Friday, February 25, 2011

Corat-coret PRK UNIMAP 2011

(edisi khas PRK UNIVERSITI 2011)

18 Febuari 2011(jumaat) :

Julung2 kalinya Penamaan calon berlaku di Jalan Serawak dengan menyaksikan persaingan 14  calon umum merebut 9 kerusi dan 3 Pusat pengajian iaitu PPIPT, PPK Mekatronik dan PPK Komputer turut menyaksikan pertandingan. Ikon "Right" menjadi simbol mengundi berbanding "Pangkah" oleh kebanyakkan U lain mungkin disebabkan ingin mencari kelainan dan kesesuaian dengan kaedah E-Undi.

19-20 Febuari 2011(sabtu & ahad) :

Calon yang semuanya bertanding atas tiket individu/bebas giat merangka dan memasang poster sekitar kolej2 kediaman. Kempen secara kecilan2 mula dijalankan oleh para calon disekitar kolej kediaman dengan menumpukan sahabat2 terdekat terlebih dahulu. Calon Sdari Arinah mendapat sokongan padu rakan sekelas dimana kebanyakkan mereka menukar "Profile Picture FB" masing2 kepada gambar beliau bagi memperkenalkan calon kepada sahabat FB yg lain. Tidak ketinggalan calon2 lain seperti Sdara Ismail, Lai, Sarinah, Parthiban, Amir, Priscilia turut "Tag" poster dan manifesto masing pada FB

21 Febuari 2011(isnin) :

Rapat umum pertama kalinya dilangsungkan dalam sejarah demokrasi kampus UNIMAP di bawah usaha gigih HEPA. Calon memberitakan bahawa kurangnya sambutan daripada penghuni2 Kampung Wai. Dianggarkan hanya 30 orang pelajar yang hadir ke rapat umum tersebut. Terdapat calon2 yang masih tumpul dalam menyampaikan manifesto kepada umum.

22 Febuari 2011(selasa) :


Jentera calon2 mula bergerak dari bilik ke bilik dalam melobi calon2 masing. Walaupun masih terdapat pengundi2 yang tidak tahu Apakah itu PRK?Kerusi Umum?Kerusi Pusat Pengajian?kepentingan PRK kepada pelajar tahun akhir? dan proses alir pengundian turut kabur dikalangan pengundi2. Terdapat pengundi berasakan, PRK UNIMAP kali ini terletak kepada proses MENARIK PENGUNDI TURUN berbanding kemenangan calon2 pilihan

Rapat umum kedua berlangsung di dewan Simpang Empat menyaksikan peningkatan daripada jumlah kehadiran penghuni. Tetapi suasana sedikit muram kerna suasana gelap dan suram menjejaskan kemeriahan rapat umum tersebut

23 Febuari 2011(rabu) :

Hari2 terakhir kempen semakin rancak dengan kempen gigih daripada calon2 dan jentera masing2. Selain perang poster yang dapat dilihat sekitar kolej kediaman dan pusat pengajian. Antara poster menarik ialah calon Aminuddin yang memaparkan nama beliau beserta kod calon pada pagar IWK Wang Ulu. Walaubagaimana pun agak sukar melihat calon2 berkempen dari kelas ke kelas mungkin strategi kempen calon2 perlukan penambaikan untuk masa akan datang.

Rapat umum terakhir berlangsung di kubu terakhir iaitu Wang ulu yang mana hujan lebat secara tiba-tiba hingga tepat jam 9.00mlm jumlah penghuni yang hadir sekitar 30 orang sahaja. Bagi menantikan kenaikan jumlah hadirin majlis bermula pada jam 9.30mlm sejurus hujan berhenti. Ternyata usaha terbabit tidak sia2 dimana  hadirin mula membanjiri dewan terbuka Wang Ulu dengan dianggarkan hampir mencapai angka 150 keatas. Rapat Umum menyaksikan ucapan daripada Sdara Amir yang membuka tirai bertenaga kempen hari terakhir.

