Friday, December 3, 2010

Pulau Pinang & Kedah Rujuk Kembali?

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.
Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.
"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding   dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.
"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.
Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

(petikan media)



Jambatan keenam terpanjang di asia


                                                Kereta Kabel Bukit Bendera                                     
                                                   
SEJARAH 

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.
Kapten Francis Light: Pengasas atau perampas?
Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.
Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800 Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.
Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits 
Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.


~ Rayyan : erm...motif?..sepatutnya sejurus shj negara merdeka, Pulau Pinang harus dikembalikan kepada Kedah...Adakah permintaan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah akan dipertimbangkan?..Terlalu banyak perkiraan harus dilakukan...walaubagaimanpun,

"SUATU PERKARA MUNGKIN MENJADI REALITI SEKIRANYA KITA TIDAK MENGANGGAPNYA SEKADAR FANTASI"
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top