Sebelum saya membawa anda kepada matlamat asal artikel kali ini, izinkan saya terlebih dahulu membawa anda semua menyelusuri perjuangan kepimpinan siswa dahulu menerusi isu-isu yang mereka telah bangkitkan.
1) Bantahan Penindasan Kerajaan Thai Terhadap Orang Islam Di Selatan Thai.
Demonstrasi ini merupakan anjuran pertama kelompok Islamis di kampus UniversitiMalaya dengan kerjasama PKPIM. PMIUM mengorak langkah mengembleng tenaga mengumpulkan pelajar Islam di kampus bagi menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan yang menimpa umat Islam di selatan Thai. Perjuangan rakyat Patani dilihat sebagai warga tertindas di bumi sendiri. Para pejuang Islam Patani mula mengangkat senjata secara gerila apabila pentadbiran Siam merombak ketujuh-tujuh wilayah kecil di Patani. Setelah Raja Patani terakhir Tengku Abdul Kadir berundur ke Kota Bharu, wilayah selatan Thai ditadbir oleh Phraya Decha-Nuchit pada tahun 1906. Dengan itu berakhirlah wilayah Melayu-Islam, Patani Darul Makrif. Pada 30 September 1969, polis Thai menangkap 51 orang yang disyaki penganas komunis dan Islam setelah Perdana Menteri Thai mengisytiharkan ketidakstabilan di wilayah selatan. Pemaparan media massa ini telah berjaya menarik simpati orang ramai termasuk para pelajar. Pada 14 Jun 1971, sudut pidato diadakan oleh PMIUM pada pukul 10.00 pagi sempena lawatan Perdana Menteri Thai, Thanom Kittkachorn ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.30, PMIUM, PKPIM, PBMUM, PMUK dan GPMS(seramai 1000 orang pelajar) berarak ke Lebuhraya Persekutuan. Demonstrasi berakhir apabila polis menahan 19 orang pelajar manakala terdapat 6 orang pelajar cedera. Pada 15 Jun 1971, satu demonstrasi(seramai 3000 orang pelajar) diadakan mendesak agar rakan-rakan mereka dibebaskan tetapi dihalang oleh FRU di depan Universiti Malaya.
Demonstrasi ini merupakan anjuran pertama kelompok Islamis di kampus Universiti
Pada 16 Jun 1971, PMIUM berusaha mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan membebaskan pelajar yang ditahan dengan memboikot kuliah dan tutorial. Pemboikotan ini dikritik keras oleh Ungku Aziz sebagai anti akademik dari pelajar desa. Sebenarnya, isu Patani ini cuba digelapkan oleh media massa tempatan. Kerajaan sendiri tidak membenarkan pihak lain campurtangan dalam isu Patani kerana kerajaan sendiri mengamalkan dasar tidak campurtangan bagi menjaga sensitiviti negara jiran. Demonstrasi ini bersifat perkauman pada mulanya kerana membincangkan persoalan umat Islam. Sifat perkauman ini berubah kepada sifat kemanusiaan apabila hak autonomi universiti dan hak kebebasan pelajar dinodai oleh polis setelah peristiwa penangkapan pimpinan pelajar. Oleh sebab itu, PMUM dan Kelab Sosialis telah menyertai demonstrasi pada 15 dan 16 Jun 1971 atas sifat kemanusiaan.
2) Isu Pendidikan.
Pendidikan merupakan wahana penting bagi memajukan sesebuah bangsa dan negara. Jurang dalam pendidikan masih meluas di antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar terutamanya kemudahan fizikal dan tenaga akademik. Menurut Laporan Keciciran 1973, 6 peratus murid di sekolah Inggeris(kebanyakan di bandar) gagal ke sekolah menengah, manakala sebanyak 25 peratus pelajar aliran Melayu terpaksa berhenti. PBMUMcuba memperjuangkan isu pendidikan terutamanya nasib pelajar aliran Melayu.
