Selamat Menyambut 01 Muharram 1432, bersamaan dengan 07 Disember 2010, hari yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia sebagai mengenang peristiwa hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Hijrah demi menyelamatkan aqidah dan syariat, bukan demi kuasa dan kedudukan. Maaf kerna tidak punya kesempatan untuk mengucapkan terlebih dahulu disebabkan tiada line internet di kampung. Ketika di sana , sempat juga saya melayan drama Dakwah Muharram. Bukan storyline drama itu ingin saya bicarakan disini, tapi ingin menyentuh mesej yang ingin disampaikan drama tersebut.
Anak : Ayah saya nk buat sambutan maal hijrah?
Ayah : Oke la tu...nk buat kt masjid mana?
Anak : Bkn kt masjid ayah..tp kt bukit bintang
Ayah : ??
Apabila melihat dialog tersebut, saya sempat tersenyum. Mengimbas kembali pengalaman ketika di PJB dahulu. Penasihat saya mencadangkan agar ceramah dibuat selain daripada masjid. Ramai yang tumbin ketika itu, termasuk lah saya. Penasihat saya menjelaskan, kenapa kita harus mengecilkan skop ceramah hanya di masjid. Apabila di masjid, yang datang hanya golongan yang sememangnya berkehendakan ilmu. Bagaimana pula golongan yang liat ke masjid. Bertitik tolak daripada hal tersebut, kumpulan saya mengorak langkah dengan mengadakan ceramah di Dewan Kuliah Utama. Tajuk program pula di tukar dengan tidak mengunakan perkataan ceramah dan digantikan dengan "Bicara Siswa Ekslusif : Misteri Dajjal" yang mana pengisian sama seperti di masjid. Ramai yang tertarik dengan pendekatan yang diambil oleh pihak kami. Sampaikan ada yang hubungi saya disaat akhir untuk mengikuti program tersebut. Saya pun berkata kepada pemanggil-pemanggil bahawa tiada masalah untuk membenarkan mereka mengikuti program tetapi kami tidak mencukupi kerusi dan makanan. Alangkah tersentuh hati saya apabila pemanggil mengatakan mereka sanggup untuk duduk di lantai dan tidak memerlukan makanan semata untuk mendapatkan ilmu. Sayugia saya menyuruh mereka datang dan berusaha mencari kerusi daripada jabatan berhampiran bagi membolehkan mereka duduk dengan selesa.
Rayyan ~ Berdakwah tidak perlu bersifat khusus pada lokasi dan pendekatan, tapi subjektif dan perlu kreatif dan kritis dalam rencana.
TAHNIAH KEPADA PENERIMA TOKOH MAAL HIJRAH TAHUN INI
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 63, menjadi wanita pertama dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun ini.
Pemilihan beliau yang menjawat jawatan itu sejak Mei 2000 berikutan sumbangan besar kepada sistem kewangan Islam yang kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif.
“Saya tidak menyangka menerima pengiktirafan ini dan ia adalah satu penghormatan besar kepada saya. Anugerah ini juga akan mendorong saya untuk terus berusaha untuk negara,” katanya kepada media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. ~ Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Sementara itu, Ungku Aziz, yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997, terharu dengan penganugerahan kepada anak tunggalnya itu.
“Saya rasa terharu kerana Zeti adalah wanita pertama yang menerima anugerah ini. Saya harap beliau akan menggunakan kepakarannya dalam bidang ekonomi dan kewangan, khususnya perbankan Islam, untuk membantu negara,” katanya yang pernah menerima anugerah itu 11 tahun lalu.
Mengenai cara beliau mendidik Zeti, Ungku Aziz berkata: "Saya sentiasa berikan beliau kebebasan...kami berbincang tetapi dia yang akan membuat sebarang keputusan...saya tidak pernah paksa atau cuba mempengaruhinya,".
0 comments