Sunday, January 6, 2013

Tahun Baru Cabaran Baru & Wajah Baru



Assalamulaikum wbt & Selamat datang 2013. Alhamdulillah kini blog Pena Rayyan berwajah baru untuk 2013. Meninggalkan 2012 yang penuh cabaran dan dugaan tapi ianya suatu kenangan dan pengalaman. Penggalaman adalah ilmu yang dibukukan!!. Oleh jangan berhenti menimba ilmu menerusi pengalaman selain menelaah pengalaman orang lain menerusi "buku-buku". Pejam celik sudah hampir tahun keempat sy bergelar seorang blogger. Alhamdulillah bersyukur kerana dengan izinNya memberi peluang dan ruang untuk sy menulis walaupun untuk 2012 sy agak pasif menulis disebabkan kekangan masa. Selama menjadi blogger dan fbooker menerusi id "Pena Rayyan" banyak pengalaman berharga yang dikutip. Menulis blog mengajar kita untuk bertanggungjawab atas apa yang ditulis. Menulis di blog ini seumpama menulis thesis dimana sy perlu "gather out" & ekstrak informasi daripada buku-buku & sumber sahih. Seringkali sy "quote" sumber pada halaman bawah di mana sy merujuk informasi tersebut. Dalam dunia penulisan, plagiarism harus dihindar dan bagi mengelakkan kita digelar sebagai plagiat adalah lebih baik kita "quote" penulis asal. Selain daripada merujuk kepada buku & "handbook", sy juga menulis berdasarkan pengalaman sy ketika berada dalam zaman kepimpinan siswa, di politeknik & universiti. 

Mungkin ada diantara kita dapat menerima hujahan & pendirian dan mungkin ada yang tidak dapat menerimanya. Sy mengambil pendirian, kita semua punya pandangan masing-masng dan perbezaan itu tidak dapat kita elakkan. Mungkin kekadang penulisan sy agak keras tapi ingin sy maklumi sy "berlembut" menerima pandangan orang lain. Sy tidak akan mudah menuduh atau mengelar orang memfitnah atas pandangan yang dikeluarkan secara perbadi dan ianya tidak lain tidak bukan sekadar ingin mendapatkan justifikasi. Sy hanya orang biasa bukannya kakitangan kerajaan mahupun parti-parti politik. Blog PR kini berwajah baru untuk 2013 tapi niatnya tetap sama. Mendepani isu tanpa ragu dan besederhana dalam menulis. Jika terdapat khilaf dalam informasi sila kongsi dan perbetulkan. Sy terbuka menerima pandangan orang lain. Kita tidak sempurna kerana kesempurnaan itu masih kita cari. Sebagai pemimpin adalah lebih baik kita membimbing bukan merekrut minda orang-orang di bawah kita untuk menjadi "diri kita". Itu sy gelar golongan minda tertawan!!

Menempuh hari-hari yang panjang untuk 2013 adalah medan untuk sy terus "berkarya" & bersilat dengan isu-isu baik politik (sekadar pandangan akademik, tapi keterlibatan secara langsung tiada salahnya kini...heheheh), siswa, sosial dll. Akan tetapi subjek kepimpinan siswa adalah "subject matter" sy. Pernah dikongsi oleh mentor sy "walaupun sy bukan lagi siswa, tapi perjuangan siswa masih wujud sampai sekarang" Begitu juga sy, pernah ditanya sampai bilakah hendak melibatkan diri dalam kempimpinan siswa? Jawapan sy, "Ya, suatu sy akan berundur daripada kerusi ini dan kempimpinan siswa secara rasmi akan tetapi sy tidak akan pernah bersara daripada kepimpinan siswa melalui medium yang lain (penulisan aka blogging)".

Sekian sahaja daripada sy, moga bertemu di lain posting. Mohon doa daripada sahabat semua, agar sy menjadi blogger yang bertangungjawab diatas setiap penulisan disamping tidak lari daripada niat menulis bagi mencari redha ALLAH swt. Terima kasih..Pena Rayyan sayaaaaaaang semua.. heheheheh




Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top