Pendidikan merupakan wahana penting bagi memajukan sesebuah bangsa dan negara. Jurang dalam pendidikan masih meluas di antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar terutamanya kemudahan fizikal dan tenaga akademik. Menurut Laporan Keciciran 1973, 6 peratus murid di sekolah Inggeris(kebanyakan di bandar) gagal ke sekolah menengah, manakala sebanyak 25 peratus pelajar aliran Melayu terpaksa berhenti. PBMUM
Pada 12 Jun 1972, negara digegarkan dengan peristiwa pelajar Sekolah Izzuddin, Ipoh ditutup apabila pelajar berpiket. Seramai 300 pelajar mendakwa kemudahan di sekolah amat menyedihkan dan kementerian tidak mengiktiraf sijil mereka. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1959 dan pernah berpiket pada tahun 1963 kerana uniform sekolah. Mereka mula meninggalkan sekolah pada 13 Jun 1972. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia turut mendesak agar kerajaan mengambil-alih sekolah agama yang daif. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperluaskan peluang pendidikan di luar bandar dan membantu rakyat berpendapatan rendah telah disokong.
3) Isu Kemiskinan di Baling.
Peristiwa di Baling adalah kemuncak bagi gerakan pelajar diMalaysia . Baling merupakan daerah pendalaman yang terasing daripada pembangunan. Majoriti rakyat di kawasan ini terdiri daripada penoreh getah dan petani. Mengikut laporan kerajaan pada tahun 1970, jumlah keluarga pekebun getah di Malaysia ialah 350,000 keluarga dan seramai 226,400 atau 64.7 peratus daripada jumlah keluarga itu adalah di bawah paras kemiskinan. Kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat Baling berterusan apabila pada tahun 1974 ekonomi dunia berada dalam suasana meleset. Inflasi negara meningkat menyebabkan harga barang turut meningkat. Harga gula naik 10 sen, tepung gandum meningkat daripada 20 sen kepada 50 sen, minyak tanah dan susu pekat setin 75 sen. Namun, harga getah hanya naik 7 sen sekilo menyebabkan golongan marhaen ini kekurangan wang untuk membeli barangan harian. Secara purata, pendapatan keluarga Melayu di luar bandar adalah kecil menyukarkan lagi perbelanjaan mereka.
Peristiwa di Baling adalah kemuncak bagi gerakan pelajar di
Kemiskinan yang dideritai oleh kelas bawahan ini menyebabkan mereka turun ke jalanan untuk meluahkan isi hati. Demonstrasi bermula pada 19 November 1974 yang disertai oleh 1000 orang rakyat dan pada 21 November 1974, seramai 13,000 orang rakyat dari sekitar pekan Baling iaitu kawasan Weng, Kupang, Selama, Kuala Pegang, Siong, Sungai Balang telah berarak ke pekan Baling. Mereka menuntut agar kerajaan menaikkan harga getah dan menurunkan harga makanan dalam masa 10 hari. Selepas tempoh yang diberikan tamat tanpa reaksi kerajaan, masyarakat tani mengadakan demonstrasi di pekan Baling pada 1 Disember 1974 dengan kehadiran 30,000 orang penduduk dari Baling dan Sik.
Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian pelajar di kampus dan kezahiran pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada 3 Disember 1974. Persatuan pelajar yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM, KSITM, PMUK, PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini disuraikan oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid Negara. Polis menyerbu Masjid Negara setelah Iman Masjid Negara meminta polis masuk ke dalam masjid kerana pelajar mengugut akan merosakkan peralatan masjid. Seramai 1138 orang pelajar ditahan termasuk 77 wanita. Perkara yang menarik, demonstrasi pelajar pada kali ini bersifat kulli atau kolektif kerana diadakan di beberapa tempat di negara ini. Seramai 300 pelajar USM turut berdemonstrasi di Sungai Nibong dan seramai 200 pelajar Politeknik Ungku Omar berhimpun di depan Sekretariat Negeri Perak.
