Saturday, September 24, 2011

FESTKON 6 UniMAP 2011 : Cerita disebaliknya

Assalamulaikum wbt & Salam Ukhuwah dari Pena Rayyan. Alhamdulillah, sy telah selamat bergraduasi pada Istiadat Konvokesyen baru-baru ini. Kepada yang mencari-cari siapakah PR, sy kini telah bergelar alumni ke-6 UniMAP. Momen-momen indah selama berkampung 6 hari di bumi Perlis begitu mempersonakan. Keindahan lebih ketara apabila, berjaya mengabdikan detik-detik akhir bersama sahabat yang mungkin agak sukar bertemu selepas ini. Terasa begitu sentimental plak sy (heheheh) tapi inilah yang bakal dilalui oleh semua kita. Daripada detik pertemuan hinggalah kepada perpisahan itu adalah suatu PROSES. InsyaALLAH, jika di izinkan ALLAH swt, kita akan bakal bertamu semula di bumi ALLAH iaitu Perlis Permai Lagi Mempersona. Dikempatan ini, sy ingin kongsikan gambar-gambar menarik sekitar FESTKON 6 Dataran Dato Sheikh Ahmad Kangar. Mungkin FESTKON terakhir yang sy hadiri. Tapi alhamdulillah, beroleh kesempatan bertemu rakan-rakan seperjuangan PR, melihat dari jauh perjalanan program-program FESTKON 6 & usaha keras MPP serta Skuad Konvo yang begitu komited & dedikasi ketika bekerja. Jom sahabat-sahabat, kita lihat perkongsian pada kali ini >>>

(koleksi buku merangkumi kanak-kanak, remaja & dewasa) 

Gerai yang menjual buku ini begitu mengamit perhatian sy. Pada hemat sy, gerai ini pertama kali menyertai FESTKON dan tuntas menjadikan ianya begitu simbolik kepada sy. Mudahan masa akan datang, kita akan lihat FESTKON yang membudayakan ILMU melalui program-program anjuran. Misalnya program Konvo Run (berbentuk explorasi mungkin) kita UBAH konsepnya daripada mencari pemenang kepada mencari modal insan. Kita tanamkan ukhuwah, kegagalan, kejayaan, kegembiraan & kesedihan dalam setiap "checkpoint". Sy lebih gemar tiada hadiah no 1,2,3 atau saguhati. Bukan PEMENANG yang dicari tetapi PEMIMPIN & MODAL INSAN berkualiti. Oleh itu, sekadar cadangan, berilah "ILMU" kepada semua tanpa menobatkan pemenang. Diakhir program lakukan SHARING/PERKONGSIAN. ~ Melahirkan Pemimpin berbeza daripada mencipta Pewaris!!



(Misteri Firaun : musuh para nabi)

Digerai buku tersebut sy sempat meneliti beberapa buku menarik antaranya buku ini. Keluaran PTS rasanya. Menarik!! Seorang PEMIMPIN yang MENGILAI KUASA sehingga menabalkan dirinya TUHAN. Sebagai rakyat marhaen adalah lebih baik kita MENDOAKAN agar PEMIMPIN NEGARA di beri panduan & hidayah agar MENTADBIR negara mengikut jalan yang diredhai ALLAH swt. Kekadang geleng-geleng kepala melihat kita (segelintir) yang bertudung/berlebai/mengunakan NAMA ISLAM lebih taksub kepada maki hamun. ~ Doa adalah senjata orang ISLAM

(buku wajib baca)

Seterusnya,terpandang pula sy kepada buku ini. bekas komunis!!! KOMUNIS??Isu yang dibangkitkan oleh YB Mat Sabu pada bulan kemerdekaan sehingga beranak pinak kepada isu Malaya tidak pernah dijajah oleh Prof Zainal keling. Bagi sy, kita bagi peluang mereka untuk mengutarakan hujah. menarik perhatian kepada hujah MB Kedah, "Dulu orang kata, Tuah hero, beberapa kurun kemudian orang kata Jebat pula hero,biaq pi kat dia la. Kita bagi peluang dia nak kata apa". 

Perjuang Kemerdekaan bukan terhad kepada UMNO/MCA/MIC (walaubagaimana pun, peranan mereka menuntut kemerdekaan tidak boleh dinafikan). Bagi sy definisi perjuang kemerdekaan bermula sejak Melaka di serang Portugis pada 1511, era Geng-geng Tok Gajah, era Selendang Merah (perjuang yang menentang Jepun di Kedah), era Komunis (sebelum perbentukan persekutun Tanah Melayu, selepas itu KOMUNIS TIDAK LAGI RELEVEN), era On Jaafar & Tunku dan era kita sebagai Rakyat Pasca 54 kemerdekaan.

