Friday, December 3, 2010

Mekanisme Buaian "Playground"


PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi. Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara. Kali pertama penyelarasan harga bahan berkenaan dilakukan pada 16 Julai lalu dengan petrol dan diesel diselaraskan lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), sekali gus membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta dalam Program Rasionalisasi Subsidi kali pertama.



Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Beliau berkata, harga RON 95 dan diesel di Indonesia masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.50 seliter, Singapura (RM4.36 dan RM3.18) dan Thailand (RM4.25 dan RM2.96). Harga LPG dan gula pula masing-masing RM2 sekilogram dan RM3.50 sekilogram di Indonesia, Singapura (RM6.42 sekilogram dan RM3.80 sekilogram), Thailand (RM1.93 sekilogram dan RM2.80 sekilogram).

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi ini perlu dilakukan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Katanya langkah itu selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu meningkatkan pendapatan negara kasar perkapita kepada RM46,500 (AS$15,000) menjelang 2020. Bagi mencapai jumlah itu, Keluaran Dalam Negara Kasar perlu meningkat sekurang-kurangnya enam peratus setahun dan ini akan membolehkan pendapatan negara meningkat menerusi cukai dikutip," katanya.

Beliau berkata, pengurangan perbelanjaan subsidi itu akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif dan program dalam Pelan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat. Semua subsidi sebelum ini tidak menepati sasaran kerana ia turut memberi faedah kepada mereka yang tidak layak dan tidak sepatutnya mendapat subsidi. Dengan penyelarasan ini, perbelanjaan yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya pada sesi penerangan kepada media mengenai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi itu, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 (petikan media)


Ibarat main buaian di playground yang dapat saya simpulkan menerusi post kali ni...erm...kenaikan ini seperti dijangka akan berlaku, sementelah kenaikan RON97 baru sahaja beberapa hari yang lalu...Seperti anda melihat mekanisme buaian. Daripada keadaan statik hingga menjulang keatas, keadaan dimana rakyat alpa atau imun dengan kenaikan harga dimana rakyat dihadiahi dengan janji seperti  projek-projek yang disusun "nala punya besaq" dan pemberian cenderahati seperti "Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan" yang ditubuhkan bagi mencari gaji minimum untuk rakyat Malaysia. Pada keadaan menjulang, ura-ura kenaikan ditiup tatkala keadaan sekeliling tenang daripada sebarang isu. Sejurus  tibanya di puncak julangan buaian, maka disitu kenaikan harga dibuat. Lantas membuat masyarakat tergamam seketika dan kemudiannya mencetuskan rasa tidak puas hati dan amarah rakyat. Sekembalinya buaian dari dijulang iaitu perubahan daripada posisi puncak julangan kembali keadaan statik boleh diandaikan sebagai "masa" yang berlalu. Selepas beberapa ketika keadaan memuncak dengan isu, masyarakat akan berhenti daripada membicarakan kenaikan harga tersebut. Mungkin inilah mekanisme yang diamblil bagi meredakan amarah masyarakat.."Kelas sekali"...hehehe..Kerajaan sebagai offerer, rakyat sbg offeree...hendak beli dialukan, kalau taknak beli tidak mengapa...tapi tangungjawab sebagai khalifah dalam memakmurkan negara dan menjaga kebajikan rakyat? tepuk dada tanyalah iman...
 
INFLASI
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.

INDEKS HARGA PENGGUNA
Indeks Harga Pengguna (Kemaskini: 26/11/201


Indeks Harga Pengguna
( 2005 = 100)
( % Change) )


2009 / 2008

Jan – Oktober
2010/2009


Oktober
2010/2009

Malaysia
0.6
1.7
2.0
Semenanjung Malaysia
0.5
1.7
2.0
Sabah
1.7
1.5
1.8
Sarawak
0.2
1.3
1.8

Indeks harga pengguna atau IHP (Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa. IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). Berikut adalah 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dalam pengiraan IHP:
·         Bakul barangan dan perkhidmatan
·         Makanan dan Minuman Bukan Alkohol
·         Minuman Alkohol dan Tembakau
·         Pakaian dan Kasut
·         Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
·         Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
·         Kesihatan
·         Pengangkutan
·         Komunikasi
·         Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
·         Pendidikan
·         Restoran dan Hotel
·         Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan



Rayyan ~


Sebelum nih Pak Timbln PMi ckp "yg naik Ron 97, tidak banyak orang yang guna...sy sendri pun guna RON 95"...baru sahaja cakap..tup-tup hari ini keluar statement daripada Pak Menteri di Jabatan Perdana Menteri RON 95, DIESEL, LPG DAN GULA DISELARASKAN. MAKSUDNYA??!


Maksudnya, apabila 4in1 nih naik maka,


1) Harga barangan akan terus mencanak
2) kos taraf meningkat 
3) Oleh itu kadar inflasi akan turut melambung 


ADAKAH INI DIKATAKAN URA-URA PILIHANRAYA UMUM AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI? 


.........kita nantikan........

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top