Monday, July 19, 2010

BUKIT PINANG OH BUKIT PINANG !! - Part 1(updated version)

Salam…ketemu lagi...kali ini ku ingin membawakan sebuah kisah benar tentang Bukit Pinang…Bukit Pinang teletak dalam daerah Alor Setar dibawah pengurusan Majlis Bandaraya Alor Setar,MBAS...Bukit Pinang merupakan salah satu Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman…Sosio ekonomi masyarakat Bukit Pinang kebanyakannya merupakan peniaga dan sekadar kerje-kerja kampung..Ku sempat bekerja sambilan di sebuah kedai runcit yg teletaknya di Pekan Bukit Pinang semasa menjalani latihan indusrti..Kedai runcit tersebut merupakan yang termaju daripada aspek jualan di kawasan Pekan Bukit Pinang..

Ku berasa bangga kerana ia dimiliki oleh seorang lelaki melayu yg berjaya bersaing dengan kebanyakan kedai-kedai runcit yg rata-rata dimiliki kaum cina dan india..Bukan untuk bersifat rasis mahupun cauvinis tetapi ia sekadar luahan rasa kerna lewat hari ini kita lihat kuatnya ekonomi Malaysia kerna dirangsang oleh aktviti perniagaan yg rata-rata didominasi oleh kaum Cina dan India..Ingin ku senaraikan disini, antaranya jutawan gula Robert kuok dan Ananda Krisnan jutawan telekomunikasi Maxis..Banyak lagi ingin ku kongsikan bersama tetapi ku terlupa nama-nama mereka semua (barangkali disebabkan kebanyakan nama-nama mereka terdiri daripada kaum tiong hua membuatkan ku sukar untuk mengingat).. Yang menjadi persoalan sekarang, dimanakah kaum bumiputera ? dalam ranking 10 individu terkaya di Malaysia hanya seorang sahaja bumiputera yg tersenarai

Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Tan Sri Syed Al Bukhary (di tempat ke-7 individu terkaya di Malaysia, ke-37 dikalangan negara ASEAN),…Seorang jutawan dan dermawan daripada negeri Jelapang padi negara..Beliau bukan sahaja kaya dengan wang ringgit tetapi mewah dengan kerja-kerja kebajikan..Adakah anda penah melihat beliau di dada akhbar, layar kaca mahupun laman sesawang bergambar dan bersalaman sambil memegang replika cek? tidak sekali bukan kerna itu bukan cara beliau membuat amal jariah seperti sesetengah golongan yang mencari nama dan juga peluang melalui cara sebegitu..Em, kembali kepada perihal peribadi Tan Sri Syed Al Bukhary td, ku sempt mendapt tahu tentang bagaimana beliau boleh berjaya sampai ke tahap sekarang..Beliau mula berjinak dengan aktiviti perniagaan ketika usianya 19 tahun…Jual beli lembu kerbau menjadi permulaan.. Manakala amal jariahnya bermula tatkala ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini…MasyaALLAH…sungguh polos sekali beliau sehinggakn membuatkan terpana ku mendengarnya.....Alhamdunillah…Menerusi cerita itu membuatkan ku bertambah berkobar-kobar utk mensusuri “denai” yg telah ditebas menerusi ceritera Tan Sri Sayed al Bukhary..

“Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan”………Tan Sri Syed Al-Bukhary.

Rayyan : Alhamdulillah...kekayaan bersama-sama dikongsi...Moga amal mu beroleh keberkahan...aminn...

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top