Monday, July 25, 2011

SISWA RAUSYANFIKIR = MINDA MENAWAN - (TAWANAN MINDA + MINDA TERTAWAN)


Assalamualaikum wbt & Salam Ukhuwah kepada semua sahabat-sahabat sy. Seperti yang di war-warkan  sebelum ini artikel yang memakan masa hampir sebulan berjaya disiapkan (proses mencari "material" memakan masa hampir 26 hari dan hanya 4 hari diperlukan untuk menghasilkan artikel SISWA RAUSYANFIKIR = MINDA MENAWAN - (TAWANAN MINDA + MINDA TERTAWAN). Secara esklusif sy memuat naik buat tatapan para sahabat yang dahagakan perkongsian ILMU. Andai ianya mendatangkan kemaslahatan maka sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Sekiranya punya kekhilafan, maka kongsikan bersama sy. Mungkin sy dapat lakukan penambahbaikan. Jom ikuti artikel pada kali ini dengan minda terbuka. 

“PRISONERS MIND” atau TAWANAN MINDA 

Merupakan kondisi dimana AHLI AKADEMIK/SISWA terperangkap oleh "MIND SET" mereka sendiri. SISWA keliru, celaru & TAKUT dalam membahaskan sesuatu perkara. SISWA menolak kepada perbincangan ILMIAH politik & budaya idealisme. Akan tetapi golongan ini memartabatkan “4 FLAT / SOLID A" & hiburan semata-mata. Sy faham asal tujuan kita adalah MENUNTUT & MENCIPTA ILMU. Tapi perlu sedar, dalam menuntut & mencipta ilmu tiada batas tempat & waktu.Tiada salah kita seimbangkan & menyeimbangkan kedua-dua perkara. Andai kita menyempitkan pemikiran hanya kepada SATU JALAN maka JALAN itu yang kita perolehi. Sedangkan kita punya opsyen “jalan negeri, bandaran, persekutuan & lebuh raya” 

Untuk merubah SISWA yang menjadi TAWANAN MINDA adalah sukar andai diri menolak BULAT-BULAT walaupun ada perkara yang di BULATKAN kekadang logik diterima. Adalah tidak adil membiarkan rakan-rakan siswa berhempas pulas dalam perjuangan siswa yang hasilnya dituai oleh golongan TAWANAN MINDA. Sy sendiri kurang faham dengan sistem pengambilan pekerjaan yang begitu mengutamakan AKADEMIK semata-mata & SUKAN. Seperti yang maklumi golongan TAWANAN MINDA merupakan antara cerdik pandai yang berada di menara gading. Dimana harian mereka sekadar 4KG (KULIAH + KAFE + KATIL+ KAMPUNG + GAME). Apabila di buka topik berkenaan IDEALISME SISWA, POLITIK KAMPUS & MPP muka mereka tuntas mencebik menandakan mereka membenci. Mereka berada dalam DILEMA KETAKUTAN iaitu menolak kemungkinan yang menjejaskan mereka. 

Takut (takut hanya kepada ALLAH swt & larangan-Nya) ini adalah satu perkataan yang hampir tidak ada dalam kamus orang yang berjaya.Takut ini boleh muncul dalam banyak keadaan, sebagai alasan ataupun sebagai sebab untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang tidak biasa kita lakukan. Ramai mungkin tidak sedar, ketakutan yang sebenar adalah jauh jauh jauh lebih kecil daripada realiti sebenar.

Katakan anda seorang peniaga yang baru membuka sebuah kedai dan anda tidak mempunyai lesen perniagaan. Orang yang takut akan mula membayangkan ada penguatkuasa SSM akan menyerbu kedainya, kemudian mereka akan menyita semua barangan dalam kedai itu, kemudian mereka akan mengari dan membawanya ke lokap, kemudian keluar dalam muka depan surat khabar "Peniaga Tanpa Lesen Ditahan", kemudian semua kawan-kawan akan mencemuh, keluarga akan mengasingkan diri, setiap orang di jalanan akan meludah sewaktu melihat anda. Namun realiti adalah jauh berbeza.Kebarangkalian anda didatangi penguatkuasa SSM adalah sangat-sangat kecil. Mereka ada lebih banyak kerja untuk dibuat daripada menanggap budu kecil yang baru mula berniaga seperti anda. Sekiranya mereka datang sekalipun, mereka hanya akan memberi amaran biasa kepada anda dengan menyatakan prosedur-prosedur yang perlu dilakukan.

