Tuesday, July 17, 2012

Jalan-jalan Penang : Balik Pulau, Durian & Laksa Janggus





Durian Haji : Antara gerai yang turut mengambil bahagian sempena Durian Festival 2012 di Anjung Indah

Assalamualaikum wbt. Apa khabar sahabat PR? Mudahan sihat hendaknya. Untuk makluman semua, untuk kali ini sy akan menulis sambungan semula artikel jalan-jalan penang. Ingatkan setelah Jalan-jalan Penang Final Part maka sy tidak akan menulis sambungan kepada artikel tersebut. Rupanya masih ada banyak keistimewaan Penang yang sy belum "explore". Pada kali ini sy persembahkan Jalan-jalan Penang : Balik Pulau, Durian & Laksa Janggus. Suatu pengembaraan mencari keistimewaan "the hidden part of Penang".

BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM, perjalanan dimulai dan "landmark" pertemuan kami adalah di Ropewalk. Bagi sahabat-sahabat yang telah mengikuti artikel Jalan-jalan Penang sebelum ini, sy telah menceritakan perkara-perkara menarik mengenainya. Oleh itu, sy tidak akan menceritakannya lagi kerana fokus kali ini adalah pengembaraan ke Pekan Balik Pulau. Tepat jam 11am, kami singgah sebentar warung makan untuk mengisi "petrol tank". Menu pilihan sy adalah Nasi Ayam & & teh ais. Harga untuk segelas Teh ais hanya Rm1.30 & sepinggan Ns Ayam Rm4.90. Mulanya sy merancang hendak bersarap di medan selera/market Taman Tun Saardon tapi disebabkan hendak mengejar masa maka Ropewalk pun jadilah. Setelah selesai sarap, agenda diteruskan dengan "window shopping" sekitar Ropewalk.  Kepanasan & peluh melampau mengalir laju setelah dua kali berpusing sekitar gerai-gerai disana. Sekadar tips, jika sahabat ingin ke ropewalk rancanglah awal-awal pagi & jangan pergi pada hari ahad kerana harga barangan lebih mahal berbanding hari biasa. Ahad hari cuti maka ramai orang datang. Pastikan rakan-rakan yang mudah pitam agar membawa topi, kipas atau minyak angin kerana sy khuatir anda akan pengsan ditengah kebanjiran manusia. Sy pernah berdepan situasi sahabat pengsan di tengah ramai orang kerana tidak tahan kepanasan. Panik & lucu apabila dikenang semula. hehehehe


SOALAN 1 : Minyak Ron 97 telah di turunkan kembali sebanyak RM0.20. Isunya disini, kenapa RON 97 bukannya 95? Motif sedikit kabur...hehhehe



"Late Tun Dato' Seri Dr. Lim Chong Eu (simplified Chinese: 林苍祐; traditional Chinese: 林蒼祐; 28 May 1919 – 24 November 2010) was a Malaysian politician who served as the second Chief Minister of Penang for a record 21 years. He was also the founding president of Parti Gerakan Rakyat Malaysia, a member of the ruling coalition Barisan Nasional. He was termed the "Architect of Modern Penang".

Bergerak dari Ropewalk, kami memasuki jalan jelutong dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Siapakah Lim Chong Eu, beliau adalah mendiang Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Gerakan. Menyusuri lebuhraya anda akan berkesempatan melihat persisir laut disebelah kiri anda. Jalan diteruskan sehinggalah bertemu dengan simpang tiga relau. Daripada situ, perjalanan dimulakan dengan mendaki bukit. Muatan 5 orang mendaki bukit agak perlahan. Proton Persona 1.6 M Line sedikit bekerja keras untuk mendaki bukit. Pemanduan harus berhati-hati kerana jalan raya yang sedikit berliku. Akhirnya, kami tiba di destinasi pertama iaitu Anjung Indah.

SOALAN 2 : Bilakah jawatan Ketua Menteri bertukar servis kepada kaum-kaum lain? Atau ianya hak ekslusif? Tidak berniat provokasi atau rasis. Sekadar ingin aplikasi kaedah "cuba jaya"..hehehe


Pemandangan keseluruhan Pekan Balik Pulau dapat dilihat di Anjung Indah

Suasana Anjung Indah seindah namanya. Kita akan dapat melihat beberapa gerai menjual durian. Terdapat pelbagai aneka buah durian antaranya Musang king, Red Prawn, Hati Merah, dan sebagainya. Bagi yang ingin merasai kepelbagaian rasa, sy cadangkan jangan berlokek. Yang penting kita pandai tawar menawar. Sy serta rakan sekadar ingin mencuba, oleh itu kami memilih durian kampung sebagai pembuka selera. Harganya hanya RM10 untuk 3 biji. Kemudian kami teruskan pula dengan durian Hati Merah harganya RM50. Setelah dikopek duriannya oleh apek, isinya sedikit buruk. Tuan Gerai lantas menukar dengan durian lain. Oleh itu, kami mencuba durian red prawn, isinya lembut dan rasanya sedikit keras. Lantas, salah seorang sahabat terus melarikan diri jauh daripada kami. Beliau  sedikit fobia dengan bau durian. Hehehe.


                                                   Jenis : Durian Hati Merah                                                                                                                                                       

Harga : Sebiji/6 ulas berharga RM23.00



Apek sedang gigih mengopek durian mengunakan pisau lipat.

