Tuesday, July 6, 2010

MEMORANDUM 16 PERKARA JPP PJB KPD PJB

MEMORANDUM 16 PERKARA

1. Pilihan raya kampus diperkemaskan.
- wakil setiap organisasi dihantar untuk bertanding
- sistem undi manual dilakukan
- promosi berkesan berkaitan pilihanraya bagi meningkatkan kesedaran dalam memilih pemimpin.

2. Kelulusan program bersifat “lagha” dan tidak mendatangkan faedah kepada pelajar perlu diteliti kelulusannya samada diperingkat pentadbiran mahupun jabatan pengajian.

3. Unsur-unsur politik perlu ditapis daripada memasuki kampus tetapi isu-isu semasa berkaitan politik tidak disekat daripada pengetahuan pelajar sebagai pengetahuan am sebelum memasuki arena pekerjaan kelak.

4. Semakan teliti kepada agihan kewangan kepada unit-unit yang menjalankan program pelajar. Jumlah agihan mestilah rasional dengan penggunaan dan program-program yang dianjurkan.

5. Penubuhan jawatankuasa ad-hoc yang terdiri staff bagi memantau disiplin dan kebajikan pelajar luar kampus. Jika membebankan, perkhidmatan warden luar asrama boleh diperluaskan skop tugasan bagi melihat perkembangan pelajar yang tinggal diluar asrama.

6. Pengurusan asrama hendaklah dikaji semula. Daripada kaca mata pelajar, pelbagai kelemahan dapat dilhat menerusi peranan, tugas dan kepentingan warden untuk pelajar asrama.

7. Penglibatan pelajar untuk bergiat aktif dengan organisasi luar seharusnya tidak disekat selagi pelajar terbabit tidak menyalahi peraturan politeknik sebagai pelajar.

8. Peranan jurubahasa isyarat (pelajar) perlu dilihat daripada aspek kebajikan, sekiranya ia membebankan mungkin pentadbiran dapat mencadangkan kepada pihak berkenaan untuk meletakkan individu yang bertauliah untuk menjaga kebajikan pelajar khas diasrama mahupun politeknik.

9. Kemudahan untuk membuat sebarang tempahan mohon dilonggarkan. Pelajar terpaksa bergantung kepada pensyarah dalam membuat tempahan. Inisiatif melahirkan pelajar bertanggungjawab sukar direalisasikan sekiranya tradisi kebergantungan kepada pensyarah tidak dirombak.

10. JPP diasingkan daripada HHP. Bagi mengelakkan pandangan serong HHP memanipulasi JPP mahupun JPP sebagai pengikut, usaha mengapungkan JPP perlu direalisasikan. Sepertimana, MPP tidak dibawah HEP tetapi dibawah TNC. Oleh itu, sebaiknya JPP diletakkan dibawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.

11. Dialog bersama pentadbiran (pengarah,timbalan pengarah,dll) seharusnya dibuka kepada JPP sahaja. Sekirannya peluang berdialog turut dibuka kepada organisasi lain, apakah fungsi JPP yang sepatutnya menjadi pengantara pentadbiran dengan pelajar. Jika diteruskan, tidak mustahil pada satu hari nanti tiada pelajar akan menyertai JPP kerana sesi berdialog juga dibuka ruang kepada organisasi lain.

12. Tiada penubuhan “Perwakilan Pelajar” baru selain JPP.

13. Kelab atau persatuan hendaklah disatukan dibawah satu organisasi bagi membolehkan komunikasi berkesan antara JPP dan organisasi lain. Usaha penubuhan “Gabungan Permuafakatan Siswa” hendaklah dikaji dan dipertimbangkan dengan rasional penubuhannya.

14. Usaha melahirkan pemimpin tidak dilletakkan kepada pelajar sahaja. Usaha berterusan daripada pegawai samada di pusat mahupun jabatan perlu memandang berat perkara ini kerana pelajar satu hari nanti akan menjadi pemimpin negara yang pada masa sama akan mewakili semua individu di segenap sektor.

15. Setiap program anjuran politeknik mahupun kelab/persatuan, JPP mesti disenaraikan sebagai tetamu jemputan. Medium ini dapat digunakan bagi memartabatkan kepimpinan pelajar dan ia membolehkan komunikasi berkesan berlaku.

16. Jawatankuasa Penghuni asrama turut dibuka kepada pilihanraya kearah usaha mendemokrasikan kampus dan menglobalkan minda pelajar politeknik.





(surat rasmi yang dihantar kepada pihak pentadbiran PJB sesi Jan 2008)

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Politeknik Johor Bahru.
__________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Politeknik Johor Bahru,

Tuan,                                                                                                                                        13 Jun 2008

MEMORANDUM ENAM BELAS PERKARA

Dengan segalanya hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya _ _ _ _ _ _ bakal menamatkan pengajian di Politeknik Johor Bahru pada sesi Januari 2008 dan bakal menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Yang Dipertua JPP pada 18 Jun 2008.

3. Sebagai pelajar yang telah berada di PJB selama dua tahun enam bulan dan juga sebagai ahli JPP selama dua tahun, disini saya lampirkan bersama pengamatan dan pandangan saya tentang pengurusan PJB. Sebarang pandangan yang saya lontarkan adalah daripada pengamatan sendiri dan tiada campur tangan daripada pihak lain dan datangnya daripada kotak pemikiran saya sebagai pelajar yang merupakan pelanggan politeknik. 

4. Harapan saya agar pihak tuan memandang perkara ini sebagai salah satu pandangan alternatif dan sedikit sebanyak dapat membantu memantapkan PJB, JPP PJB dan siswa PJB. Bersama ini turut disertakan lampiran untuk penelitian dan tindakan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………
(_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ )
Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Politeknik Johor Johor Bahru.






Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sekadar makluman,Memorandum 16 perkara telah dihantar kpd individu-individu terbabit bg tindakan selanjutnya :

    1. Pengarah PJB

    2. Timblan Pengarah Akademik

    3. Timblan pengarah Sokongan Akademik

    4. Ketua Unit HHP

    5. Pegawai Hal-hal Pelajar (kebajikan & disiplin)

    6. Mantan PHHPKD

    7. Penyelaras JPP

    8. Naib Yang Dipertua JPP

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top