Friday, February 18, 2011

Pemilihan Kampus Universiti 2011

(edisi khas PRK UNIVERSITI 2011)

Pemilihan Kampus, PRK kini semakin lancar meluncur di kebanyakkan U seluruh Malaysia kini. Sementelah sy menulis mengenai PRK Politeknik Malaysia sebelum ini, izinkan sy untuk menyentuh pula kepada PRK. PRK U dilhat lebih mencabar dan tercabar oleh “mereka2” diluar disana. Hal ini adalah kerana PRK U dilhat medan utk melihat sejauh manakah halatuju iklim politik negara akan datang iaitu samada memihak kepada PRO K atau PRO P. Hal ini mungkin mendatangkan campur tangan pihak2 “ghaib” diluar sana dalam mencampuri urusan PRK. Bg sy, "NYAH" kalian daripada mencampuri PRK kampus. Usah cuba memecah belahkan mahasiswa U sehingga mewujudkan ideologi berbeda2. U adalah taman ilmu, taman menyemai benih idealisme, dan taman yang mengilap permata baru negara yang lebih berkualiti. Sebagai golongan cerdik pandai kita seharusnya memberi sesuatu kepada masyarakat bukannya mengambil sesuatu daripada masyarakat untuk dibawa ke dalam kampus.

LABEL PRO A & PRO M


Perlabelan juga berlaku di kebanyakkan U yang membuatkan wujudnya kekeliruan dalam menyatakan pendirian dan memerangkap siswa untuk terikut dengan sikap berpuak2 mereka” diluar sana. Oleh itu, pertimbangan memilih pelajar tidak wajar disandarkan kepada dari kumpulan atau pro  tertentu. Pemikiran siswa  perlu dibebaskan dari diwarnai dengan budaya “mereka2” yang berada di luar. Sebenarnya,  sesiapa yang bertanding adalah sememangnya daripada kelompok siswa. Cuma mungkin ada diantara mereka keliru dengan istilah pejuang dan pengikut. Hal ini menyebabkan Pemimpin-pemimpin siswa yang “TERPILIH” lebih terdorong kepada melakukan perkara2 yang bertentangan dengan kehendak siswa marhaen. Golongan yang “DIPILIH” pula cenderung memperjuangkan isu kebajikan yang memenuhi hasrat siswa. Justeru itu, biarkan pelajar menentukan siapa yang dirasakan punya kredibiliti dan akhlak yang baik. Pemilihan yang paling releven diperingkat kampus ialah memilih berdasarkan keupayaan dan potensi yang ada pada calon terbabit dalam rangka peraturan yang telah ditetapkan. ~ BIARLAH KITA MENCORAK DIRI SENDIRI PADA MASA YANG SAMA CORAK YANG DI PILIH DAPATKANLAH PANDANGAN TERLEBIH DARIPADA PIHAK LAIN TAPI MUKTAMADNYA JUA DIRI SENDIRI.

BERKEMPEN

Hari-hari selepas penamaan calon pastinya meriah dengan rapat umum poster bergantungan juga tidak ketinggalan kempen melalui blog dan laman sosial. Tapi sebagai bakal pemimpin dan jentera2nya harus bisa membedakan budaya politik ilmu atau politik  jalanan. Berkempenlah daripada pagi hingga malam sekalipun tetapi jalankanlah dengan berhemah dan punya tatacara pemimpin ikutan Rasullah saw. Jauhilah politik keji mengeji, fitnah , kabur tapi sebarkanlah politik kebenaran dan keikhlasan dalam berkempen. Tetapi alangkah malangnya jika masa, tenaga dan tumpuan kerja untuk melaksanakan perjalanan PRK diakhiri dengan sentimen benci membenci, tuduh menuduh dan penuh dengan manipulasi seperti “mereka2” diluar kampus. Siswa perlu matang, untuk apa kita berbalah sesame sendiri andai perjuangan kita sama iaitu
KEBAJIKAN SISWA. Punya perbedaan pendapat itu adat kerna ia sangat baik dalam  mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang. Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? kita carilah titik persamaan kerna pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.

Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya.
Si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.

Begitu juga orang yang belajar, kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza justeru pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza. Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama. Oleh yang demikian sikap kita melambangkan siapa kita.

Kami golongan siswa marhaen yang akan mengundi  kalian, peribadi  mulia tetap menjadi keutamaan. ~ UNDI ADALAH RAHSIA, HAK & TANGUNGJAWAB KAMI. 

