Saturday, January 28, 2012

Venus’ Flytraps (Dionaea muscipula) : Tumbuhan insectivorous (carnivorous)


 (Venus Flytrap, Dionaea muscipula)

Pokok bergigi makan serangga? Bukankah pokok hidup dengan mendapat makanan melalui proses fotosintesis serta menyerap air dan galian dari tanah? Kali ini adik-adik akan dibawa meneroka jauh ke Carolina, untuk melihat satu lagi keajaiban ciptaan Tuhan. Kita akan berkenalan dengan pokok Venus’ Flytraps.
 
Pokok Venus’ Flytraps (Dionaea muscipula) ini termasuk dalam kumpulan tumbuhan insectivorous (carnivorous) atau tumbuhan yang memakan serangga. Terdapat 595 spesis tumbuhan ini di seluruh dunia. Ia merupakan tumbuhan yang bijak mengadaptasi diri dengan persekitaran. Hendak tahu kenapa? Ini kerana kebanyakan pokok ini tumbuh di persekitaran tanah yang tidak subur. Jadi, bagi membolehkan ia terus hidup, ia mendapatkan zat galian daripada serangga.
 
Pokok ini tidak mempunyai gigi, sebaliknya memiliki cilia atau ‘jari-jari’ yang berfungsi untuk memerangkap serangga. Daunnya sentiasa terbuka luas. Pada bahagian permukaan daunnya, terdapat trigger atau ‘rerambut sensatif’ yang pendek. Apabila rerambut ini disentuh oleh sesuatu, kedua-dua belah daun perangkap akan tertutup dan memerangkap apa sahaja yang berada di dalamnya. Perangkap ini mengambil masa kurang dari satu saat untuk tertutup.


Tetapi adik-adik, perangkap ini tidak akan tertutup rapat kerana ia memberi ruang kepada serangga kecil untuk melepaskan diri. Kenapa? Kerana pokok ini tidak makan serangga yang tidak dapat memberikan zat galian yang cukup kepadanya.
 
Selang beberapa minit, daun perangkap akan rapat sepenuhnya sehingga kedap udara. Ketika inilah cecair penghadam dan bakteria yang terdapat dalam perangkap akan mencerna serangga tersebut. Namun, ia hanya akan mencerna bahagian badan serangga yang lembut dan meninggalkan kerangka luar (exokeleton). Ia mengambil masa antara lima hingga dua belas hari untuk menghadamkannya, bergantung pada jenis dan saiz serangga, suhu, usia daun perangkap dan berapa kerap ia sudah mendapat mangsa.
 
Paling menariknya adik-adik, jika yang masuk perangkap itu ialah batu kecil, daun kering atau apa sahaja selain serangga, pokok ini akan ‘meludah’ bendasing itu dengan membuka daun perangkap selepas dua belas jam. Bagi membolehkan mangsa disimpan di dalam keadaan segar sepanjang tempoh penghadaman, daun perangkap merembeskan jus penghadam dan jus antiseptik.
 
Proses ini terlalu sempurna sehinggakan para saintis pun tidak dapat menjelaskan dengan pasti, bagaimana daun perangkap ini boleh tertutup dan berfungsi dengan begitu unik. Daun ini tidak memiliki sistem saraf, otot atau tendons. Saintis mengandaikan terdapat sejenis tekanan cairan yang diaktifkan oleh aliran elektrik di kedua-dua belah daun perangkap. Betapa sempurnanya Allah menciptakan tumbuhan ini adik-adik.

Pokok Bergigi Makan Serangga
Oleh: Muhammad Ariffin Tan Abdullah, Penulis Luar Jakim
Majalah Pendidik Keluaran September-Oktober 2008
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top