Jadi realiti tidaklah seperti yang anda bayangkan seperti sebelum ini. Nyata realiti hanya 0.00001 % dari apa yang anda bayangkan. Orang yang berjaya mengatasi ketakutan ini adalah samada orang yang berjaya dalam pelbagai bidang ataupun pencuri dan perompak. Dua golongan ini berjaya mengatasi ketakutan yang ada dan mereka mampu lakukan sesuatu yang luar biasa. 

Anda tidak perlu menjadi perompak atau pencuri untuk menjadi insan luar biasa.Sekadar menjadi orang yang tidak takut adalah wajib untuk anda berjaya.Namun sekiranya anda tidak mengatasi masalah ini. Anda Tidak Akan Berjaya. Jadi sentiasa ingat, ketakutan sebenar adalah jauh lebih kecil daripada ketakutan yang anda bina dalam minda anda.

"Jadi berhentilah memberi alasan, mulakan apa yang ingin anda buat dalam apa bidang sekalipun. Mulakan tanpa rasa takut!!"


“IMPRISONED MIND” atau MINDA TERTAWAN 

Asalnya merupakan sebuah buku yang mengemukakan pandangan-pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga academia di negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik. Minda Tertawan juga mendedahkan kemunafikan, sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa dengan cara yang lemah lembut dan penuh kiasan.

Syed Husin al-Attas, khususnya dalam buku beliau, & sy kira, inti perbincangan dalam buku itu masih relevan sehingga kini. Dalam bukunya itu, beliau memerihal pentingnya golongan intelektual di negara membangun (ketika itu di Malaysia) memainkan peranan yang sentral, agar semua pihak mendapatkan haknya. 

Manakala dari sudut pandangan sy lebih tertarik & terarah mengatakan, MINDA TERTAWAN adalah dimana GOLONGAN INTELEKTUAL berada dlm keadaan "DIKONGKONG" atau "DITENTUKAN" tapi UMUMNYA masih punya kesedaran dalam ISU/IDEALISME. Cuma yang menjadi kekangan adalah faktor jumudnya pemikiran golongan berkepentingan atau lebih tepat golongan yang takut pada bayang-bayang sendri. Sehingga berterusan menawan, menekan & menindas perjuangan golongan SISWA. Misalnya Pelaksanaan AUKU merupakan salah satu gajet atau "device" memenjarakan MINDA dan menjadikan SISWA sebagai tawanan parol. Banduan yang “bebas” berjalan diluar tapi di “perhatikan segala gerak geri”. Siswa sering dianggap pemberontak sedangkan apabila diteliti Perjuangan Mahasiswa bukanya "Menjatuhkan" tapi "Menambahbaik" dasar-dasar kerajaan. Siswa sering dilihat sebagai "Pesalah" walaupun mereka sekadar mengutarakan pandangan & pendapat kearah kebaikan bersama. 

Sy tertarik dengan kata-kata daripada seorang Naib Cancelor utara tanah air iaitu “Kami mengawal siswa tapi kami tidak mengongkong siswa”? Kata-kata yang sy kurang jelas kerna maksud kedua-duanya hampir sama. Mungkin terdapat perbezaan tapi “adakah perbezaan itu bersifat berlapik?”. Sy lebih gemar pengunaan “Kami tidak mengongkong siswa tapi kami bimbing siswa” Menarik perhatian para pembaca berkenaan status Datuk Saifuddin dilaman FB beliau yang memohon agar siswa tidak ditentukan. Biarkan mereka merancang program yang mereka inginkan. Ada benar kata beliau, kita biarkan siswa yang tentukan tapi pada masa sama kita berikan bimbingan bukanya KAWALAN. Kita ajar mereka untuk menilai positif & negatif. Bukanya kita momokan yang “POSITIF bagi pihak kita”. 

