Rasa mahu aktif menulis...
Bro ni memang tangan seni la...Dia sedang melukis gambar bayi dalam telefonnya...kurniaan Tuhan bakat dia ni....
Haaa...ini pula bro lain yang sedang melukis gambar bro di atas yang sedang melukis...hahaha..memang smart la bro ni....
ADA YANG MELIHAT KITA
Itulah kehidupan kita..Mungkin kita suka melihat dan memerhati orang di sekeliling kita..Kita sangat 'prihatin' sampaikan semua salah silap dan cacat cela orang kita tahu dan sebarkan. Sampai kita terlupa tentang silap dan cela kita..sehingga terlupa untuk baiki kelemahan diri..
Dan yang paling teruk apabila kita terlupa yang setiap tindak tanduk dan amal perbuatan kita dilihat oleh YANG MAHA MELIHAT...
Jika tidak berasa malu berbuat dosa dan maksiat di saat kita bersendirian..ingatlah Allah Maha Melihat setiap perbuatan kita..Allah..ampunkan dosa-dosa kami...
Rayyan ~
- Sekali lagi sy memilih untuk memuat naik artikel pilihan. Sy memilih artikel ini kerana penyampainya ringkas tetapi menarik & punya pengisian.
- Lain-lain artikel beliau boleh di dapati di http://kilatanhati.blogspot.com/
0 comments