros Jay (2004), WAWASAN adalah keupayaan untuk membangunkan strategi masa depan perniagaan. Dalam buku "The Successful Candidate", beliau menulis : "vision implies that not only can you see ahead and respond well in advance, but that you can also be pro-active, setting the trend yourself and setting how the business will look in several years' time" [1]
Indikator kedua ialah idealisme. Kami perlukan calon yang punya idea-idea perjuangan. Dimana mereka mempunyai "input" yang dapat dijadikan "output" berkualiti. Perjuangan terdapat dua jenis iaitu Jangka dekat & Jauh. Apa yang ingin dikatakan jangka dekat ialah perjuangan bersifat domestik iaitu berkaitan kebajikan siswa di dalam kampus seperti parkir, yuran, saman dan sebagainya. Perjuangan Jangka Jauh di mana perjuangan yang berlandaskan masa & situasi. Misalnya penghapusan PTPTN harus disandarkan masa iaitu adakah masa itu ekonomi negara berada dalam kedudukan kukuh? ada masa itu wujud kaedah lain seperti WAKAF pendidikan? Situasi siapakah kerjaan yang memimpin? Situasi di mana keterbukaan semua pihak untuk memberi & menerima? Situasi Kematangan ahli2 politik?
3) SEMANGGAT PERJUANGAN
Semangat adalah tabiat dan keyakinan diri!!!. Ia adalah komoditi yang berharga di medan perang atau di dalam bilik lembaga pengarah. Alan Axelrod (1999) menyatakan dalam bukunya
"Patton on Leadership" ". Menurut beliau, Jeneral George S. Patton, Jr., salah seorang satu wira Amerika semasa Perang Dunia II, percaya bahawa keberanian boleh dipelajari & diperoleh melalui praktis. [1]
Menurut Marshall Loeb dan Stephen Kindel (1999) dalam buku "Leadership for Dummies", "leaders learn how to suck up their courage, trust their instincts, and move ahead into the unknown, even when they're just as scared as their followers'. [1]
Indikator ketiga adalah berani memperjuangkan HAK & menentang yang BATIL. Hal ini tidak bermaksud kami berkehendakkan pemimpin kami untuk menentang U tapi bagaimana pemimpin membawa isu-isu sejuk,suam & panas secara akademik. Mungkin bagi kita yang terdedah dengan politik kampus, kita sememangnya maklum dengan cabaran yang datang bukan daripada HEP semata-mata. Kemampuan pemimpin kami dalam mendepani isu dengan prinsip perjuangan yang sah itu merupakan kriteria sebagai calon. Kami tidak memerlukan calon "YES BOSS" atau calon "KATAK DI DALAM BALANG KACA". Calon biarlah berani berhujah dengan sesiapa sahaja disamping tidak omong kosong sahaja. Seringkali tercetusnya krisis ketaatan anggota terhadap pimpinan berpunca dari sikap pimpinan yang "cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap"
4) PEKA & PRIHATIN
Semasa Perang Dunia II, ketika mengetuai Tentera Darat Amerika Syarikat, General Patton memahami bahawa stokin basah membawa kepada keadaan "trenchfoot" dan lain-lain situasi yang menganggu tenteranya daripada berkhidmat, Axelrod (1999). Walaupun sarung kaki adalah kecil dan murah, Patton menyedari bahawa pada stokin kering (dan kaki yang sihat), ia mempengaruhi kecekapan tentera-tenteranya. [1]
Menurut Seth Godin (1995) dalam bukunya "Wisdom, Inc." , Challenger meletup kerana 15% getah tidak berfungsi dalam cuaca sejuk luar biasa. Beberapa saintis dan angkasawan telah dibunuh kerana "one tiny detail was overlooked". [1]
Indikator keempat adalah Pemimpin Peka & Prihatin ialah pemimpin yang sedia cakna dengan isu dan responsif melalui tindakan segera. Apabila timbul isu, pemimpin adalah mereka yang berada diantara dua pihak yang berbalah. Menjadi pendamai isu antara pihak U dan siswa. Pemimpin prihatin adalah pemimpin yang meletakan diri mereka sebaris dengan mahasiswa. Menyelami permasalahan kemudian respon melalui tindakan susulan. Walaupun isu itu sekadar isu kecil, tapi bagi kita sebagai siswa, ianya merupakan pendekatan yang bijak selaku pemimpin. Kita tidak memerlukan pemimpin "karpet merah" atau "lensa" cukup sekadar pemimpin yang mampu mendengar & merasa.
Kami memerlukan "Tok ketua" bukanya Datuk/Puan Sri!!!
Kami memerlukan "Tok ketua" bukanya Datuk/Puan Sri!!!
5) PENYELESAI & PEMULIH MASALAH
"You can measure a leader by the problems he tackles. He always looks for ones his own size", ~ oleh John C. Maxwell (1999) dalam bukunya "The 21 Indispensable Qualities of a Leader".
Jurutera adalah penyelesai masalah itu adalah ayat yang begitu sinonim dengan seorang jurutera. Pada pandangan sy, pemimpin siswa adalah mereka bergelar jurutera yang berusaha menyelesaikan masalah. Sebagai jurutera kita harus mencari "root cause" melalui FMEA, menganalisis melalui simulasi dan melaporkan melalui 8D. Walaupun kita tidak mampu menunaikan setiap permintaan sahabat-sahabat kita, apa yang penting kita memulakan langkah pertama. Bukannya pemimpin yang serinng memberi jawapan kepada diri sendiri tetapi kita perlu mendidik sahabat-sahabat kita bahawa sesuatu isu atau permohonan memerlukan masa. Sekiranya kita tidak mendapatnya untuk masa kini, mungkin adik-adik kita akan beroleh hasilnya, Kita harus memandang jauh, kerna apa yang kita mohon haruslah lurus kerana ALLAH swt. Bukan sekadar memenuhi kepetingan peribadi.
