Anak nk jadi menantu mak cik ??... :P
Alamak jauh bebenor (slanga owg johor) ku lari daripada niat awal untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat tentang Bukit Pinang…Kembali kita kepada pengalaman ku semasa bekerja di Kedai runcit..Ku bekerja 5 jam sehari…dari pukul 7pm-12.30am..hari isnin hingga jumaat…Sabtu dan ahad hari cuti ku...Ku mula bekerja daripada bulan febuari hingga jun (selepas tamat li ku masih bekerja di situ)..Em…letih juga kerana ku berkerja 12jam sehari…Siang ku menjalani latihan industri dan malamnya ku mencari pula sedikit wang saku…Walaupun keletihan ttp ku teruskan juga..Entahla,mungkin bkn sekadar duit yg ku kejar tetapi penglaman dan pengamatan ku terhadap perkara yg berlaku sekelilingku mendorong ku untuk nekad bekerja sambilan hinggalah “kontrak”ku tamat pd hujung blan jun. Hal ini kerana, ku dpt rasai sesuatu ketika ku bekerja disitu…Semua pelanggan ku tidak tahu bahawasanya ku seorang siswa universiti…Penah sekali seorang makcik bertanyakn status ku..Agak keberatan juga untuk berlaku jujur, tapi akhirnya ku perihalkn jua bahawasanya ku masih seorang pelajar dan sedang menuntut di universiti dan segulung ijazah merupakan misiku..Entah mengapa dan tertiba, makcik itu terus melamarku untuk menjadi menantunya…hihihi..sungguh kelakar dan pada masa yg sama merah padam juga wajah ku dibuatnya.. :P Oleh sbb itu, ku lebih selesa utk tidak menampilkan diriku sebegitu kerana bukannya untuk dibanggakan, terasa malu atau terhina tetapi ingin ku amati dan analisa persepsi masyarakat terhadapku…Mungkin kerjaku tidak popular dikalangan remaja sepertiku, walaupun pada awalnya ku juga mempunyai persepsi sebegitu…
sekadar visual shj
Iyalah masakan seorang siswa yg seringkali mengunakan pen untuk mencatat nota dan tampil bergaya di kampus, hanya memakai baju kapas nipis dan seluar lusuh sambil bekerja memarut kelapa dan menyusun barangan runcit…Keringat hangit apatah lagi…hehehe…tapi itu pada permulaannya…akhirnya ku jatuh cinta terhadap pekerjaanku. ku dikelilinggi oleh masyarakat yg datang membeli barang keperluan harian..tidak kira muda atau tua tetap ku sabar melayan kerenah mereka walaupun kadangkala menjengkelkan…Kadangkala ku bahasakan pelanggan ku sebagai abang dan kakak walaupun kekadang kebanyakkan mereka seusia ibu bapa ku…tapi ia bukan menjd persoalan kerna ku dapati mereka seolah sukakannya (mungkin terasa kembali muda)…hihihi…
Patung kertas…kupu-kupu malam…sutun…
Semasa bekerja di sana ku diberi peluang dipertemukan dgn beberapa individu yang kadangkala pelik tetapi terhibur ku dibuatnya…Fendi atau fiza fazira (fiza = fendi, fazira = erra fazira merupakan idolanya) seorang lelaki yg mengalami masalah kecelaruan jantina (bahasa pasarnya Maknyah) merupakan sahabatku ketika bekerja di sana…Ku tidak kekok berkawan dengannya walaupun ku tahu bahawa dia sedikit tersongsang kerna ku penah menghadapi golongan seperti itu ketika menuntut diploma ..Di sana terdapat beberapa golongan yg sebegitu dan ada juga lelaki yg fitrahnya tersongsang..Fizikalnya macho tetapi hancur…Bukan niat menghina atau menyokong perilaku menentang fitrah kejadian kerana sesungguhnya ALLAH swt Maha Mengetahui disebalik sesuatu perkara..
