Assalamualaikum sahabat-sahabat PR, maaf andai begitu lama menantikan sebarang kemaskini dari sy. Pada kali ini sy ingin berkongsi hasil perbincangan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno. Berikut adalah 11 resolusi yang dicapai pada Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 :
Dari
aspek pinjaman:
1. Meja Bulat
mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN
dihapuskan.
2. Bagi menampung
keperluan Meja Bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah
perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan
syarikat-syarikat utama dalam Negara
3. Skim insentif
pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang
hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih
rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan
hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.
4. Kemudahan
pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang
menyambung pelajaran di luar negara khasnya di Timur Tengah.
5. Pinjaman bagi
peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya
hendaklah meliputi harga tiket penerbangan 2 kali setahun.
Dari
aspek pembayaran:
6. Rombakan
terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil
kira perkara-perkara berikut:
a) bayaran pinjaman
mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah
mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh
kelegaan peminjam.
b) kaedah bayaran
balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisma pembayaran
seperti KWSP dan LHDN disamping kemudahan pembayaran melalui sistem e-payment
sedia ada.
c) Insentif
pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan
bayaran PTPTN pekerja mereka.
d) kaedah
menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan
keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.
Dari
segi tabungan SSPN:
7. Kerajaan
hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah
terus kepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akuan SSPN.
Dari
aspek komunikasi:
8. Peminjam dan
PTPTN hendaklah melaksanakan ucapan akad untuk memastikan peminjam sedar bahawa
pinjaman PTPTN perlu dibayar semula.
9. PTPTN hendaklah
melaksanakan promosi dan menyebar luas segala maklumat yang tepat kepada
peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan PTPTN
dapat difahami.
10. PTPTN hendaklah
menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebar
luas maklumat akan lebih berkesan.
11.
PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya
kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian
tinggi.
~
Rayyan
- Menyokong kepada perbincangan molek & beradab
- Menolak kepada demonstrasi melampau, tiada tatasusila & perbatasan
- Menyokong mana-mana pihak dan bersangka baik atas usaha yang digembeleng
- Menolak sentimen & persepsi negatif hatta berbeda ideologi politik sekalipun
- Menyokong suara siswa kini semakin didengari, dan harapan agar proses MENGHAKUPAYA SISWA berterusan sebelum dan selpasa pru 13 dlm konteks kebersamaan membina & mentadbir negara
- Menolak sekiranya suara siswa hanya didengar secara bermusim atau sekadar gula-gula PRU 13 oleh pembangkang mahupun kerajaan.
- Menyokong UKM4, UTHM 3 & Unimap Izuwan Zaini dlm berani menyatakan pandangan & menegakan HAK siswa
- Menolak aktivis siswa yang berjuang atas perjuangan siswa tetapi berbuih makian kepada pihak-pihak lain dan jelas mengvisualkan pendirian MEMIHAK!
- Menyokong gerakan mahasiswa yang bergerak atas ideologi perjuangan mahasiswa TULEN
- Menolak gerakan mahasiswa SADURAN atau PLASTIK
- Menyokong aktivis mahasiswa RAUSYANFIKIR yang bergerak atas dasar SEMAK & IMBANG dan menjadi "THIRD FORCE" dalam menegakan kebenaran & menyanggah kebatilan.
- Menolak aktivis mahasiswa BONSAI yang menjadi KUDA TUNGANGAN POLITIK yang memacu EMOSI & KEBENCIAN MENDALAM dan ini sedikit sebanyak mencemarkan PERJUANGAN MAHASISWA
0 comments