Peristiwa Baling berpunca daripada penurunan harga getah sehingga berlaku khabar angin terdapat kematian akibat kebuluran dan kekurangan wang. Syed Husin Ali mendefinisi kemiskinan adalah kekurangan keperluan hidup yang asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kemelut hidup berlaku kerana ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan, harta dan pelajaran yang dapat menentukan taraf hidup.
Kemiskinan adalah isu kepada petani dalam menggerakkan demonstrasi petani di Baling. Kekecohan di Baling bermula apabila keluarga petani kampung Siput, Mukim Siong iaitu dua anak Ariffin Manas dan Kalsom Abdullah yang bernama Siti Zawiyah yang berusia 3 tahun dan Masitah berusia 7 bulan meninggal dunia pada hari yang sama iaitu 20 November 1974 ekoran kekurangan zat makanan. Walau bagaimanapun, Ariffin mendakwa ada pihak cuba menyogok beliau sebanyak $1000 untuk membuat akuan palsu dengan mengatakan anaknya mati kebuluran. Menurut laporan polis, Zawiyah meninggal pada pukul 1.45 petang dengan sijil kematian A 588698 manakala Masitah meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi dengan sijil kematian A 888697.
Peristiwa Baling dan Tasek Utara memberi dampak negatif kepada kestabilan kampus. Pertembungan golongan pelajar pro kerajaan(kelompok Nasionalis-Islamis) dengan pelajar progresif(kelompok Sosialis) dilihat menyukarkan proses pembelajaran. Pelajar dihalang ke kuliah, tutorial dan makmal dan suasana di kolej terutamanya Kolej Keempat dan Kolej Ketujuh agak tegang. Ketegangan ini ditimbulkan oleh golongan pelajar progresif sebagai protes penahanan pemimpin mereka. PBMUM mengecam tindakan pelajar progresif yang dilihat semakin melampau kerana bersikap anti akademik PBMUM menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Keadaan Kampus yang akan berunding dengan pihak pentadbir universiti bagi membolehkan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan selamat.
Lain-lain isu :
4) Isu Tanah Penempatan Tasek Utara.
5) Isu Penguasaan Ekonomi oleh Jepun.
4) Isu Tanah Penempatan Tasek Utara.
5) Isu Penguasaan Ekonomi oleh Jepun.
6) Penaklukan Israel ke atas Palestin
7) Penubuhan Universiti Kebangsaan dan Tapaknya.
8) Isu Bahasa di Kolej Tunku Abdul Rahman(KTAR)
~Rayyan :
Betapa hebatnya kepimpinan siswa dahulu. kini semuanya seolah telah menjadi lipatan sejarah. Siswa lebih gemar melakukan aktiviti lagha seperti aplikasi Twitter, FB, Gig, Dota, Counter strike dan sebagainya. Sudut Pidato yang puluhan tahun diharamkan dibuka semula tetapi sambutan daripada siswa amat dingin sekali. Pilihanraya Politeknik pula semakin galak dianjurkan oleh Politeknik masing-masing tetapi sambutannya? Entahla, sejujurnya Pegawai Politeknik yang menganjurkannya lebih ghairah daripada siswa yang hendak mencalonkan diri sedangkan siswa Politeknik lebih "ikhlas" untuk memboikot walaupun mereka mempunyai ruang dan peluang untuk berpolitik kampus.
Hal ini jauh sekali berbeda dengan siswa Universiti yang mana pelbagai usaha diambil oleh mereka-mereka yang berfikiran SEMPIT & KOLOT bagi mewujudkan "PRK pada kali ini adalah "BERSIH DENGAN MENANG TANPA BERTANDING". Pernahkah calon-calon yg hendak bertanding PRK Politeknik alami betapa susahnya hendak mendapatkan pengesahan daripada pegawai untuk mencalonkan diri (Pegawai tersebut kononya "outstation" tapi sebelum pergi, golongan Pro A semuanya sudah beroleh pengesahan berbanding Pro M mahupun bebas)? Pernahkah calon yang hendak bertanding dibawa berjumpa dengan Pegawai tertentu bagi memastikan calon BUKAN APA-APA @ SESIAPA? Berapakah DEPOSIT untuk masuk bertanding, Rm200 seperti sesetengah Universiti? Pernahkah bilik/rumah/asrama calon digeledah oleh mereka-mereka yang KOLOT & SEMPIT bagi mencari bukti yang anda bukannya Pro M/Bebas? Untungnya siswa Politeknik, punyai pegawai-pegwai yang dedikasi dalam melaksanakan demokrasi kampus, di Universiti? jangan harap sekiranya pegawai masih berhasrat ingin berkhidmat lebih lama.
