Wednesday, June 15, 2011

Kanggaru melompat setinggi bangunan 50 tingkat????


Seekor kanggaru di sebuah zoo keluar daripada kawasan kurunganya. Menyedari hal itu, Pegawai bertanggungjawab mengarahkn pekerja untuk meninggikn pagar sedia ada kepada 5 kaki.

Tiba2 keesokkan harinya didapati kanggaru berjaya meloloskn diri buat kali kedua. Dengan emosi, si Pegawai terbabit mengarahkan pekerjanya untuk menambah 30 kaki lagi ketinggian pagar..Padan muka kamu kanggaru...pandai sangat!!! . hehehe ~ ujar pegawai terbabit

Akan tetapi kanggaru tersebut sememangnya cerdik walaupun tidak pernah mengambil Master atau PHD seperti pegawai terbabit. Kanggaru telah berjaya meloloskan diri kurungan dengan melakukan hatrik. Tapi pada kali ini, ia membawa geng bersama2. Dengan penuh emosi, Pegawai terbabit mengarahkan dibina pagar setinggi 50 tingkat..Pekerja2 terbabit hanya mampu mengeleng2kan kepala. Aik dah macam buruh binaan pula aku ni. huhuhu~ ujar pekerja terbabit.

Selang beberapa hari maka berdiri megahnya pagar setinggi 50 tingkat tersebut..lalu pekerja terbabit pergi menemui pelaku iaitu si kanggaru. Aku nak tanya kamu wahai kanggaru, berapa tinggikah lagi kamu mampu melompat pagar sehingga mampu meloloskan diri. cuba "sharing" ??? (dengan tersenyum sinis kerna dia yakin kali ni kanggaru terbabit tidak akan mampu melompat setinggi 50 tingkat)

jeng..jeng..jeng...

kanggaru menjawab dengan mengunakan bahasa insyarat...

"mungkin setinggi burj dubai, teipei 101 atau KLCC melainkan setiap malam kamu2 sudi MENGUNCI PINTU PAGAR"...HEHHEHEHE

Pekerja ...???? @#$%&&%%%!!!

Keesokannya bersama2 kesatuan sekerja mengadakan undi tidak percaya terhadap Pegawai bertangungjawab kerna tidak "implement Fish Bone diagram" semasa menyelesaikan masalah..heheheh....