Pengacaraan Majlis turut menampilkan sedikit sisi kelemahan dimana seolah2 dilihat berada di dalam konsert AF 9. MC majlis sering mengunakan istilah peminat merujuk kepada hadirin/penyokong calon2 yang dianggap kurang sesuai oleh hadirin pada majlis rapat umum. Walau bagaimanapun, pujian harus dihamburkan kepada pasangan MC iaitu Sdari Aida dan Sdara Shauqi kerna telah menghidupkan majlis rapat umum terakhir

Momentum tersebut kemudianya diteruskan oleh Sdari Priscilia dengan ucapan menegangkan bulu roma hadirin yang hadir pada malam tersebut. Sdra Aminuddin menyarung "jersi kempen" seterusnya walaupun sorakan penyokong pasukan bola sepak Olimpik Malaysia sesekali berkumandang namun sorakan jentera kempen Ultras Aminuddin telah berjaya mengkaramkan sorakan penyokong bola sepak yang berada di restoran Shafaz. Presiden Sukarno UNIMAP iaitu Sdari Arinah mula mengambil pentas dengan kata2 pembukaan daripada Presiden Indonesia sekaligus mengamatkan suasana kempen. Penyokong Bebas yang muncul secara spontan pada malam terbabit telah memeriahkan suasana dengan turut sama disaingi oleh jentera kempen Sdari Arinah dan Aminuddin.

Usaha melobi diakhiri dengan Sdari Sarinah yang berjaya memikat hadirin dengan ucapan yang bersahaja. Walaupun terdapat sesetengah calon yang kurang petah bercakap dihadapan hadirin namun pujian harus diberikan kepada semua calon kerna keberanian dalam mengutarakan manifesto dalam ucapan masing2. Sejurus tamat, turut difahami terdapat jentera yang bekerja hingga ke minit2 akhir 11.59 mlm kempen dengan mengedarkan "bussiness card" calon sekitar kolej sehingga ke warung makan Mak Cik Rose. Perkara lucu berlaku apabila salah seorang jentera mengedarkan kad calon kepada pelajar KTP yang kemudiannya terpingga2.

24 Febuari 2011(khamis) :

Hari Keramat Demokrasi Siswa Unimap menaikkan layarnya tepat jam 8.00 pagi di pusat pengundian Simpang Empat, Kampung Wai dan Wang Ulu. Walaubagaimana pun, pusat pengundian Wang Ulu bermula sedikit lewat dimana jam 9.30pg proses pengundian baru bermula. Kehadiran pengundi tepat jam 9.00pg dianggarkan menghampiri 200 orang hal ini menjadi pemangkin semangat kepada calon2 yang hadir awal pagi dalam memberi sokongan kepada pengundi2.

Proses pengundian berjalan lancar tetapi dalam pukul 11.00pg "server down" sehingga pengundi2 Wang Ulu dipindahkan untuk proses pengundian di Seberang Ramai. Hal ini menjadi permasalahan dalam usaha meningkatkan peratusan keluar mengundi dan mendapat bantahan calon2. Calon2 mohon agar masa pengundian di lewatkan disebabkan pengundian bermula jam 9.30pg, "server down" dan pengundi2 terpaksa menghadiri kuliah setelah menunggu lama untuk proses mengundi. Bantahan tersebut tidak dapat perkenan pegawai bertugas sehingga mendatangkan kegusaran kepada segelintir calon. Walaubagaimana pun , terdapat seorang ahli jentera bertemu dengan pegawai2 terbabit dan memohon dipanjangkan waktu pengundian. Rupa2nya "miss communication" berlaku dimana pengumuman pihak pelaksana pada jam 8.45pg, proses pengundian bermula jam 8.00pg-1.00 ptg walhal ianya sehingga pukul 5.00ptg. Usaha terus diambil oleh En Atan dengan bantuan MPKK untuk membuat pengumuman semula mengunakan siaraya Kolej Kediaman Wang Ulu.