Setelah menikmati rasa raja buah rakyat Malaysia, kami meninjau kawasan sekitar anjung indah. Subhanallah, sahabat-sahabat akan dapat melihat pekan balik pulau dan laut Selat Melaka. Saujana dan tenang mata memandang.


Bahu jalan Anjung Indah menjadi tumpuan parkir pengunjung

Inilah "banner" membuatkan sy tertarik untuk turut sama merasai pengalaman penangan durian Balik Pulau

SOALAN 4 : Adakah ianya kekal saujana & tenang atau bakal hiruk pikuk tempias daripada pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang? Kewujudan kediaman mewah seolah dasar APARTHEID kepada mereka yang berpendapatan rendah. Atau ianya sekadar bertujuan menjayakan program MM2H (Malaysia My Second Home)???

Tepat jam dua petang, kami mula bergerak mencari masjid-masjid terdekat. Dalam bergembira jangan dilupa tangungjawab kita sebagai hamba-Nya. Menuruni & membelok liku-liku jalan Balik Pulau  dengan bantuan Proton Persona 1.6 M Line membuatkan sy dan teman berasa begitu teruja.

Hati-hati kerana jalan Balik Pulau berliku-liku

Pekan Lama Balik Pulau

Walaupun kereta tersebut dilengkapi dengan audio sistem BlauPunk kami sebenarnya tidak memerlukan sebarang audio/radio, kerana masing-masing kecoh seperti amplifier, bass & volume. Iyalah, inilah masa kami melepaskan "stress" setelah kepenatan bekerja. Akhirnya kami tiba di sebuah masjid di pekan lama balik Pulau. Masjid Kongsi menjadi "pit stop" kami, terasa tenang berada dirumah ALLAH. Membuatkan hati tidak berhenti-henti melafaskan rasa syukur pada maha Esa.


Setelah selesai menunaikan ibadah 4 rakaat secara berjemaah, kami meneruskan perjalanan ke restoran Laksa Janggus. Disebabkan masing-masing tidak arif selok belok perjalananan, kami bertanyakan kepada orang kampung. Pakcik yang sedang mengait buah rambutan disapa sy untuk bertanyakan arah. Di sebabkan sy sedikit lambat "pick up", sy serahkan tugas mendengar butiran daripada pak cik kepada  sahabat  sy. hehehehe

Tekun melukis arah ke restoran Laksa Janggus

Inilah hasil kerja tangan Pak cik td..hehehehe

Kemudian dengan mengunakan aplikasi "google map" pada android sahabat, kami bergerak ke restoran tersebut. Sahabat sy menungang motorsikal GT 128 menjadi marshal kami. Mengambil masa 30min, akhirnya kami tiba di destinasi. Kelihatan banyak kereta di kiri dan kanan bahu jalan seolah kenduri kendara. Itulah suasana restoran Laksa Janggus yang terkenal dalam peta perlancongan Penang. Kami kemudianya menyertai pengunjung-pengunjung yang lain beratur panjang bagi menempah laksa.


Lokasi yang di tuju

Masuk dalam program JJCM tuh...hehehe

Beratur, ambil makanan & bayar terus. "Cash Only"


 Wallaaaa...si délicieux!!

Harganya tidak mahal, semangkuk laksa biasa hanya RM2.50 & 3.50 untuk special. Harga air mata kucing pula RM1.50. Menghirup laksa seolah sedang menikmati laksa air tangan bonda. Sy agak selektif  dalam memberikan "thumb up". Tapi untuk laksa janggus, memang TERBAIK!! hehehe

SOALAN 4 : Antara Kereta Proton & luar? Apakah pilihan sahabat? Kereta Nasional dengan kadar faedah 2.88-2.98% manakala kereta luar 2.45++ % dan downpayment 10%. Adakalanya boleh memohon pinjaman sehingga 100%. Pokok soalan disini, jika inginkan kereta nasional menjadi pilihan pembeli, kenapa HARGA PERLU TINGGI??

SOALAN 5 : Isu restoran HALAL!!. Bagi sesetengah kita mengambil pendirian "jika ada orang islam masuk  kedai tersebut maka ianya HALAL. Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan!!


Terasa ingin kembali seperti kanak-kanak. Bermain dengan gembira setiap hari.. ^_^

Dalam setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Setelah hampir 4 bulan bekerja dalam jabatan yang sama, salah seorang sahabat sy mengundurkan diri sebagai salah seorang rakan sekerja. Pengembaraan ini mungkin merupakan "farewell" untuknya. Kami berpisah di mana beliau bergerak ke arah yang belum di kenalpasti. Seorang sahabat yang "cool' & "relax", jika umur yang panjang kita bersua kembali. Selepas mengucapkan sayonara, Proton Persona 1.6 M Line  memecut pulang dengan dengan pernah kepuasan. Hilang rasa "stress" bekerja untuk minggu ini. hehehe. Sekian sahaja perkongsian ringgan sy untuk kali ini, mudahan kita bersua pada titipan akan datang.

~Rayyan 

  • Terdapat beberapa persoalan-persoalan yang dilontarkan sy sepertimana para pembaca dapat lihat menerusi penulisan artikel ini. 
  • Telah menjadi kebiasan dalam setiap penulisan sy untuk  menyelitkan sedikit sebanyak input yang serius tapi dibawakan secara ringgan. 
  • Penulisan adalah medium sy untuk bersuara & menyampaikan pandangan kritikal terhadap sesuatu isu ^_^
  • Sambil menyelam kita minum air..heheheh
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top