Rayyan ~ 

"Pegawai terbabit mengarahkan dibina pagar setinggi 50 tingkat" ~ tindakan terburu2
  • Apabila hendak menyelesaikan sesuatu isu/permasalahan jangan dilihat pada kesan ketika itu, tapi sebelum dan kesan jangka panjang. Misalnya isu Kenaikan harga petrol RM2.90 oleh  mantan PM menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat secara mendadak walaupun PM selepasnya menurunkn kembali harga. Adakah harga makanan dan perkhidmatan akan TURUN??? TIDAK sama sekali!!
Aik dah macam buruh binaan pula aku nih..huhuhu ~ Skop Tugas
  • Kakitangan kerajaan hanya melakukan skop tugas yang ditentukan dalam justifikasi tugas. Pengkhususan itu penting. Tapi apabila kerja tiada, maka masa dibazirkan dengan makan2 dan bergosip?? (bukan semua tapi mungkin kebanyakkan) Kalau di sektor swasta apabila ada masa senggang waktu bekerja maka kita akan sentiasa kerja terutama Syarikat Jepun. Sepatutnya semanggat ini turut diserap oleh kakitangan kerajaan (tertunggu "employee exchange" diantara kerajaan dan swasta. sunyi dan sepi?? atau sy yang ketinggalan tren???
Selang beberapa hari maka berdiri megahnya pagar setinggi 50 tingkat tersebut..lalu pekerja terbabit pergi menemui pelaku iaitu si kanggaru ~ Konsultasi!
  • Nasi sudah menjadi bubur!!. Sebelum membuat sesuatu keputusan pihak kerajaan wajib berunding kepada kumpulan sasar iaitu pengguna terlebih dahulu. Ini tidak setelah semua dirancang kemudian umumkan di media lalu rakyat diminta untuk memahami tindakan tersebut..Gawat2..Kalau tidak, isu mel 1msia dan portal RM1.4j 1MPB tidak akan menjadi panas. Kini isu FB Cuti2 1Malaysia yang bernilai RM1.8j!! MEMBAZIR!! Urus tadbir harus cekap. Pemilihan Menteri biar berdasarkan MERITEOKRASI bukannya KUOTA!!
"mungkin setinggi burj dubai, teipei 101 atau KLCC melainkan stp mlm kamu2 sudi MENGUNCI PINTU PAGAR"...HEHHEHEHE~ kaji akar permasalahan!!
  • Kita sering terjun kepada keputusan akhir sedangkan kita tidak kaji terlebih dahulu akar permasalahan. Isu yang menjadi perhatian baru-baru adalah kes adun Sgor nak mendaftar anak mereka sbg "ANAK MSIA". Pelik2. Isunya perkahwinan campur. Ayah india dan mak cina. Peraturan di semenanjung  membenarkan ibu bapa untuk memilih bangsa anak mereka berdasarkan keturunan si ibu mahupun si ayah. Apakah masalah disini?? Jika jujur inginkan konsep "ANAK MSIA/BANGSA MSIA". Kita harus "GIVE & TAKE"
  • Akan tetapi bagi mencapai definisi ras tersebut itu dilihat masih jauh andai masing2 mempertahankan ras dan etniksiti pada masa mendesak kelonggaran ras yang lain. Isu Sekolah vernakular taboo disentuh, ketidakseimbangan polar ekonomi, dan politik perkauman/politik bertopengkan HAK SAMARATA pada masa mendaulatkan rasism. Oleh itu, bagaimana kita nak bergerak kepada NEGARA BANGSA ?? 
  • Sy tidak menolak kepada kelemahan dalam penentuan bangsa/ras. JPN harus menambahbaik dengan menyeragamkan proses/kaedah diseluruh negara. Sy lebih gemar kaedah penentuan ras yang diamalkan oleh semenanjung. Lagi satu, bangsa/kaum Orang Asli yang merupakan bangsa asal Malaysia diletakkan sebagai LAIN-LAIN?? Kenapa tidak di nyatakan sebagai ORANG ASLI??
Aku nak tanya kamu wahai kanggaru, berapa tinggikah lagi kamu mampu melompat pagar sehingga mampu meloloskan diri...cuba "sharing" ??? .. ~ Sumber rujukan
  • Rujukan harus tepat dan benar, usah kita merujuk bukti kepada yang tidak SAHIH sumbernya kemudian kita JATUHKAN HUKUMAN. Video,rakaman suara bukan menjadi bukti muktamad dalam penentuan KEADILAN!!
Keesokanya bersama2 kesatuan sekerja mengadakan undi tidak percaya terhadap Pegawai bertangungjwb kerna tidak "implement Fish Bone diagram" semasa menyelesaikan masalah ~ Sudut penyelesaian masalah. 
  • Dalam penyelasaian masalah, kita kena kaji pelbagai sudut. Bukanya membuat andaian awal yang akhirnya menjadi muktamad keputusan. Untuk menyelesaikan masalah barah buang anak bukan hanya disandarkan kepada Sekolah Harapan. Digali apakah punca buang anak tersebut? Harapan kami adalah mengkaji unsur2 negatif sosial yang menular seperti program yang berunsur HIBURAN baik anjuran kerajaan, pembangkang mahupun swasta. 14 Jun 2011 dilaporkan seramai 135 daripada 686 permohonan telah diluluskan untuk MURTAD!!!. Dimana Kelantan mencatatkan rekod bersih. Itu kita perlu kaji darjah implisit dan eksplisitnya. Bukannya Berdalih!!

(cerita pendek ini telah terlebih dahulu dipaparkan secara rasmi di FB PR. Tetapi kupasan hanya terdapat di blog PR. Selamat membaca dan nilaikan penulisan sy kali ini. Jangan terima bulat2 tapi bulatkan kemusyikalan anda dengan berterusan mencari maklumat ^_^ )

*Artikel terbaru ini bukan bermaksud sy terlibat dengan mana2 ideologi politik. 
*Jauh sekali niat sy untuk mempolitikan dasar/isu. Sy masih lagi BEBAS daripada Politik Memihak!
*Sy mengkritik dasar sesebuah kerajaan dimana rakyat adalah golongan yang mengunapakai dasar.
*Kritikan ini ibarat HAK PELANGGAN. CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT!!




Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 comments

  1. tq rayyan..kupasan yg sgt2 menarik..rmai rkyt kat Malaysia nie xcelik sgt ngan bnda gini...
    termasuk la sy kdg2..hehe~
    tq ats pkongsiannya...:))

    ReplyDelete
  2. sme2 cik wanie...Nilaikn kupasan den...kalu ianya salah,betulkn den...den tdk sempurna...msh perlu blajar.... ^_^

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top