2010/12/14
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut."
Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.
Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA
(PETIKAN MEDIA)
V838 Mon, bintang yang dikatakan sebagai Nibiru
Perlanggaran Nibiru atau tabrakan Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar) yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. Penganut peristiwa ini menyebut objek yang mendekati Bumi itu sebagai Planet X atau Nibiru.
Idea ini pertama kali diusulkan oleh Nancy Lieder tahun 1995. Lieder menyatakan dapat menerima pesanan dari makhluk ruang angkasa dari sistem Zeta Reticuli. Ia memperingati manusia bahawa benda tersebut akan melewati Sistem Suria pada Mei 2003 (kemudiannya diubah menjadi 2010), menyebabkan pergeseran kutub bumi yang akan menghancurkan peradaban umat manusia. Ramalan perlanggaran ini menyebar di luar laman sesawang Lieder ZetaTalk, dan dipercaya oleh kumpulan-kumpulan yang menghubungkan perlanggaran Nibiru dengan ramalan kiamat 2012. Walaupun nama "Nibiru" berasal dari karya Zecharia Sitchin mengenai astronaut kuno, Sitchin sendiri membantah hubungan antara karyanya dengan bencana yang akan datang.
Usul bahawa objek sebesar planet akan melanggar Bumi pada masa depan tidak didukung oleh bukti ilmiah dan dianggap sebagai pseudosains. Namun, ketakutan akan perlanggaran Nibiru menyebabkan kerisauan pada penduduk awam.
Rayyan ~ WALLAHUALAM
sumber :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaannafidakwaanPlanetNibiruakanlanggarbumipada2012/Article
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tabrakan_Nibiru
Usah gusar...
ReplyDelete^_^
InsyaALLAH Naim... :)
ReplyDelete