NASIHAT KEPADA BAKAL PEMIMPIN

1. Pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
2. Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya.
3. Sesesorang pemimpin hendakah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Ia tidak harus bersikap sombong dan mementingkan diri hingga kedapatan rakyat yang hidup menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Walaubagaimana pun, kita seharusnya realistik berkenaan pemilihan pemimpin peringkat siswa ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang ada diperingkat siswa. Adalah tidak adil kepada bakal pemimpin pelajar diletakkan harapan yang tinggi untuk mengubah segala-galanya, menyelesaikan segala kemelut dan kebajikan pelajar yang menjadi tanggungjawab universiti.

Di samping kewujudan program rutin pelajar dan universiti seperti pesta konvokesyen, MHS/MSK, pemimpin pelajar yang terpilih juga perlu menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang siswa biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Kita juga melihat pemimpin pelajar yang dipilih perlu menjadi pemimpin pembina budaya (culture builder).  ~ TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN ADALAH LEBIH BESAR DARIPADA MEREKA YANG BELIAU PIMPIN

MANIPULASI & INTEGRITI PRK

Sepanjang minggu kempen/PRK cerita-cerita berkenaan proses PRK akan berkumandang segenap lanskap siswa. Hal ini telah menjadi isu utama yang menerjah media cetak blog dan laman social. Isu berkenaan proses pencalonan yang dihalang, syarat calon dilonggarkan secara “tiba2”, waktu pengundian secara “tiba2” dipanjangkan, isu tampar menampar dan sebagainya mewarnai PRK. Sebagai Pentadbir U janganlah melihat seolah bakal pemimpin pelajar sebagai Pemberontak dan Pembangkang anggaplah mereka sebagai anak yang sedang belajar/berlatih untuk menjadi pemimpin. Kita perlu ingat suatu hari nanti mereka2 inilah yang akan memimpin kita dan negara tatkala kita bersara. Adakah kita hendak “ melahirkan Pemimpin bersifat “ayam daging" yang bersedia untuk disembelih???. 

Integriti PRK merupakan isu yang panas sementalah ditambah dengan pelaksanaan E-VOTING. Datuk Saifuddin Timbln Menteri KPTM pernah pernah mengulas berkenaan isu E-VOTING,  siswa mengatakan E-VOTING tidak telus tapi demikian juga dengan bantahan keputusan undian semula UNDI  MANUAL. Datuk SEOLAH2  berpandangan yang UNDI  MANUAL juga berlaku ketirisan. Bagi sy tidak semuanya sempurna tapi UNDI MANUAL dilihat punya sedikit kelebihan berbanding  E-VOTING  yang menimbulkan rasa was-was sistemnya diceroboh pengodam dalam memanipulasi keputusan PRK. PRK mesti dikendalikan oleh pihak selain Pentadbir U dengan mendapatkan kerjasama SPR, SPRM dan SUHAKAM sebagai pemerhati. Cadangan untuk membenarkan siswa sendiri untuk mengendalikan PRK juga tidak releven kerna mungkin akan wujudkan kronisme sesama siswa. 

Universiti perlu menjadi taman yang subur membentuk dan melahirkan insan2 membina, mengangkat martabat dan akhlak insan serta mendorong seluruh siswa  universiti menjadi agen pendidik masyarakat dan bukannya menjadi liabiliti kepada masyarakat. Mahasiswa wajar menentukan sendiri iklim politik sebagaimana yang mereka inginkan. Mahasiswa punya pilihan untuk berbuat demikian. Biarlah mereka memilih tetapi nasihat daripada “orang tua” daripada kita perlu ada. Tetapi jangan sesekali menjadi “pelawok” dalam proses mendidik kerna siswa bukanya “bayi”  tapi belia yang penuh dengan cita-cita dan perjuangan ~ UNTUK MELIHAT NEGARA MASA AKAN DATANG, LIHATLAH AKHLAK BELIA MASA KINI.

Akhir sekali sy menyeru kepada semua siswa U untuk TURUN MENGUNDI. Marilah kita sama2 belajar  MEMILIH PEMIMPIN melalui proses PRK kerna suatu hari nanti kita akan melaksanakan kewajiban itu juga 

Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)

Pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah,
muncul di tengah-tengah pergumulan masalah,
menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya,
lalu diterima dan didukung oleh umat - Almarhum bapak Mohammad Natsir

Rujukan
  1. http://www.pkpim.net/index.php?option=com_content&view=article&id=138:membentuk-budaya-politik-kampus-yang-murni-&catid=55:pendapat&Itemid=75
  2. http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/952-hormati-perbezaan-pendapat.html
  3. http://www.islam.gov.my/e-hadith/kewajipan-pemimpin

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top