ANTARA TANGUNGJAWAB DAN AMANAH by Helmy
JPP atau nama panjangnya... Jawatankuasa Perwakilan Pelajar...yang menganggotainya adalah pelajar Politeknik.. tentang kaedah perlantikan terpulang kepada setiap Politeknik... tak silap belum ada ketetapan yang perlu diikuti berkenaan perlantikan ini, cuma perlantikan ini hendaklah bersandarkan Akta 174...
perbezaan ketara antara seorang JPP dan seorang pelajar biasa adalah masa yang dipunyai telah diberikan kepada orang lain atau atas keperluan lain... sebagai contoh seorang JPP yang ada 24 jam.. mungkin perlu luangkan masa 1-3 jam untuk tanggungjawabnya sebagai seorang JPP... berbeza dengan pelajar biasa, yang boleh menggunakan 1-3 jam ini untuk tujuan tidur, belajar atau sebagainya...
namun perlu diingat JPP juga seorang pelajar, ada amanah dari ibu bapa dan keluarga yang lain... harapan yang menggunung kerana mahu melihat mereka berjaya di dalam pelajaran... dan memperolehi pekerjaan untuk membela nasib keluarga... dan lain2 harapan lagi...
cuma kelebihan yang ada pada seseorang pelajar itu telah menyebabkan mereka dilantik dan dipilih menjadi anggota JPP... ianya menjadikan JPP ni orang yang istimewa... sentiasa dilihat dan diperkatakan oleh lain2 pelajar... JPP dianggap sebagai contoh dan teladan... tak kurang juga yang bercakap2 di belakang tentang JPP... apa2 pun itulah cabaran yang perlu dihadapi...
seiringan dengan hasrat untuk memperkasakan Politeknik sama ada dari segi imej ataupun kualiti, maka JPP dilihat boleh menjadi antara tulang belakang ke arah usaha tersebut... JPP boleh menjadi medium atau perantara yang terbaik untuk menyampaikan hasrat ini kepada rakan2 pelajar yang lain...
selain itu, JPP juga dilihat sebagai medium atau perantara terbaik untuk menyampaikan suara hati pelajar... ianya bersesuaian dengan namanya... Jawatankuasa Perwakilan Pelajar... rakan2 pelajar yang lain mempunyai harapan yang tinggi ke atas JPP untuk menyampaikan keinginan mereka... tapi dalam masa yang sama, rakan2 pelajar juga perlu tahu apakah sebenarnya keinginan/keperluan mereka... adakah ianya sesuatu yang sepatutnya diminta atau ianya cuma satu kehendak untuk memuaskan hati mereka sahaja...
malah JPP juga adalah antara jawatankuasa perlaksana sebarang aktiviti sama ada di peringkat Politeknik/Jabatan/Kamsis dan sebagainya... bayangkan jika dalam sebulan ada satu atau dua aktiviti/program yang diadakan... kemudian ada pula mesyuarat2 tertentu yang perlu dihadiri... sesungguhnya begitu banyak masa JPP ini yang perlu diluangkan demi rakan2 pelajar yang lain... tapi siapa yang menyedarinya? siapa pula yang menghargainya?...
inilah antara perkara yang membebani seseorang JPP... tidak ramai yang tahu... hanya yang pernah menjadi JPP yang tahu apa yang mereka alami dan lalui... tapi siapa yang pernah mengucapkan terima kasih kepada JPP kerana pernah membantu mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung? pernahkah JPP dihujani dengan surat2 layang atau emel2 layang memberi ucapan terima kasih dan penghargaan? hmmm.. dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kritikan itu memang sentiasa ada...
memang JPP itu pemimpin pelajar... tapi JPP itu juga seorang pelajar... bukankah menganggotai JPP itu juga sebagai suatu bentuk latihan kepimpinan kepada pelajar yang dilantik?... hakikatnya dalam apa jua perkara yang kita lakukan, terutamanya perkara2 yang baru, kita sedang belajar juga sebenarnya... berat sungguh bebanan untuk menjadi seorang JPP kan???
itulah sedikit perkongsian selama saya menjawat jawatan sebagai Yang Di-Pertua JPP Polijb... dan sebarang pandangan saya open untuk semua untuk kita sama2 berbincang dan berkongsi pengalaman... terutama yang pernah menjadi JPP... AJK Pusat Islam / Kamsis juga boleh dianggap sebagai tulang belakang JPP kerana di Politeknik Johor Bahru, Pengerusi Pusat Islam dan Presiden Kamsis ataupun PRS adalah anggota JPP jika dilihat pada sudut positif iaitu kebajikan pelajar..
tak perlulah nak mengutuk, menghina atau membuat sebarang provokasi murahan di sini... apa yang penting adalah supaya pelajar2 Politeknik tahu bahawa mereka ada "orang2 yang sanggup meluangkan masa" untuk mewakili mereka dan menyampaikan suara mereka kepada pihak pengurusan...insyallah
Yang Benar
MUHAMAD HELMY BIN IBRAHIM
MANTAN YDP JPP POLITEKNIK PREMIER JOHOR BAHRU
MANTAN SETIAUSAHA SEKETERIAT JPP PERDANA KEBANGSAAN
Rayyan : Beliau merupakan salah seorang individu terakhir yg sy jmp dan slh satu amanat terakhir sy (sebelum berangkat meninggalkn kenangan bermakna sebg mantan YDP JPP dan juga ahli JPP selama 2 tahun 6 bulan) yg sempat sy titipkn ialah mencabar pemimpin-pemimpin drp kelab rakan muda masjid, KRMM utk melebarkan tanggungjwab di Jawatankuasa Perwakilan Pelajar..Emi panggilan yg acap kali butirkan ketika berbicara dgn beliau. :) telah berjaya menyahut amanat drp sy...TAHNIAH krn anda telah menjadi YDP JPP ke 2 drp KRMM setelah Abg Pian..KRMM salah satu kelab di Politeknik yg begitu menyerlah..terserlah..karisma..berkeperibadian..ttp taboo dlm membenarkan pemimpin-pemimpin mereka menganggotai JPP yg walhal membutuhkn pemimpin sebegitu dlm menyuarakan hak dan kebajikan siswa politeknik Malaysia khasnya...
Akhir kalam...Assalamulaikum wbt.. jmp lg.. :P
rasanya tersentuh hati bila abg saiful berkata sedemikian rupa..segala tunjuk ajar drpd senior2 juga..kepimpinan zaman abg di jpp adalah yg terbaik yg patut adik2 contohi skrg..dalam membawa isu2 kebajikan secara ilmiah dan konsisten..
ReplyDeleteem,,stp kepimpinan ydp puny visi,misi dan cabaran masing2...terletak kpd barisan JPP ketika itu tuk mencorakkanya..teruskan perjuangan....
ReplyDeleteSubhanAllah, indahnya bahasa, eratnya ukhwah antum ....jika kita meletakkan islam sbg asas kepimpinan,InsyaAllah pertolongan allah pasti ada,masalah yang bertubi-tubi yang membayangi era kepimpinan tidak boleh dielak, akan tetapi bagaimana kita mengatasi masalah tersebut, itulah yang menjadi penilaian dan kayu ukur terhadap kepimpinan sesebuah organisasi....kepanasan yang datang,jangan dibalas dengan api, kekerasan yang datang,jgan dibalas dengan keganasan....ingat, keras kayu boleh dipatah, lembut kayu xkan patah....-lalui segalanya dengan sabar & ikhlas, itu islam-
ReplyDelete-----rindu kat antum semua----------subhanallah-
:) bole sy th sape petunjuk ALLAH? mugkin sy kenal...
ReplyDelete