6) PEMBINA HUBUNGAN
Membina hubungan berdasarkan kepercayaan adalah salah satu topik yang diliputi oleh Ian Lawson (2001) dalam buku "Leadership" beliau. Menurut beliau, terdapat tujuh tingkah laku utama /sifat-sifat iaitu :
- Tidak meletakkan kepentingan diri di hadapan kepentingan kakitangan anda,
- Menunaikan janji dan melakukan apa yang anda akan lakukan,
- Sentiasa berhubung dan sensitif kepada perasaan orang lain,
- Sebagai tenang dalam krisis dan apabila di bawah tekanan,
- Bersikap jujur dan benar, tidak mengambil kredit peribadi untuk kerja-kerja orang lain
- Sentiasa berlaku adil. [1]
Indikasi keenam iaitu Pemimpin pembina hubungan adalah pemimpin yang cerdik dalam meluaskan "networking" bukannya "cabel". "Networking" adalah pengaruh yang bertujuan menyebarkan pengaruh manakala "cabel" yang pemudahcara yang kekadang menindas peluang mereka-mereka yang lebih layak. Pengaruh yang dimaksudkan adalah bagaimana pemimpin memupuk persefahaman intrapersonal & interpersonal. Intrapersonal ialah hubungan sesama ahli majlis atau organisasi manakala interpersonal diluar organisasi seperti hubungan antara MPP dengan kelab, Desasiswa & pegawai-pegawai U. Sebagai YDP kita harus pandai mencorak watak perwatakan kita dalam kabinet. Sekadar berkongsi pengalaman lampau. Sy bersama barisan MT yang lain telah mencipta watak "keluarga' dalam organisasi perwakilan pelajar. Sementelah kabinet terisi dengan ahli-ahli senior dan junior maka perlu ada wujud elemen kasih sayang, kekeluargaan & penegasan. YDP sy ketika itu bergelar seorang ayah yang adil, nydp sbg abg sulung yang tegas, setiausaha sebagai kakak yang garang, bendahari sebagai ibu yang kaya kasih sayang & naib setiausaha sebagai abang yang toleransi mudah di bawa berbincang. Perlu ada elemen-elemen ini kerana ketika itu barisan MT berhadapan dengan fasa memupuk persefahaman antara barisan kabinet baru yang baru memenangi PRK. Alhamdulillah, walalupun ianya bukan berjaya secara TOTAL tapi komunikasi "break down" jarang berlaku dalam institusi pelajar yang berwajah kekeluargaan tapi lantang mendepani isu kritikal siswa.
Dalam politik siswa, barisan MPP harus bijak membina hubungan sesama badan pelajar. Pernah suatu ketika menjawat jawatan YDP, sebagai institusi yang memiliki persatuan & kelab yang mantap persaingan sering berlaku. Tetapi kita harus bijak merencana tindakan. Sy telah menghantar duta-duta muhibah iaitu exco sy sendiri untuk menjadi ahli persatuan dan pada masa yang sama turut menjalinkan kerjasama erat dalam program anjuran. Sy menegaskan kepada barisan exco agar tidak bersikap eklusif tapi perlu menjadi "hamba kepada rakyatnya". Misi yang sedikit mustahil pada awalnya mampu memberi sedikit pencerahan kepada "missed communication" di antara persatuan pelajar lain. Tidak perlu menunggu sahabat kita mahupun junior mengucapkan salam/menghulurkan salam tapi kita sebagai pemimpin mereka harus memulakan terlebih dahalu. Be gentleman bro!!
Memetik pandangan mentor sy yang juga pernah menjadi mantan NYDP UTHM lewat 2000an, kita harus bijak bermain politik drama. Jika YDP kita rapat dengan pentadbiran perlu ada NYDP yang "renggang" dengan pentadbiran. Hal ini penting untuk kita semak & imbang dalam sebarang tindakan. Rapat berkaitan kelulusan program dan "renggang" bila memperjuangkan isu-isu sensitif/kebajikan siswa. Hal ini akan mewujudkan suasana "win-win" kepada MPP itu sendiri.
7) MENTOR AKHLAK & AQIDAH
Perkara ini merupakan intipati ultimat yang perlu ada dalam diri seorang Pemimpin. Sebagai pemimpin adalah seharusnya kita memimpin bukan sekadar perjawatan, organisasi tetapi bagaimana kita menjadi IMAM solat kepada exco-exco khususnya dan siswa marhaen umumnya. Pernah sy di tanya bagaimana hendak memilih calon YDP, jawapan spontan yang terpacul dari sy "cuba kamu lihat siapa yang bakal menjadi imam solat kamu nanti". Pemimpin yang memiliki akhlak & akidah yang cemerlang dapat memacu institusinya ke jalan yang diredhai ALLAH swt, meluluskan program-program yang jauh daripada lagha, menjaga & membentuk adab-adab kalangan pimpinannya sehingga beliau menjadi contoh ikutan kepada mereka-meraka di bawahnya.
Kesimpulanya, tiada pemimpin terbaik dunia melainkan idola sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad saw. Al Quran sebagai panduan & Sunnah sebagai ikutan. Moga kita akan menjadi pemimpin siswa, masyarakat sivil & bakal pemimpin negara yang tawaduk, istiqamah & diredhai ALLAH swt. Selamat berkempen & semoga berjaya dalam pemilihan esok. Yang baik semuanya daripada ALLAH swt & buruk daripada khilaf sy sendiri. Semoga bersua di lain artikel. Sekian....
Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
- Al-Kahfi: 13
RUJUKAN
0 comments