Wednesday, May 16, 2012

16 MEI : Cerita tentang Cikgu (90an)


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada semua sahabat-sahabat PR. Hari ini adalah 16 Mei 2012 di mana seluruh masyarakat dunia menyambutnya saban tahun. Sekadar perkongsian, sy dahulu pernah ditawarkan mengikuti kursus pengajian pendidikan (major Kajian Sosial, minor Bahasa Melayu) di Maktab Raja Melewar Negeri Sembilan (sebelum ianya dinaik taraf sebagai Institut Perguruan) tapi menolak atas kurang matang dalam membuat keputusan. Kekadang menyesal tetapi semua yang berlaku ada hikmahnya. Akhirnya, kini sy telah bergelar E_ _ _ _ _ _r di sebuah firma swasta yang sungguh besar dugaan. Sesungguhnya "It beyond my expectation". Hehehe

Cikgu Sarah & Cikgu Halimaton

Berbalik semula kepada asal tujuan sy menulis "posting" ini adalah untuk meraikan hari yang begitu istimewa bagi para pendidik. Sy bersekolah kampung di mana tidaklah terlalu banyak kemudahan berbanding sekolah bandar. Cuma guru-gurunya begitu komited dengan tugas-tugas mendidik. Denda-denda seperti piat telingga, cubit perut, berdiri atas kerusi & duduk diluar kelas menjadi rutin sy ketika zaman kanak-kanak dahulu. Cikgu Sarah & Cikgu Halimaton adalah guru yang sangat digeruni oleh 500 orang murid. Cikgu Sarah seorang yang berkulit cerah manakala Cikgu Halimaton pula berkulit gelap. Mereka memiliki persamaan iaitu ketinggian. Rendang orangnya, jika dibandingkn dengan sy kini mungkin berada di bawah paras bahu sy. Pada setiap pagi, akan diadakan perhimpunan harian dimana topik yang selalu disampaikan adalah kebersihan. Setiap hari itulah perkara yang dileterkan oleh mereka berdua. Pada ketika itu, sekolah tiada makcik-makcik "cleaner". Maka Cikgu-cikgu & murid-murid membanting tulang mengutip sampah & memotong rumput. Guru-guru sy walaupun asalan daripada bandar tidak kekok untuk mengasmilasikan diri dalam suasana kedesaan. 

Teacher Low Kar Im

Terdapat seorang guru wanita berbangsa cina yang kami pangil Teacher Low. Beliau merupakan satu-satunya guru berbangsa cina atau guru selain melayu yang mengajar disekolah sy. Penampilannya kurus, rambutnya panjang melepasi bahu dan sering memakai skirt paras lutut ke sekolah. Teacher Low sangat tegas tapi kreatif & rajin. Beliau banyak menjalankan aktiviti mengindahkan sekolah & terlibat dalam program bercerita ("story telling"). Sy dan beberapa sahabat diminta untuk melukis mural di dinding tandas sekolah. Terasa bangga pula rasanya apabila dipilih. hehehe. Tapi pada hari yang ditetapkan, sy hanya mampu mewarna gambar Donald Duck, Minie & Mickey mouse kerana sy kekok untuk melukis pada permukaan dinding. Teacher Low mengupah kami sebatang pen setiap seorang. Keseronokan tidak tergambar walaupun hanya sebatang pen. hehehehe. 

*Sewaktu beliau ditukarkan ke Sekolah Jenis Keb (C), beliau berasa amat sedih sekali. Apabila ditanya mengapa harus bersedih sedangkan beliau akan mengajar di sekolah muridnya sebangsa. Jawapan beliau, itu bukan perkara pokok, tiada istilah bangsa dalam mendidik. Beliau sedih kerana bakal meninggalkan sekolah pedalaman yang serba kekurangan tapi membawa makna yang besar kepadanya sebagai pendidik.

Cikgu Sahibul & Cikgu Mat

Cikgu Sahibul jika tidak salah merupakan guru yang mengajar Bahasa Melayu. Beliau seorang guru yang "slow & steady". Kekadang perwatakannya mirip "Cikgu Shaari" dalam filem Masam Masam Manis. Selalu tidur!! hehehehe. Beliau merupakan rakan sedarjah abah dahulu. Baru-baru ini sy terserempak beliau,  kelihatan semakin dimamah usia. 

Cikgu Shaari dalam Filem Masam Masam Manis

Cikgu Mat adalah guru yang mengajar muzik & Kemahiran Hidup. Matapelajaran KH adalah subjek yang sepaling sy tidak gemari. Sy tidak suka berpeluh-peluh & melakukan kerja-kerja kasar hatta membesar di kampung, sy tidak pernah turun ke bendang menangkap ikan ketika musim menuai padi. Sy takutkan lintah memasuki "tettttt" . Mungkin sy terlalu terpengaruh dengan filem DUKUN LINTAH. hehehe. Tapi walaupun tidak gemar kerja-kerja kasar, akhirnya sy bergraduasi sebagai mahasiswa kejuruteraan. Sekali lagi apa yang dapat sy katakan "It beyond my expectation". ^_^

