Thursday, December 30, 2010

DEKAT DI HATI 2010

Tahun 2010 juga tidak lari daripada perkhabaran duka buat ku dan mereka yang berada disekiling ku. Ajal sememangya telah tertulis, kepada kita semua mari redhakan permergian arwah.

Mohd Iskandar Bin Abd Latif mantan timblan exco sukan dan reakrasi JPP PJB telah kehilangan bonda tercinta pada bulan ramadhan yg penuh barakah. Berita mengenai status kesihatan ibunya telah ku ketahui semenjak terjalinnya ukhuwah antara kami sebagai ahli2 JPP PJB. Beliau merupakan anak yang soleh sehingga mencuit hatiku, mampukah ku mencontohi beliau?

Jam 7.00am tanggal 20 September, melalui SMS daripada adik diberitakan atuk telah pergi meninggalkan kami selamanya. Ku ketika itu masih berada di kolej dan sempat pergi ke kuliah paginya Agak kosong juga pagi itu tapi masih mampu membutirkan senyuman dan bergurau senda. Hanya sahabat karib yang telah mengenaliku sejak 6 thn yang lalu dapat membaca perasaan ku. Lebih kurang pukul 11 ku memecut laju motorsikal meredah jalan raya. Setibanya di kampung, sy seolah terpinga2 melihat orang ramai datang ziarah lantas terus kebahagian dapur melihat atuk dimandikan oleh sedara mara. Pada kucupan terakhir peringatan pengurus jenazah ketika itu.
 
"kepada ahli keluarga arwah berilah kucupan sbg tanda penghormatan yang terakhir, tapi jagalah jangan sehingga menitiskn air mata". Didahului anak, menantu dan kemudianya cucu2 arwah. Kesempatan itu, dapat ku lihat adik2 menangis kerna beliau berdua terlalu rapat dengan arwah. Disaat itu, ingin air mata keguguran tapi demi menjaga perasaan mereka yang lebih terasa kehilangan arwah, ku tahan jua. Kucupan pertama kalinya sepanjang hidupku berikn kepada arwah atuk dimana ku tidak berpeluang memberikan kucupan hormatku pada arwah nenda yang telah pergi 6 thn yang lalu (tapi sehingga kini ku rs arwah hidup dalam hati & kenanganku) Alhamdulillh, ku mampu menunaikan solat jenazah dan turut serta menyemadikan arwah di pusaranya. 

Mohammad Nor Azuan Bin Azhar, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer UNIMAP telah ku kenali apabila ku melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Ketika itu, ku serta beberapa sahabat yang lain rungsing memikirkan subjek sentesis polimer yang merupakan "paper killer". Beliau bersungguh2 mengajarku serta sahabat yang lain (memori tersebut kekal menjadi nostalgia ). Kali terkhir ku berjumpa beliau pada majlis berbuka puasa di Hotel Putra Palace. Kami bergurau senda sambil mengusik sahabat yang badannya kecil namun nafsu makananya lebih besar daripada tubuhnya. Sikap beliau tidak seceria seperti selalu, banyak mendiamkn diri dan jarang menghadiri kuliah menjadi petanda permergian arwah. Rupanya mungkin itu adalah hikmah kepada kami agar tidak terasa apabila saatnya beliau pergi nanti. Arwah meninggalkan keluarga polimer batch pertama dengan kemalangan tragik pada 28 September 2010..


Pemergian ayahanda tercinta sdra Mohd Syahmi Bin Rasidi yg kembali kpd sisi PenciptaNya pd petang hari raya Aidiladha 16/11/2010 ketika mereka sekeluarga berkumpul dan bergembira di rumah. Bingkas arwah untuk mengerjakan solat merupakan saat dimana arwah dipanggil selamanya untuk bertemu pencipta-Nya. 

Perginya bonda kpd Dr Hakimah Osman pd pagi raya Aidiladha 17/11/2010 sememangnya akan memcuit segenap sanubari insani. Berikut ialah status beliau pada wall fb yang menyentak naluri setiap insan bergelar anak,
"Ketika mengkhatam A-Quran tinggalan arwah ibu terjumpa buku catatannya..Terkandung di dalamnya "7 surah pembela di akhirat"..Amalkan membaca 7 surah Haa Miim ini kerana ia akan tampil sebagai perisai kita daripada api neraka..Bacalah sebagai bekalan kita diakhirat. Antara wasiat yg paling berharga dari seorang ibu kepada anaknya.. Wallahualam" 
Jumaat penghulu segala hari dan dimana hari pengadilan umat manusia, ketika sedang enak "study group" bersama ku dan sahabat2 yang lain, Sabar nura a/p Ahmed Gul telah mendapat panggilan daripada majikan ayahandanya memberitakan kehilangan insan paling beliau cintai. Juraian airmatanya mengalir deras umpama tiada muaranya, hanya ucapan takziah dan sabar mampu ku titipkan buat beliau. Alhamdulillah, arwah sempat diterbangkan semula ke kampung halamannya di Pakistan atas permintaan sendiri arwah ketika hidupnya.

....AL-FATIHAH....

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top