(One in A Millions)
Di sebalik mempunyai 5 pilihan penyerang termasuk Ashaari Shamsudin, Rajagobal seperti dijangka hanya menurunkan Safee, selaku penyerang tunggal, dibantu Baddrol Bakhtiar di posisi attacking midfielder. Namun menyedari ia tidak membuahkan hasil Rajagobal melakukan rombakan besar-besaran dengan mengeluarkan Helmi yang tidak begitu berkesan di posisi pertahanan kanan dan memasukkan Abdul Hadi untuk menguatkan jentera serangan – percaturan yang membawa INSTANT IMPACT apabila Abdul Hadi turut terlibat dalam gerakan terhasilnya gol pertama seminit selepas dimasukkan.
Perubahan taktikal juga menyaksikan Amirulhadi Zainal ditolak ke posisi pertahanan kanan, manakala Baddrol dan Kunanlan bergilir menghadirkan ancaman di posisi sayap. Malaysia menang 2-1, hasil jaringan cantik minit ke-28 kapten pasukan, Safiq Rahim dan gol Aidil Zafuan Abdul Radzak, sebelum Taiwan membalas menerusi Chen Po Liang [1].
Komen2 menarik daripada pages Info Dan Ranking Bola Sepak MalaysiaEmy Helmi
Actually kan masa malaysia main tadi aku perasan diorg ada buad apa yg barcelona selalu buad . pemain malaysia buad taktik yg sama seperti barcelona selau buad , 4 taktik , 1) total football , 2) short pass , 3) make bigger field become smaller , 4) short conner kick . korg perasan tak semua tu ? cuma malaysia tak buad lg 2 benda . 5) creat space for teamates . . 6) smaller field become bigger . :') hope malaysia bnyakkan through ball lg , and lg 1 , tadi sbebenarnya hadi tak offsides .
Noorfathana Jaini
Fahami maksud ayat ni . 'we are defenders who attacks , we are attacker who defends '-Pep guardiola
Noorfathana Jaini
MAN OF THE MATCH .Saya akan pilih S.KUNALAN .Sebab dia sgt rajin kejar bola & stamina cukup tinggi .Dari awal sampai la ke hujung, asik lari jek . Laju pon boleh tahan . Mcm pelesit . .heheheheh . . :D
Kedai Jersi
Malaysian Football - Road to Recovery !!
Malaysian Football - Road to Recovery !!
Md Yusof
Safiq main mmg cun la..leh join barca bergandingan ngan iniesta and xavi..
Hafizuddin Özilapek
Hafizuddin Özilapek
Fadhli shas, mahali, muslim, asra, amar rohidan, safiq rahim, kunalan, amirulhadi, mat yo, safee. Mereka yg di atas perlu diturunkan 1st eleven kat taiwan [2].
Rajagobal~
- “kita keluarkan dia (Safee) sebab cedera, dia belum pasti boleh main return leg. dan saya pun concerned tentang perkara ini, penyerang kita silih berganti cedera, Norsharul still perlukan match fit, Abdul Hadi baru pulih tapi dia beraksi dengan cukup baik hari ni, Ahmad Fakri pula ini first game dia, lama tak main injured, tapi jangan risau, kita bukannya kalah atau seri, kita tetap menang cuma jaringan tipis, but a win is a win..cuma tugas kita belum selesai, I’m sure my boys will do a great job there”.
- “saya juga ada nampak beberapa kelemahan dan definitely kita perlu buat 1,2 perubahan, dan pertukaran pemain, Helmi Remeli agak gugup, ini first game dia international, few player ada injury cautious macam Safiq Rahim, kita perlu pergi ke sana (Taipei) dengan same attitude, iaitu mencari gol, dan menang, but jangan terlalu ghairah. Macam tadi, kita dah push dari awal, so u boleh nampak at the end, energy level berkurang, defensive slack, ini kita perlu elak. ingat kita bukan kalah atau seri, jadi kita tak perlu bermain dalam tekanan, yang tertekan adalah mereka, kelebihan masih milik kita..” [1].
Rayyan ~
- Den ucapkan Tahniah kpd Harimau Malaya!! "Gud job boys".
- Den rasa sedikit lega dengan 2 gol Berbalas 1
- Den kurang selesa, walaupun menang, tapi itu bkn keputusan yang kita inginkan. Firasat awal mudah bagi kita menjinakkn Taiwan tapi sebaliknya berlaku. Dilihat dari air muka pemain dibangku2 simpanan juga begitu.
- Den lihat kehadiran Safee Sali agak kurang menarik. Mungkin seperti yang dikhabarkn sebelum ini, Safee mengalami sedikit kecederaan selepas tamat sesi latihan terakhir. Namun kecederaan tersebut tidak serius dan pagi tadi keadaan beliau kembali pulih.Tetapi beliau kembali terasa kesakitan sewaktu perlawanan sebentar tadi. Sama2 kita doakan safee kembali cergas.
- Den suka S Kunalan. Laju & Rajin. Disebabkn laju beliau pernah dipanggil untuk doping test sejurus tamat "game" pd sukan sea lalu. hehehehe
- Den beranggapan Sharbinee Alawee tidak diuji sepenuhnya. Harap Apek akan diturunkan semula berdepan Taiwan. Bukan mempertikaikan kredibliti Sharbinee, tapi kita perlukan "PASUKAN" jika berhasrat untuk bertemu Singapore dan seterusnya berada dalam 20 negara terbaik ASIA.
- Den ada terdengar, menurut pengulas Astro Arena tadi. Taiwan tidak menurunkan 2 pemain mereka yang berpangkalan di eropah. Seorang bermain di liga Itali & seorang di liga Belgium. Mungkin taktikal jurulatih taiwan yang bermain malam ini hanya untuk seri atau sekurang2 kalah tipis dan 2 "player" tersebut tidak disenaraikan. Mungkin 2 "player" tersebut hanya akan diturunkan pada "game" ke 2 di Taiwan .Samalah kita tengok ahad nanti. Perlawanan timbal balas kedua. Mungkin akan menyajikan persembahan terbaik oleh kedua2 negara.
- Den terpanggil untuk menegur ketidakseragaman warna jersi penyokong Malaysia. Mudahan akan datang kita seragamkan pakai biru oke??. Bukannya Jersi Biru mendatangkan tuah atau kaitan dengan mana2 ideologi politik sepertimana pemakaian Jersi Kuning (BERSIH)..Kita berhendakkan keseragamaman bagi membakar Semanggat Harimau Malaya. Bagi den, jersi biru nampak lebih MACHO!..hehehe..Menarik perhatian kpd ungkapan Allahyarham Mokhtar Dahari "If you are ashamed to stand by your Colours, you better seek for another Flag "
Keluarkan Taringmu Harimau Malaya!!
Pena Rayyan
sumber :
0 comments