Selain itu, ada pula diantara kita mempertikaikan metod "menuntut kemerdekaan" ianya bukan berjuang tetapi tali Barut. Jangan sempitkan pemikiran kita akibat Ideologi Politik Taklid. Metod berjuang pelbagai!! Sepertimana Indonesia metodnya menentang penjajah yang SATU iaitu Belanda manakala Thailand tidak pernah dijajah kerna DIPLOMASI POLITIK RAJA SIAM yang BIJAK. 

Menyorot pandangan sahabat FB PR:

Tindakan Mat Sabu tindakan yang baik kerna rentetan itu lebih ramai yang terbuka kepada "SEJARAH" ~ Itik kuning


Kemerdekaan negara adalah ketika Parameswara memeluk ISLAM & pentadbiranya yang berlandaskan ISLAM ~ Toma Tomeng


Sekarang apa yang penting adalah bagaimana KEMERDEKAAN DIPERTAHANKAN & KEADILAN DITEGAKKAN. ~ KITA KENA FAHAM SEJARAH BUKANYA HAFAL SEJARAH!!


(kreatif & lazat)

Jalan-jalan diteruskan dengan singgah sebentar digerai ini. Wow menarik!!! Strawberi/anggur bersalut coklat. Melihat anggur tersebut, sy tertarik kepada ladang anggur sungai Batu Pahat. Selain Perlis, adalah dimaklumkan bahawa ladang anggur juga terdapat di kuala ketil/baling Kedah. Nampaknya dengan SAINS kini penanaman anggur direalisasikan. Selain anggur, Perlis juga terkenal dengan mangga HARUMANIS. Melihat kepada potensi , mungkin akan lebih banyak produk pertanian diperkenalkan dan dijenamakan sebagai "PERLIS BRAND". Mungkin Industri Pertanian harus terus dimartabatkan industri utama di Perlis. Perlis harus dimajukan agar rakyat mengecap nikmat. Pekan Kanggar adalah "2x kecil" berbanding bandar satelit Jitra. Projek "flyover" Padang besar yang bertahun terbengkalai harus diselesaikan.~ Sy sayangkan Perlis kerana kasihkan rakyatnya.

(Bihun Sup rekomendasi dari PR sendiri. Thumb UP!!)

Jari terus mengetik kamera digital Lumix  ke arah gerai MENU WAJIB FESTKON UNIMAP. Gerai Bihun Sup Ita Naim yang saban tahun berniaga di tapak FESTKON. Apa yang menarik tentulah bihun supnya yang mantap dengan dedaging tempatan yang manis & lembut kemerahan. Setiap tahun sy akan singgah sebentar menikmati bihun Sup ini. Borak seketika dengan pemilik gerai, selepas FESTKON berakhir beliau akan seperti biasa akan kembali menjalankan perniaggan di Restoran bihun sup miliknya di Kuala Perlis. Apa yang sy nk sampaikan menerusi gambar ini adalah tahap KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN?? (kebersihan Gerai Bihun sup Ita Naim adalah BAIK)

Terdapat banyak premis makanan kotor sepertimana baru-baru ini terpampang di akhabar SINAR HARIAN "MDKP MEROBOH GERAI PENJAJA" di bandar Darul aman. Mendapat maklumat dari sahabat & hasil GOOGLE menyatakan bahawa gerai-gerai tersebut merupakan penjana ekonomi setempat. Lambakan gerai Char Koew taw menjadi tarikan kepada orang ramai untuk singgah merasa keunikannya. Tapi menjadi permasalahan ialah kawasan yang berminyak dan kotor selepas aktiviti perniagaan. Tindakan MDKP tidak salah (kekadang ianya dipolitikan)  tapi tapi bagaimana kita hendak menyelesaikan perkara ini? Penyelesaian haruslah seperti bak menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pula tidak berselerak ~ Gerai nasi Kandar/makanan di Penang pun begitu. Tikus besar umpama Kucing???