Kekuatan kepimpinan negara masa hadapan adalah terletak ditangan generasi Mahasiswa pada hari ini. Jika Mahasiswa yang dihasilkan hanya bersifat 'Ayam Daging' yang bersedia disembelih pada bila-bila masa, pasti negara juga akan bersedia dilapah pada masa akan datang. Saya bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, Kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang 'terpelajar' dan 'mencabar'. Beliau merupakan penerima Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1997
Secara tuntasnya, Mahasiswa merupakan orang yang intelek dan mempunyai 'critical thinking' dalam memikirkan keadaan dan isu semasa kini. Bilakah anda siswa POLITEKNIK MALAYSIA akan duduk dan berdiri setaraf siswa Universiti? Mari kita hapuskan dilema 'ENGGANG SAMA ENGGANG, PIPIT SAMA PIPIT TIDAK BOLEH TERBANG SERIRINGAN'. Bilakah lagi JPP anda akan dimartabatkan untuk berada pada kerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang mana pada masa kini hanya melibatkan MPP IPTA/UTP/MMU/UNITEN untuk berdialog bersama PM (JPP paling tinggi dengan Menteri KPTM sahaja).
Saya berbicara atas paksi bekas siswa Politeknik Malaysia , mantan YDP JPP PJB, dan kini sebagai Siswa Universiti. Saya tiada apa-apa kepentingan cuma saya ralat andai PRK Politeknik diboikot begitu sahaja sebagaimana usaha daripada barisan kepimpinan siswa Politeknik dahulu untuk mewujudkan PRK seolah dipandang sepi kita semua. Izinkan saya memetik kembali kata-kata Professor Doktor Yusuf Qardhawi, sarjana pemikir tersohor mengenai belia, 'Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan,lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur "بَلْدَةٌُطَيِّبَةٌوَرَبٌّ غَفُوْرٌ", tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yangakan berlaku.'
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada siswa POLITEKNIK MALAYSIA masuklah bertanding. Kita ubah kepimpinan JPP andai bagi kita kepimpinan sebelum ini tidak memperjuangkan hak siswa. Janganlah kita menjadi seperti KATAK DI DALAM BEKAS KACA, KELEBIHAN KATAK ITU DAPAT MELIHAT APA YANG BERLAKU DISEKELILINGNYA TAPI KEKURANGANYA SEKADAR MENDIAMKAN DIRI. LEBIH BAIK KITA MENJADI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG, "LOOKS INNOCENT". TAPI JANGAN SESEKALI JADI KATAK YANG MELOMPAT-LOMPAT PRINSIPNYA. KITA MESTI PUNYA PRINSIP PERJUANGAN SISWA SEJATI YANG BUKANNYA BERSIFAT PERIBADI.
.....PENGALAMAN ADALAH ILMU YANG DIBUKUKAN.....
sumber ;
Pengalaman dan pandangan peribadi penulis
tgok lipatan sejarah tu, mcm geng anwar ibrahim je ni suka sgt reformasi
ReplyDeleteMaksud Reformasi menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat..
ReplyDeleteBiasalah kita perlukan reformasi dalam kehidupan..mungkin ada sesetgh pihak inginkan reformasi dlm bentuk yg lebih radikal dan pantas..bg saya,lebih mengutamakan reformasi diplomasi terlebih dahulu yang mana adab didahulukan dan istiqamah dalam perjuangan diutamakan..