Usaha beberapa pegawai pelaksana mendatangkan kekaguman dengan menyekat pintu keluar Wang Ulu dalam memastikan pengundi keluar mengundi. Pegawai pelaksana turut sama dalam menarik pengundi untuk melaksanakan tangungjawab dan menyatakan berusaha berterusan memastikan proses berlaku dengan lancar. Pihak ICT bertungkus lumus dalam memastikan sistem pulih dan akhirnya membuahkan hasil pada jam 1.00ptg. Pegawai terbabit mengatakan usaha dilakukan dengan menarik "power source" internet KKG untuk kegunaan proses pengundian. Proses Pengundian dibuka semula di Kolej kediaman Wang Ulu dengan pengundi galak kembali untuk keluar mengundi.

Terdapat runggutan daripada pengundi2 Simpang Empat mengatakan mereka terlepas pandang mengundi calon2 yang berada disebelah kanan kerana tidak "right skroll" disebabkan pengunaan "netbook" yang mempunyai resolusi rendah. Runggutan disampaikan kepada Sdari Priscilia dan langkah diambil dengan memaklumkan kepada pegawai pelaksana dan pengundi2 berikutnya.

Calon Lai Xue Wei, Priscilia, Aminuddin, Sarinah, Parthiban dan Arinah berusaha menarik pengundi untuk pergi mengundi pada masa sama menjelaskan proses alir pengundian. Sdara Lai begitu menarik perhatian kerna begitu bersungguh2 menarik sesiapa sahaja yang lalu lalang untuk pergi mengundi. Beliau calon pertama yang tiba di pusat pengundian dan antara yang terakhir pulang selepas proses pengundian tutup tepat jam 5.00ptg.

Jam 4.00ptg di pusat penjumlahan undi Kampung Wai menyaksikan suasana sunyi mungkin tiada lagi penghuni yang ingin turun mengundi. Semasa di warung makan di hadapan pintu masuk Kolej kediaman Kampung Wai, buat pertama kalinya kedengaran "eh ko sudah mengundi belum?". Pertanyaan keramat pertama2 kalinya muncul dikalangan siswa UNIMAP.

Jam 5.30ptg Majlis Pengumuman Keputusan PRK bermula dengan dirasmikan oleh Datuk NC. Situasi mendebarkan apabila Datuk NC memasukkan "ID" secara rasmi bagi memaparkan keputusan PRK. Walaubagaimana pun, suasana bertambah cemas apabila ianya tidak dapat "log in" setelah beberapa kali dicuba. Akhirnya keputusan PRK 2011 dipaparkan pada skrin dengan menyaksikan Sdara Aminddin memperoleh undi tertinggi iaitu 1601.

Datuk mengumumkan peratusan keluar mengundi sebanyak 55.04% iaitu sebanyak 3386 pengundi. Angka yang sedikit memberansangkan walaupun PRK UNIMAP pertama yang berlaku setelah berapa tahun.

Pengumuman keputusan calon2 bertanding terpaksa diumumkan oleh pengerusi majlis disebabkan paparan kurang jelas

Masa bantahan dibuka selama 30 min kepada calon2

Setelah masa bantahan ditutup, Datuk NC sekali lagi naik ke pentas untuk secara rasmi mengumumkan keputusan muktamad calon2 yang menang disamping memperkenalkan calon2 yang menang tanpa bertanding. Sebanyak 31 ahli MPP UNIMAP 2011 dipilih melalui proses keramat demokrasi kampus yang mana calon2 daripada kaum Cina tercicir daripada senarai.

PRK UNIMAP 2011 melabuhkan tirainya dengan majlis bergambar Datuk NC bersama barisan2 MPP tentuan mahasiswa UNIMAP.

SYABAS DAN TAHNIAH KPD UNIMAP DAN MAHASISWA2 KERNA DEMOKRASI KAMPUS TELAH KEMBALI!!!!



Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

4 comments

  1. silakan...den xkisah...tp kalu di mention kn source/pena rayyan blog oke jgek...atleast viewers/bloggers len dpt visit blog den kembali..almaklumla, blog den xfemes...isu lak serius2..huhuhu

    ReplyDelete
  2. mesti la di sertakan link..
    jgn risau..eden juge tahu etika..
    hahaha

    ReplyDelete
  3. mmg profesional blogger...hehehe

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top