Assalamualaikum wbt & Salam perpaduan. Semakin bersarang blog Pena Rayyan tanpa artikel-artikel terkini. Maafkan sy atas kekangan masa & idea. Cuba mencari "content" tetapi sering terputus ditengah jalan. Mungkin sy tidak lagi berada dalam "pusat ilmu" (universiti) maka minda ini semakin kekurangan taji. Walaubagaimanapun, sy akan berterusan berusaha untuk menulis kerana ini adalah perjuangan kerdil sy. Terdapat 3-4 artikel yang sedang di tulis tapi masih 40% siap dan ada di antaranya belum sesuai di muat naik kerana "timing" kurang sesuai.. hehehe
Pada kali ini, sy akan memuat naik semula artikel YB Datuk Saifuddin Abdullah berkenaan debat yang bagi sy begitu menarik & berisi penulisannya. Jom kita ikuti pandangan beliau :
"Debat politik baik untuk demokrasi. Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai. Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat. Di sini, disenaraikan 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya."
Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.
Jawapan PR : Katakan ya untuk berdebat. Kita akan tahu "apa" yang akan didebatkan. Jangan beri jawapan sendiri. hehhehe
Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.
Jawapan PR : Ucapan & debat perkara yang berbeza, Debat berlaku dalam komunikasi 2 hala (secara langsung). Ucapan berlaku dalam komunikasi sehala di mana situasi Pengucap memberi & pendengar menerima semata-mata. Sekiranya ada komunikasi sekalipun , soalan-soalan akan ditapis/disediakan oleh penganjur terlebih dahulu
Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.
Jawapan PR : Ia bergantung kepada pembawaan ciri-ciri pedebat yang baik ^_^
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.
Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan PR : Debat bukan memanipulasi masalah seseorang tetapi bertujuan mencari dan menjunjung kebenaran.
Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.
Jawapan PR : Format? Sy setuju dengan pendapat Datuk. Peserta boleh tentukan..
Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?
Jawapan PR : Rakyat belum bersedia kerana Pemimpin tidak bersedia!! Pemimpin harus mendahului mereka-mereka yang beliau pimpin!!
Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.
Jawapan PR : Debat merupakan salah satu jawapan "verbal". Jawapan "non verbal" ialah sejauh manakah pembangunan negara??
Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?
Jawapan PR : Pemimpin perlu ada kedua-duanya. Barulah lengkap ciri pemimpin. Kita perlukan pemimpin bukan pekerja maka sebaliknya. Kita perlukan pemimpin bukannya penceramah semata-mata.
Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.
Jawapan PR : Motif? Adakah untuk mendapatkan imuniti?
Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!
Jawapan PR : Debat memang bukan budaya tapi amalan politik sistem demokrasi
- Jawapan daripada PR adalah jawapan peribadi semata-mata.
- Jawapan daripada PR tiada kaitan untuk mengvisualkan pendapat sy adalah terbaik.
- Jawapan daripada PR sekadar jawapan selingan kepada pandangan mantap daripada Datuk Timbalan menteri
Sumber : Sinar Harian
0 comments