MINDA SISWA sudah lama TERTAWAN tapi secara kita tidak sedar generasi kini cuba menolak secara diam-diam mahupun terangan. Kita lihat contoh di Mesir, muntahnya siswa ke jalanan adalah setelah sekian lama mereka bersabar dengan penindasan. Bukan niat sy menghasut SISWA MALAYSIA untuk berdemontrasi di jalanan kerana tindakan itu kurang akademik & tidak berADAT. Tapi apakah opsyen yang SISWA miliki andai ruang menyampaikan wadah disekat dengan karenah BIROKRASI DAN HIPOKRASI? Justeru itu MINDA SISWA YANG TERTAWAN sekian lama bakal menemui titik penghujunganya andai pendekatan politik yang diamalkan sekarang tidak diubah agar lebih MESRA SISWA. 

Golongan MINDA TERTAWAN merupakan KELAPA bukanya HAMPAS mahupun SANTAN. Kenapa sy tidak mengunakan HAMPAS seperti yang diucapkan NC UITM mahupun SANTAN oleh Sdra Presiden GAMIS kerana bagi sy KELAPA ada pelbagai kegunaan & keistimewaan yang belum kita terokai sepenuhnya. SANTAN kita mungkin hanya boleh digunakan untuk memasak gulai atau cendol manakala HAMPAS untuk patukan ayam. Sabut kelapa andai kita terokai boleh dijadikan sebagai “natural fiber” untuk komposit, tempurung kelapa selain kraftangan, isi kelapa boleh dijadikan SANTAN & HAMPAS, air kelapa penghilang dahaga & penawar racun petua orang-orang tua. 

“Gittana Plak launched a small business to convert discarded shells into potting soil for plants and vegetables. Starting with an investment of US$2,000 (€1,400), Gittana launched Coproco Ltd, after visiting an agri-fair in the Netherlands where a company was promoting a similar product” 

Contoh yang dijadikan sebagai perumpamaan bertapa BERNILAINYA SISWA. Oleh itu, MINDA SISWA yang DITAWAN seharusnya di DIBEBASKAN & DIHARGAI kehadirannya dalam menjadi agen SEMAK & IMBANG kepada kerajaan. 

"CHARMING MIND" atau MINDA MENAWAN 

Memberikan dua maksud yang berbeza. Iaitu minda atau akal pemikiran yang cantik dan keduanya kebolehupayaan minda menakluki tindakan. MINDA MENAWAN dalam dilihat menerusi pemikiran postif & negatif. Pemikiran positif adalah sikap mental yang mengakui ke dalam pemikiran minda, kata-kata dan imej yang sesuai untuk pertumbuhan, pengembangan & kejayaan. Ia adalah sikap mental yang menjangkakan keputusan yang baik dan menggalakkan. Minda yang positif menjangka kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan & kesan yang berjaya dalam setiap keadaan dan tindakan. 


Tidak semua orang menerima atau percaya dalam pemikiran yang positif. Ada yang menganggap ianya hanya sebagai karut, dan lain-lain memandang serong kepada orang-orang yang mempercayainya & menerima. Dalam kalangan orang-orang yang menerima, tidak ramai yang tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan berkesan untuk mendapatkan keputusan.

Adalah menjadi kebiasaan untuk mendengar orang berkata: "Berfikiran positif!" kepada seseorang yang merasa dan bimbang. Kebanyakannya mengambil enteng perkara ini kerana mereka tidak tahu apakah maksudnya, atau tidak menganggap ianya berguna & berkesan. Berapkah kerat yang mengetahui & mengakui “the power of positive thinking??” 

Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial Ilm al-umran), iaitu sekitar tahun 1377.Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’,ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi . Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku. 

Golongan SISWA harus memiliki pemikiran menawan agar dapat melahirkan tindakan yang KENA & BENAR pada tempatnya. Bagi sesetengah AHLI AKADEMIK mereka terperangkap dengan POLITIK CARMA iaitu konsep politik CARI MAKAN (diperkenalkan oleh A Samad Said) yang bercabang di antaranya POLITIK WANG, POLITIKUS, POLITIKING, POLIPLASTIK & POLIPROPAGANDA . Konsep politik ini sy simpulkan kesan daripada golongan TAWANAN MINDA. 