Penah ku bertanya sampai kapan dia harus sebegitu..Pernyataan pertama terpacul adalah “aku tidak minta dilahirkan begini”…Lantas dengan perlahan dia mula menyusun bicara dan kembali menyingkap sirah kehidupannya.. Dia dilahirkan dalam keluarga yg bermasalah..Tatkala ayah dan ibu mereka meninggalkan mereka kerna dijatuhi hukuman dibuang daerah atas kesalahan mengambil dadah..Mereka adik beradik meneruskan kehidupan sendiri dan tangungjawab itu di isi oleh kakak sulung fendi…tidak lama kemudian kakaknya disunting orang tapi dengan bersyaratkn adik-adiknya mesti turut sama tinggal bersama mereka kelak..lantas ia dipersetujui…mungkin disebabkan latar belakang keluarga Fendi kurang pendidikan, Fendi gagal dalam UPSR..Abang iparnya terus melarang dia daripada meneruskn pengajian ke sekolah menengah..ku meyampuk seketika..”Fendi,hang tak rasa nak belajar sampai SPM ka?..“sapa tak mau sekolah, tapi nak buat lagu mana!” ujar Fendi…
Em..terdetik hati kecilku, lewat hari ini kita sering kali dimomokkn dengan pelajar ponteng sekolah...lebih suka bersantai di kafe siber dan menyidai muka di shopping mall..tidakkah mereka berasa bersyukur tatkala diberi kenikmatan bersekolah?dimanakh salahnya?kepada sistem pendidikankah? ibu bapa kah? sekolah kah? ataupun kepada pelajar itu sendiri?..Berjayakah penerapan kaunseling dalam membendung gejala ini? adakah keperluan hukuman merotan dikembalikan?..Argh...getus hati kecilku...
Lihatlah "dunia" menerusi sepasang mata ...
Pada usia remajanya, dia telah mula bekerja…lama kelamaan perubahan Fendi kian ketara apabila dia ditawarkan bekerja di sebuah butik pengantin yg rata-rata rakan sekerjanya juga mengalami masalah kecelaruan jantina…daripada situ dia mula berjinak-jinak dengan dunia “patung kertas”..semakin berani merubah fitrah kejadian…mungkin dissbkn kegagalan sesebuah keluarga dan tiada dorongan dan bimbingan drp ayahnya membuatkan diri ingin memberontak dan cuba memprotes sebuah kegagalan…Ditambah pula dengan masalah daripada abang-abang dan kakaknya…abang-abanggnya mula “menuruti jejak” ayah mereka (sepertimana pepatah melayu berkata, bapa borek anak rintik) manakala kakak sulung menghilangkan diri bersama keluarganya kerna mungkin dek kecewa dengan nasib keluargnya yang tidak berubah-ubah…Manakala kakak yang seorang lagi agak liat untuk bekerja..Hanya Fendi membanting tulang utk mencari rezeki keluarga kerna risaukn adik-adiknya tirinya tidak dapat makan (emaknya berkahwin semula)…kadang kala, ku rasakan drama di layar kaca seakan plastik semata tetapi kekadang dalam dunia yg luas terbentang kita tidak dapat menjangka kemungkinan-kemungkinan yang berlaku..Em..walaupun terdapat antara kita yang menghina golongan seperti Fendi, tetapi kita terlupa bahawa kita mempunyai tanggungjawab membantu golongan seperti mereka…Membantu mengejutkan mereka daripada terus dibuai fantasi dunia…Bagaimana kaedah dan tindakan?? Soalan subjektif yg sering sering bebenak di fikiran kita..
Datuk Dr Fadilah Kamsah penah berkata :
“kita boleh cuba merubah seseorang tetapi hanya diri sendiri dan hidayah
ALLAH swt yg mampu merubahnya”..
”usaha tangga kejayaan”..
”usaha + doa + tawakal”..
Rayyan : Erm...renungkanlah..fahamilah..muhasabalah...bertindaklah....
0 comments