Selain mengajar KH, Cikgu Mat juga mengajar muzik (Profesion perguruan adalah "multi tasking"). Lagu pertama yang diajar ialah Bahtera Merdeka kemudianya Seri Langkat. Kami diajar mengunakan rekoder dan turut bersama-sama menyanyi. Lagu Bahtera Merdeka merupakan satu-satunya lagu yang sy hafal liriknya. Jika disuruh menyanyi lagu Aizat?Faizal?Wings?search? maka berdesup dengan pantas sy menghilangkn diri. Sejujurnya sy tidak boleh menyanyi mahupun menghafal lirik lagu melainkn lagu Bahtera Merdeka. hehehehe
Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putera puteri sayang
Putera puteri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

(*)
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

Cikgu Khadijah/Jah

Cikgu Jah merupakan guru penolong kanan sekolah. Beliau sangat rapat dengan ibu sy dan masyarakat kampung. Masakan tidak, selain mengajar beliau juga menjalankan perniagaan sampingan menjual kain ela. Beliau seorang yang tegas & keibuan. Cikgu Jah mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan. Sy amat meminati matapelajaran KT kerana banyak menceritakan tentang sejarah & sosial penduduk. Cikgu Jah sering memberi kami "assignment" luar kelas. Antaranya, meminta kami menyediakan folio berkaitan sejarah kampung masing-masing. Maka dengan teruja kami menemui orang-orang lama kampung. Menemubual Tok Ajang mengenai sejarah kampung seolah membawa kami mengundur semula 20 tahun kebelakang. Leka berbual, Nek Ajang datang menghidangkan Teh O panas dan biskut. Sungguh syahdu bila mengenangkan kembali masa silam. 

Selain itu, Cikgu Jah juga mengajar kami bercucuk tanam. Tanah di kawasan perlupusan sampah sekolah kami ratakan dan bajak tanahnya untuk bercucuk tanam. Antara hasil tuaian kami adalah sawi & kangkung. Subur & kehijauan. Setiap pagi, sy akan pergi ke kebun untuk menyiram tanaman. Hasil tuaian kami hadiahkan kepada guru-guru kami. Kami tidak mengharapkan beroleh wang hasil daripada bercucuk tanam tersebut, cukuplah andai melihat guru-guru kami gembira menerima hadiah yang tidak seberapa daripada anak muridnya. Pada  Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, kami semua berpeluang berkumpul semula dan sepakat menziarah Cikgu Jah. Sungguh tidak disangka, Cikgu Jah masih mengenali setiap seorang daripada kami & ibu bapa kami walaupun hampir 13 tahun terputus hubungan. Subhanallah, betapa kuatnya ikatan kimia seorang guru dengan anak muridnya.

Cikgu Norlia & Cikgu Norizan

Kedua-dua guru ini adalah watak baru yang muncul di sekolah dan semestinya antara figura yang paling penting dalam hidup sy. Sy amat lemah mata pelajaran matematik sehinggakan ketika di darjah 6 sy masih tidak tahu mengira perkara asas seperti menambah, menolak, membahagi & mendarab. Beliau berdua amat risaukan dengan keadaan sy. Lalu mereka mengadakan tuisyen percuma untuk murid-murid setiap petang rabu & khamis. Manakala Cikgu Norizan menganjurkan tuisyen dirumahnya setiap malam dengan dikenakan yuran bulanan RM20. Dengan menaiki motorsikal EX5, ibu menghantar sy pergi ke rumah Cikgu Norizan. Tatkala itu, sy mulai sedar akan pengorbanan seorang ibu. Lantas sy belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh A ketika peperiksaan pertengahan tahun (sy tidak pernah mendapat A,B,C,D tapi sering mendapat E). Cikgu Norlia & Cikgu Norizan seraya menerpa sy yang dalam keadaan terpingga-pingga memegang kertas jawapan yang tertera 85%. Tahniah PR, cikgu sangat-sangat terkejut dengan percapaian kamu. Sy melihat kedua figura ini yang begitu gembira & kelihatan manik-manik jernih berkaca di mata Cikgu Norizan. Allahamdulillah, moga ALLAH swt mengurniakan lebih ramai guru gigih seperti mereka.

Terdapat ramai lagi guru-guru atau figura yang membentuk & mendidik sy. Bermula daripada Sekolah Rendah, Menengah, Politeknik & Universiti. Moga anda semua sihat walafiat hendaknya. Ilmu yang sy perolehi seterusnya akan bersama-sama disebarkan. Sekian sahaja "posting" pada kali ini. Kita bertemu lagi pada "posting" akan datang.

~Rayyan 


Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Dr Maza

Ridhuan Tee Abdullah

Tun Che Det

Datuk Saifuddin Abdullah

Suara Sukan Anda

OK GO!!

OK GO!!

Jom solat

Free Palestin

Free Palestin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hebahan Khidmat Awam

::PENJUALAN BORANG PENCALONAN::
"11 SEPT-13 SEPT 2012 – RM50 DPTKAN SEGERA!!"


::PENAMAAN CALON::
"14 SEPT 2012"
::PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MPP 2012::.
"20 SEPT 2012"

::16 SEPT 2012 SELAMAT HARI MALAYSIA::
" BERGABUNGNYA SABAH,SARAWAK & TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BERTUAH MALAYSIA" />
Get this widget here!
 
© I'm blogger @
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top