Wednesday, April 11, 2012

Selamat Bertakhta Tuanku!


Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telah pun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011). 

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajmemberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilandan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah. Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agongyang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi :
  • Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003
  • Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.

Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.

Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.

~ Rayyan 
  • Alhamdulillah selesai sudah istiadat pertabalan YDPA ke 14. 
  • Moga baginda dan timbalan baginda Sultan Muhammad V mampu memimpin negara pra & pasca PRU ke 13 nanti. InsyaALLAH.

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top