Memiliki MINDA MENAWAN mudah apabila KITA CERDIK MENILAI atau terdorong untuk menjadi RAUSYANFIKIR. Kita tidaK seharusnya taksub kepada satu sumber dan bertaklid kepada individu. Sebagai SISWA RAUSYANFIKIR kita harus BERSEDERHANA, BERPRINSIP, BERTOLENRASI & BERADAT(ADAB) dalam membahaskan isu. Golongan pentadbir SISWA RAUSYANFIKIR harus memandang ianya dari sudut akademik. Jangan melihat dari sisi negatif bahawa golongan SISWA RAUSYANFIKIR yang lantang bersuara adalah mereka yang memberi ANCAMAN. Kita harus BIMBING SISWA bukannya memerintah SISWA!!!. 

Sebagai pentadbir seharusnya kita memiliki MINDA MENAWAN iaitu memiliki Pemikiran KRITIS. Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus bersifat holistik. Hal ini kerana, pengertian pemikiran kritis itu sesungguhnya amat luas & dalam. Setiap sarjana sains pemikiran akan memberi pengertian pemikiran kritis berasaskan pengalaman & kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis? 

Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis sesuatu secara mendalam. 

Berkenaan isu PERHIMPUNAN BERSIH yang disertai hampir 550 pelajar ipt, sebagai Pentadbir Universiti kita harus bijak menangani dengan menyediakn opsyen kepada golongan SISWA RAUSYANFIKIR. Bukannya menguatkuasakan AUKU semata-mata & mengeluarkan “WARKAH” yang terasa "Jauh" sekali isinya (seolah berpandangan MEMIHAK). Sy ingin menarik perhatian kepada usaha UNIMAP apabila isu “Jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak”, UNIMAP telah menganjurkan wacana sosial bertajuk PERLEMBAGAAN yang mana para panel terdiri drp Prof Dr Ramlah Adam (Pakar Sejarah), Bekas Hakim Malaya dan beberapa pakar yang mengupas isi penuh akademik. Daripada situ kita mengajar SISWA RAUSYANFIKIR untuk CERDIK MENILAI & platform yang HALAL untuk membuat pernilaian. 

MINDA MENAWAN dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah kritis seseorang itu agak berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti arah dan hala tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat memberi fokus pada yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Ini adalah kerana kesilapan logik boleh berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka. 

Rayyan ~

  • Golongan TAWANAN MINDA menimbulkan kegusaran kepada sy sekiranya mereka terlibat dalam dunia kampus/politik. Golongan TAWANAN MINDA yang "narrow minded" ini akan melahirkan golongan MINDA TERTAWAN.
  • "SEKIRNYA KITA GAGAL UTK CERDIK MENILAI KITA AKAN MELAHIRKAN LEBIH BYK PEMIMPIN SISWA/NEGARA YG TIADA NILAI"
  • Memiliki MINDA MENAWAN bergantung kepada sumber yang kita rujuki. Sumber utama yang UNGGUL adalah Al-Quran & Sunnah.
  • Sebagai Siswa/Pentadbir/Pemimpin Politik kita seharusnya Husnuzon dengan sesuatu dan jauhilah Suuzon. Sekiranya was-was adalah lebih baik kita dapatkan pencerahan





MERAH : Bangkangan/sindiran/kritikan/-ve
Biru : Pujian/Setuju/+ve
Kelabu : "kambing hitam"
Hitam & "bold" : Penekanan kepada isu/topik
Biru laut : sekadar selingan/contoh


Glosari 
  • Rausyanfikir : Bahasa Parsi yang bermaksud pemikir reformasi celik atau ahli fikir
  • Jumud : Pemikiran sempit
  • Husnuzon : Berbaik sangka
  • Suuzon : Buruk sangka
  • Pencerahan : Penerangan kepada sesuatu kekaburan
Sumber 
  • Ketakutan Dalam Minda Adalah Lebih Besar Daripada Realiti Oleh Shahabudeen Jalil 
  • Pemikiran Kritikal Oleh Shahrin Hashim 
  • Ilmu Psikologi Menurut Islam Oleh Dr Jaffry Hassan 
  • The Power Of Positive Thinking Oleh Remez Sasson 
  • Pandangan & Pengamatan Peribadi Pena Rayyan
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 comments

  1. good post. now need to practice it in reality.

    bintik2 belakang tue buek poneng palo ah. =p

    ReplyDelete
  2. bintik2?background k?.hahahah..itu j wallpaper yg oke...yg len silau/serabut...hehehehe

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top