Tuesday, December 21, 2010

PERUTUSAN YANG DI PERTUA JPP SESI JAN 2008

(edisi KHAS PRK POLTEKNIK MALAYSIA)

Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar tahun 2008 berjaya ditubuhkan melalui sistem demokrasi pilihanraya kampus (walaupun tiada pilihan raya disebabkan kekurangan calon bertanding). Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mesti diwujudkan berasaskan Akta 174 ( Merujuk bahagian ke 111, perengan ke 7 menyatakan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai satu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan peruntukkan Jadual Ketiga hendaklah digunapakai oleh jawatankuasa itu) merupakan satu jawatankuasa yang menyuarakan atau menjadi pengantara di antara pelajar dengan pentadbiran PJB

Antara isu kebajikan yang telah mendapat perhatian pentadbiran adalah perkhidmatan mesin ATM, TV kampus, wakaf, mesin basuh, tempat letak kenderaan dan lain-lain lagi Pada Kali ini selaku Yand DiPertua JPP yang baru, saya telah memfokuskan enam skop sasaran bagi saya majukan semester ini. Antaranya :
  1. Menarik minat penglibatan aktif pelajar khususnya pelajar KHAS dan bukan bumiputera dalam program-program anjuran
  2. Mewujudkan permuafakatan dan persefahaman utuh di kalangan pelajar PJB menerusi penubuhan Gabungan Permuafakatan Siswa
  3. Mewujudkan kelab dan persatuan baru yang mampu memberi sumbangan positif aktiviti pelajar misalnya Kelab Fasi, kewartawanan dan sebagainya
  4. Memperjuangkan isu berkenaan Latihan Industri pada hujung semester ke KPTM
  5. Memperjuangkan biasiswa untuk pelajar yang telah tamat agar dapat memulakan  perniagaan ke KPTM
  6. Memperjuangkan kemudahan asrama untuk seluruh pelajar PJB khususnya dan Politeknik Malaysia umumnya ke KPTM
InsyaALLAH, barisan kepimpinan JPP tahun 2008 akan mengerah seluruh idea dan mengembleng segenap keringat bagi memastikan enam skop tersebut berjaya direalisasikan dan bukannya sekadar fantasi. Oleh yang demikian, pihak kami amat mengharapkan sokongan moral anda untuk bersama-sama dalam setiap pemikiran  dan tindakan. Akhir kalam, JPP PJB sentiasa "Bersamamu" dan majulah kepimpinan pelajar untuk kebajikan pelajar khususnya dan Politeknik Johor Bahru umunya

Sekian Wassaalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

(petikan INFORMASI JPP PJB edisi 11, No rujukan Perpustakaan Negara ISSN 1985-384X, tema PERTANIAN  ADALAH PERNIAGAAN)

~Rayyan

Alhamdulillah.....

~Skop 1 berjaya direalisasikan dengan penglibatan pelajar KHAS sbg sukarelawan MSK sesi JAN 2008 kekal dalam ingatan yang mana mereka amat bersyukur kerna untuk sekian kalinya diberi peluang untuk melibatkan diri setelah beberapa kali memohon. Walaubagaimana pun kredit tersebut bukan untuk sy, tetapi kita semua. Terima kasih untuk Sdra Ikram, Dila & Bob (pada awalnya beliau menolak kerna menganggap AJK PELAJAR KHAS tidak menarik tapi akhirnya kefasihan beliau komunikasi dalam bahasa insyarat mendatangkan cemburu pada sy..hehehe..) kerna bertungkus bersama AJK Pelajar Khas yang lain  memberikan perkhidmatan yang terbaik. TAHNIAH & TERIMA KASIH

~Skop 2 penubuhan GPS berjaya direalisasikan oleh pemangku sy Sdra Arbaen pada sesi Julai 2008 berikutan kertas cadangan GPS/JPS di tolak oleh Pn Norah, Pegawai Hal-hal Pelajar ketika itu kerna beranggapan ianya bersifat "Self Interest". Terima kasih kepada Barisan Exco JPP, Kelab Gema Warisan, Gagasan Wakil Kelas JKM/JKE/JRKV/JH (GAWA), Kelab Rakan Muda Masjid (KRMM), dan Jawatankuasa Penghuni Asrama (JAKPA/JPK) kerna bersetuju dengan cadangan penubuhan jawatankuasa ad hoc tersebut Walaupun Askar Wataniah dan PRSP mengambil tindakan "tidak bersetuju". Berkenaan GPS, sy akan post kn pada entri berikutnya. sabar yer "viewers" sekalian. :P

~Skop 3 iaitu penubuhan Kelab naungan JPP di bawah peruntukan Jadual Ketiga (seksyen 7,8,22,23) perengan 5 boleh menubuhkan jawatankuasa Ad hoc. Terdapat 3 kelab yang berjaya ditubuhkan di bawah peruntukan akta tersebut iaitu Gema Warisan (kelab kompang), Gemersik Suara (kelab nasyid) dan Kelab Fasi.Terima kasih kepada Sdra Fairuz (Timblan exco sukan & reakrasi JPP), dan Sdra Taufik (Exco Multimedia & Penerbitan JPP) dan Sdra Muhammad (Exco Kerohanian & Moral JPP)  dalam mengusahakan kewujudan kelab-kelab tersebut Sedikit ralat Kelab Kewartawan tidak sempat ditubuhkan ketika itu, moga kepimpinan berikutnya akan mengambil insiatif tesebut sejajar dengan kewujudan TV kampus PJB yang mana kita memerlukan "Journalist" dan "Tv presenter" yang berkelayakan

~Walaubagaimana pun, skop 4-6 tidak sempat diusahakan berikutan kekangan masa yang terhad disebabkan sy hanya sempat menjadi YDP selama lebih kurang 4 bulan sahaja (final sem ketika itu). Maafkan sy kerna tidak mampu menunaikan semua janji-janji terebut.

~ Mungkin Perutusan ini mampu memberikan sedikit gambaran kepada calon atau bakal-bakal YDP apakah hala tuju perjuangan anda semua setelah bergelar "KHALIFAH" utama di Politeknik masing-masing. Sy halalkan idea sy dicedok kerna sehingga kini kepimpinan pelajar Politeknik Malaysia sentisa dekat di hati.



Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top