EDISI KHAS PEMILIHAN KAMPUS 2012
MPP TENTUAN SISWA 2011
Assalamualaikum wbt & Salam Sayang daripada Pena Rayyan. Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana kita bakal dipertemukan semula dengan hari penentuan demokrasi siswa di mana rata-rata universiti akan melaksanakan pemilihan yang wajib diadakan saban tahun. Berdasarkan perkara 48 (2a & 2b) AUKU, setiap pemilihan harus dilaksanakan secara "undi rahsia".
(2) Kesatuan hendaklah memilih suatu Majlis Pewakilan Pelajar-Pelajar (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “MPP”) mengikut cara yang berikut:
(a) pelajar berdaftar setiap Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebilangan pelajar berdaftar yang sama bilangannya daripada Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP, sebagaimana yang ditentukanoleh Naib Canselor; dan
(b) pelajar berdaftar sebagai keseluruhan hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapa orang pelajar berdaftar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, untuk menjadi wakil dalam MPP, dan bilangan pelajar itu hendaklah, walau bagaimanapun, tidak lebih daripada setengah daripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan (a).
Undi rahsia yang kita terjemahkan dalam terma politik kampus adalah Pemilihan Kampus (dahulunya dikenali sebagai PRK). Tanggal 13 Sept 2012 adalah tarikh akhir borang percalonan bagi UniMAP dijual. Sy sendiri secara peribadi tidak gemar kaedah penjualan kerana ia bersifat "business interest". Bersama-sama sahabat perjuangan yang lain, kami pernah menyertai Pemilihan Kampus dimana hanya perlu mendeposit RM10 bagi mengelakkan calon tidak meninggalkan/membuang poster merata-rata setelah tamat kempen. RM10 akan dipulang semula setelah poster-poster dibersihkan oleh calon-calon bertanding. Tujuan deposit untuk memastikan wujudnya sifat tanggunjawab dalam diri para calon/siswa itu sendiri. Berbalik kepada penjualan borang pencalonan, pada pendapat sy nilai wujudnya seorang pemimpin hanyalah sekadar "RM50" jika borang percalonan masih berterusan "diniagakan". Mungkin teguran ini agak terpencil tetapi perlu ada penambahbaikan daripada HEPA dalam usaha kita membimbing & membentuk anak-anak kita untuk menjadi "modal insan". Perlu sahabat fahami MEMBIMBING & MEMBENTUK PEMIMPIN amat berbeda daripada MENCIPTA PEMIMPIN!!!
Kembali kepada tujuan asal sy menulis "posting" pada kali ini bagi berkongsi sedikit sebanyak kepentingan menjadi calon
Pemilihan Kampus. Izinkan sy membahasakan kalian sebagai sahabat yang pada hemat sy lebih mendatangkan kemesraan. ^_^ Makluman kepada sahabat-sahabat, menjadi calon
Pemilihan Kampus merupakan perkara asas kepada kewujudan Pemilihan Kampus itu sendiri. Tanpa jumlah calon yang mencukupi maka ia akan diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding. Umum terdapat beberapa universiti & politeknik sering mengisytiharkan menang tanpa bertanding atas alasan tidak cukup percalonan. Kepada sahabat-sahabat bangkitlah dari tidur dan sahut cabaran sy untuk menyertai
Pemilihan Kampus UniMAP 2012.
Berikut adalah 10 kepentingan menjadi calon Pemilihan Kampus:
1) Menjadi calon bermakna kita berusaha untuk "PRESERVE & SUSTAIN" demokrasi siswa memimpin.
2)
Menjadi calon bermakna kita berusaha membendung kelulusan program lagha.
3) Menjadi calon bermakna kita beroleh kesempatan mempersembahan idealisme secara kolektif & praktis sekaligus menjadi semak & imbang kepada pentadbiran
4) Menjadi calon bermakna kita bersama-sama memastikan kebajikan siswa menjadi KPI utama pihak pentadbiran
5) Menjadi calon bermakna kita terlibat dalam penentuan dasar-dasar kerajaan ketika Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dimana suatu hari nanti kita akan menjawat semula perjawatan mereka.
6) Menjadi calon bermakna kita melatih diri kita untuk mengalas tangungjawab secara IKHLAS, menjadi seorang pemimpin yang TAWADUK & ISTIQAMAH dalam berjuang.
7) Menjadi calon bermakna kita selangkah kehadapan menjadi PEMIMPIN MASA HADAPAN
8) Menjadi calon bermakna kita seolah melakukan amal jariah dimana kita bersedekah masa dan penat lelah demi kebaikan sahabat, masyarakat & negara.
9) Menjadi calon mendidik kita menjadi seorang bakal ayah yang memimpin keluarganya & bakal ibu yang merupakan "side kick" kepada suaminya dan idola kaum ibu
10) Menjadi calon bermakna SUARA kita di iktiraf secara KONKRIT dan WAJIB didengari secara HOLISTIK kerana kita berbicara pada platform "rostrum" dan bukanya warung kopi bahu jalan.
Akhir sekali, marilah sama sahabat renung & fikirkan. Bak kata seorang sahabat yang merupakan mentor sy "SEMAKIN HEBAT PEMIMPIN ITU SEMAKIN HEBAT JUGALAH CABARANNYA". Maka sahutlah cabaran daripada sy untuk menjadi salah seorang calon yang DIUNDI. Moga redha ALLAH swt bersama kejayaan kita kelak. Sekian sahaja daripada sy, nantikan kemunculan artikel kedua edisi khas pemilihan kampus iaitu PEMILIHAN KAMPUS UNIMAP 2012 : SUATU ANJAKAN (tajuk "adhoc")
menarik artikel ini , insyallah tahun depan kami akan pastikan pemilihan mpp akan berlaku degn sengit insyallah . tiada lagi menang tanpa bertanding ...
ReplyDeleteteruskan azam & usaha sahabat...harus dimulakan sekarang..dptkn pengaruh melalui keterlibatan kelab/persatuan & prog2..
ReplyDelete