(kekiri kekanan pusing!!!..PR lemah bab-bab kiri kanan nih...hihihi)

Ketika berjalan-jalan, singgah pula sebentar melihat aktiviti kawat beruniform. Kawat ini di lakukan di atas jalan utama kanggar berhadapan Hospital Tunku Fauziah. Hebatnya UniMAP sehingga batang-batang jalan utama Perlis dimonopoli (hehehehe). Itulah impaknya kewujudan UniMAP kepada pembangunan Perlis. Suatu ketika Pekan Kanggar ditutup pada pukul 6pm tapi kini operasi perniagaan dilanjutkan hingga pukul 10pm disebabkan kuasa membeli pelajar. Tapi harus ingat kewujudan IPT umpama cendawan selepas hujan harus sejajar dengan "MARKET DEMANDS".~ Jangan diakhiri dengan Stagflasi!!

(Zon membebaskan "Tawanan Minda")

Poster ini jelas terpampang di tapak FESTKON 6.Tapi hasilnya??Mungkin ada sahabat-sahabat telah melihat pada status FB sy sebelum ini. 

"Kempen dilancarkan oleh MPP iaitu ZON BEBAS SAMPAH utk FESTKON 6 adalah GAGAL ~ tp itu KEGAGALAN INDIVIDU bukannya MPP semata2..UBAH SIKAP USAHA CEPAT"

Sampah melata disekitar tapak FESTKON 6 walaupun jelas MESEJ disampaikan di banner. Inilah yang sy gelarkan GOLONGAN TAWANAN MINDA. Beberapa tahun lepas, Kempen kitar semula yang dianjurkan kerajaan sehingga perlu mendapat KONSULTASI daripada syarikat Jerman akhirnya turut gagal (turut diakui oleh konsultan tersebut walaupun ianya berjaya di Jerman). Salah siapakah? Bukan niat menunding jari tapi semua kita harus ambil maklum. Ini adalah tangungjawab bersama. Pusat perlupusan Jelutong Pulau Pinang jelas kelihatan dari jauh. Berhampiran laut sehingga membukit kini. Adakah menunggu ianya menjadi GUNUNG? Sampah-sampah "MADE IN PENANG" turut dieksport ke pulau berhampiran bagi tujuan perlupusan dan ada kala jatuh ke laut. Sekiranya kita naik feri, kita akan lihat plastik, polisterin & kayu terapung-apung seolah-olah obor-obor. (seperti perlabuhan Sidney dalam filem FINDING NEMO). Tapi apa yang menarik perhatian sy adalah KEMPEN HARI-HARI TANPA PLASTIK di Pulau Pinang kini. Alhamdulillah kini rakyatnya telah dididik menghargai alam. Kerajaan pusat turut melancarkan kempen HARI SABTU TANPA PLASTIK diseluruh negera (tapi ada negeri atau premis tidak menyertainya). ~ Bergerak kepada ECO NATION

(suatu hari, tudung saji pula akan direnovasi jadi trend?? ehheeh gurau-gurau j)

Untuk makluman semua, FESTKON yang kedua kalinya dianjurkan di Dataran Dato Sheikh Ahmad turut mendapat perhatian ramai perniaga. Untuk kali ini sy lihat jumlah penyewa tapak adalah ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya terutama yang menjual aksesori wanita dan tudung wanita adalah sinonim denganya. Kita lihat tudung wanita kita umpama fesyen yang menjadi trend wanita.Pelbagai bentuk dan rekaan daripada india, syria, afrika, indonesia dsb (tudung bawal sudah ketinggalan zaman) melekap membalut aurat wanita. Cuma, apa yang penting betulkan niat ketika bertudung. Menutup aurat adalah wajib bagi wanita islam tapi tidak wajib memakai tudung untuk kelihatan cantik & menarik perhatian lelaki yang bukan muhrim bagi kita ~ Betulkan niat sebelum perlu dilakukan pembetulan niat

(urutan teknik Rahman)

Selepas penat kaki melangkah mengukur setiap inci tapak FESTKON 6, tiba masanya untuk "massage-massage" (heheheh) Tenang & rilek seketika apabila ada orang yang mengurut kaki. Walaupun sakit, muka masih dalam keadaan MACHO (ramai orang lalu lalang..hehehe).~ Aktiviti penyundalan disebalik bisnes SPA harus dibanteras!!!


