Monday, August 29, 2011

Utusan Salam Aidilfitri, Minnal Aidil Wal Faizin

Assalamualikum wbt & Salam Ramadan. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita bakal menamatkan ibadah puasa. Samada cemerlang atau sebaliknya sesungguhnya ALLAH swt Maha Mengetahui. Cabaran seterusnya bagaimana kita mengekalkan momentum ibadah kita agar istiqamah hingga berjumpa Ramadahan berikutnya. Berdoalah agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk berterusan memanjatkan ibadah kepada-Nya. Hari-hari terakhir Ramadan menghadirkan perasan hiba dikalangan sahabat-sahabat kita yang telah sebulan marathon ibadah. Sy berpeluang mengenali salah seorang Ijmak Ulama Negeri, di awal Ramadan mukanya begitu berseri-seri tapi ketika dipenghujung Ramadan seakan hiba menghiasi wajah beliau. Mungkin beliau bakal merindui bulan yang penah barakah sedangkan kita seolah-olah meraikan pemergian bulan yg mulia tersebut. Muhasabah seketika!

Namun kita tidak dapat lari daripada kemeriahan Aidilfitri yang bakal tiba.  Iaitu hari KEMENANGAN bagi seluruh umat islam. (Kian terasa kemeriahan Hari Raya tatkala ketika menulis post ini sy dibuai kelunakan lagu raya Seloka Hari Raya oleh Hail amir & Uji Rashid). Bagi umat islam Malaysia, hidangan ketupat lemang & kuih raya begitu sinonim di pagi raya. Begitulah jua dengan Uda & Dara segak berbusana persis peragawan. Bergaya, Cantik & Kacak semuanya. Namun jauhkan menjadikan Bongkak & Riak sebagai aksesori menghiasi keperibadian diri. Sy juga ingin menyeru sahabat-sahabat untuk menghidupkan kembali aktiviti ziarah yang semakin lesu. Ziarah merupakan roh kepada kemeriahan hari raya. Lupakan sebentar program-program TV.. Jom ziarah sahabat handai! ^_^


Akhir kalam, dikesempatan ini, Sy iaitu Pena Rayyan memohon maaf andai terkasar bahasa dan tersalah menyusun tindakan kepada semua sahabat PR FB,Pages & Blog. Begitu juga kepada sahabat yang mengenali PR secara peribadi ampun & maaf sy kirimkan. Kepada sahabat yang ingin bertandang, InsyaALLAH dengan berbesar hati sy menerima ziarah semua. Jemput nikmati kuih raya air tangan bonda yang sememangnya SO GOOD..100% Home & Hand Made..hehehe




Rayyan ~
  • Jangan lupa Bayar zakat fitrah
  • Jangan lupa Puasa sunat Syawal
  • Jangan lupa Bermaafan sesama kita terutama kepada Ayahanda & Bonda
  • Jangan lupa Maklumkan kepulangan ke kampung kepada pihak polis bagi rondaan mencegah pecah rumah!!
  • Jangan lupa Duit raya kepada sanak saudara. Anggaplah sebagai sedekah!! ^_^
  • Jangan lupa Pastikan kenderaan selamat & siaga untuk perjalanan yang panjang
  • Jangan lupa untuk tidak Boros ketika berhari raya
  • Jangan lupa pada Pena Rayyan , lepas raya den akan aktif kembali untuk "publish" artikel-artikel menarik serta membina khusus untuk sahabat semua....hehehehe
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top