Monday, November 29, 2010

Walimah Di Bulan Disember....


Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Takrif Nikah :
i)  Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.

Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Hukum hukum perkahwinan dalam Islam

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar (mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepadaisteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.


Rukun-rukun nikah :
1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri. 
3. Wali yang adil 
4. Dua orang saksi yang adil 
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
6. Syarat-syarat lelaki bakal suami :



Syarat-syarat lelaki bakal suami :
1. Beragama Islam 
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu 
4. Belum mempunyai empat isteri 
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan 
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)
7. Syarat-syarat perempuan bakal isteri :

Syarat-syarat perempuan bakal isteri :
1. Beragama Islam. 
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.

Syarat-syarat wali :
1. Beragama Islam.
2. Seorang lelaki. 
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan. 
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil ( tidak fasiq ). 
7. Seorang yang sempurna akalnya.

Syarat-syarat saksi :
1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam. 
3. Berakal
4. Baligh 
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur). 
7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul. 
8. Orang yang adil (tidak fasiq)

Sighah Ijab:
1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.
2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.

Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.

Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

Tanggungjawab suami kepada isteri :
1. Pemberian maskahwin. 
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik. 
4. Memberi bimbingan. 
5. Menjaga kehormatan isteri. 
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.

Tanggungjawab isteri kepada suami :
1. Wajib taat kepada suaminya. 
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya. 
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya. 
4. Wajib menjaga rumahtangganya. 
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.

Tanggungjawab bersama suami dan isteri :
1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan. 
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya. 
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami. 
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.

Walimatulurus
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat (seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapatulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar (was-was) dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islammelarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa (seperti cemburu,gersang dan was-was) dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.


Rayyan ~ Tahniah kepada semua muslimin dan muslimat yang telah dan bakal mendirikan "Masjid" pada bulan Nov dan Dec ini...Jauhlah pembaziran dan bersederhanalah pada majlis itu nanti. Kepada bakal-bakal suami perkahwinan adalah transisi yang besar dalam hidup kita..AMANAH dalam menjadi ketua keluarga dan mendidik anak-anak dan isteri agar sentiasa berada pada Jalan ALLAH swt..Kepada bakal-bakal isteri taatilah suami anda selagi ia tidak menyalahi agama..SELAMAT PENGATIN BARU UNTUK ANDA SEMUA !!


"ISTERI BUKAN TUK DIMILIKI TP ADLAH ANUGERAH, SUAMI JUGA BUKAN UNTUK DIMILIKI TETAPI DIKONGSI".. setuju?...hehehe...jgn marah a...gurau j..


sumber : 


Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top