Gambar diatas sy mengetiknya ketika malam terkahir FESTKON 6 bersama seorang sahabat. Sahabat-sahabat lain telah meninggalkan bumi PERLIS siangnya sejurus tamat istiadat konvokesyen. Bagi menghilangkan rasa kesunyian dengan kepulangan sahabat, sy meluangkan masa untuk berjalan-jalan sekitar tapak FESTKON 6. Untung-untung ada jualan runtuh..ehehhe (ice blend Rm2 pun oke). Semasa berjalan-jalan  LUMIX sempat mengetik gambar ini. Kelihatan seorang lelaki dan sahabatnya mengutip derma untuk Palestin. Isu Palestin tidak akan selesai!!! Tapi sebagai umat islam kita harus cakna dengan sahabat kita yang ditindas oleh ISRAEL LAKNATULLAH & AMERIKA. Terbaru, sejurus tamatnya pertemuan dengan Mahmoud Abbas, Amerika akan mengunakan kuasa veto membatalkan cadangan undian mendapatkan PALESTIN MERDEKA. Obama adalah pemimpin tipikal Amerika yang maklum akan sentiasa condong kepada ISRAEL. 

Pemimpin islam harus berkeras. Sejak kebelakangan ini, PM Turki iaitu Tayyip Erdogan adalah pemimpin islam daripada negara TURKI yang sekular bangkit dengan nada keras berkaitan isu-isu islam (isterinya bertudung litup tapi kita??belum sampai seru agaknya).

Beliau juga adalah Pemimpin islam yang pertama tiba di Mogadishu yang dilanda BENCANA KEMANUSIAAN KEBULURAN. ~ Dimanakah negara-negara arab & afrika islam yang kaya-raya? Dimanakah Malaysia yang suatu ketika dulu lantang bersuara sehingga bergegar ZIONIS YAHUDI??? (mereka bertindak tapi mungkin lambat sikit)

(seni lampu)

Amat tertarik sekali melihat lampu yang berwarna warni ini. Bentuk & rupanya begitu UNIK!! Perlunya kreativiti dalam berinovasi & kritis memasarkan produk Inovasi. Negara sekecil Swiss yang populasinya sekadar 7,866,500 antara negara kecil tapi KAYA. Negara ini kaya dengan inovasi produk seperti Swatch, Nestle, Omega, dsb yang dijual ke seluruh dunia dan hasilnya kembali kepada negara. Alhamdulillah, produk inovasi Malaysia juga memahat nama seperti Petronas, Proton, Munchys, MAS, Air Asia, Axiata ~ Mudahan kekayaan GLC sampai kepada rakyat (kumpulan sasar) tanpa tersekat dipertenggahan oleh proksi/kroni

(malam penutup gamat dengan hadirin)

Gambar ini diketik pada malam penutup gilang gemilang FESTKON 6. Secara peribadi, sy menobatkan inilah FESTKON yang terbaik pernah dianjurkan MPP UniMAP. Akan tetapi kelemahan berulang masih ada terutama persembahan/tarian yang "mendedahkan aurat" muslimat. Ada beberapa pihak berkata "kami menari menutup aurat!!" Tapi bagi sy bagaimana pula dengan tarian & lenggok tubuh mengasyikan membuatkan teruna tidak keruan?? Mungkin pada masa hadapan, persembahan umum hanya melibatkan suara & tarian daripada kaum lelaki. Manakala mungkin ada malam khas untuk MUSLIMAT atau LADIES NIGHT yang hanya melibatkan MUSLIMAT secara tertutup ~ Ada perkara kita kena jaga sensiviti tapi jangan terlalu menjaga sentiviti "orang lain" sehingga agama dipertaruhkan. Lantiklah ilmuan agama sebagai Lembaga Penapisan Program

lain-lain gambar

(Pilihlah jalan ILMU)

(Dj yang meriahkan suasana tapak FESTKON 6)

ice blended oleh SUKSIS

Murtabak maggi oleh SUKSIS


Key chain

Rayyan ~ 

  • Rasanya tidak menjadi keperluan untuk sy membuat kesimpulan seperti artikel-artikel PR sebelum ini. Memadai kupasan ringkas & padat pada gambar-gambar.
  • Sy hanya mengunakan Kamera Digital LUMIX 12.1 pxl. Oleh itu, kualiti gambarnya sama sekali berbeza dengan mengunakan DSLR (hehehe)
  • Gambar-gambar diatas sy "edit" mengikut stail PR. (hanya mengunakan on9 editing bukannya Photoshop). Oleh yang demikian, nilai seninya agak kurang kerana sy hanya amatur & tiada "basic" sebagai photografer.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top