Pena Rayyan~ bebas & berprinsip tidak terikat dengan mana2 ideologi politik, menyokong hanya kepada isu..Tekad mendepani isu tanpa ragu2... :)
Assalamualaikum...
ReplyDeletebkn semua IPTA yg mengamalkan dasar 'BERSIH DGN MENANG TANPA BERTANDING' spt yg saudara katakan i2..
mgkin masalah ini lahir dari sikap mahasiswa yg tdk mengambil kisah akan universiti mereka atau universiti saudara masih baru lg...
Di IPTA, rmai mahasiswa yg aktif dan melibatkn diri dlm politik kampus..
ini blh dilihat tiap tahun ketika PRK Universiti, banner dinaikkn, risalah diedarkn dan lain2 lg...
Di politeknik, pelajar trikat dgn minda kelas kedua dan i2 menyebabkn mereka tidak berminat utk menceburkn diri..
saya harap saudara boleh mempertimbgkn semula ape yg saudara smpaikn kerana ia blh mencetuskn salah faham antara Universiti dan Politeknik..
WASALAM WBT ALIF
ReplyDeletemaaf sdra,terima kasih atas kepekaan sdra berkenaan "BERSIH DGN MENANG TANPA BERTANDING".Sy tidak nyatakan "SESETENGAH" disebabkan sy beranggapan semua siswa maklum berkenaan politik kampus.Hehehehe
Siswa tidak ambil kisah??
Sebenarnya tidak semua siswa tidak ambil kisah..Ramai yang cakna berkenaan PRK tapi kekadang mereka muak dan mual dengan POLITIK KOTOR yang dimainkan pihak yg berfikiran KOLOT & SEMPIT..Mereka2 ini menyebabkn FREE WIN..Bukan tiada calon tapi calon yg ditidakkn haknya...iklim U berbeza dgn Poli yg mn pegawai bersusah payah menarik mereka masuk PRK sedangkn Pegawai di kebykn U serabut menghalang drp pencalonan.
Di IPTA, rmai mahasiswa yg aktif dan melibatkn diri dlm politik kampus??
Sy sama sekali tidak stress kn yg siswa IPTA/U tidak berminat dengan PRK bahkan sesetengah mereka adalah perjuang kpd PRK adil dan saksama..Sy telah berada selama 6 thn dlm sistem IPTA (dip & kini thn akhir ijazah).sy tlh mengkaji setiap yg berlaku..artikel diatas adlah kisah benar yang berlaku tp itu perkara kecil shj..IPTA/U lain lg dahsyat cabaran kepimpinan siswanya
Pelajar Poli mind kelas kedua??
Kenapa kita perlu berkata demikian.Mereka bukannya "TERIKAT" tp "MENGIKAT SENDIRI" yg mn boleh dibuka bila2 masa..Tangungjawab kita sbg "ALARM CLOCK" bukannya berterusan membiarkan mereka "TERIKAT" sepanjang ms....
salah faham antara Universiti dan Politeknik?
tiada niat lsg ingin menimbulkan slh fhm disini,,,tujuan artikel EDISI KHAS PRK POLITEKNIK MALAYSIA ditulis sekadar menyeru kpd siswa poli untuk melibatkan diri dalam kepimpinan siswa iaiu JPP..Selain itu sbg peringatan betapa penting peranan kita dlm memilih khlifah..sy penah menegur MPP diselatan tnh air bgmn mereka meningkatkan peratusan keluar mengundi..Jawapanya mudah,"Pihak km menganjurkan cabutan bertuah kpd para pengundi".Nah betapa rendhnya martabat dlm proses pemilihan seorang KHALIFAH..
terima kasih kpd sdra alif yg cakna trhpd perkara ini membuktikan anda peka dan tidak tuli dlm berhadapan isu siswa
sekadar pandangan kerdil yg mungkin berlakunya kekhilafan.. :)
Great and that i have a dandy give: Whole House Remodel Cost home addition construction
ReplyDelete